Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

Didik Anak Perempuan Berkeyakinan Diri Tinggi

Anak perempuan berkeyakinan diri tinggi dan percaya diri lebih berjaya dalam hidup. Selain itu dapat memangkin sifat berkemampuan dalam membuat keputusan dalam konflik yang dihadapi. Berkeyakinan tinggi merupakan antara kemahiran yang penting supaya anak boleh membesar sebagai insan yang berdaya saing yang tinggi.

Selain itu juga anak akan mempunyai kemahiran bersosial yang baik dengan masyarakat di sekelilingnya. Kejayaan dalam hidup ini bukan setakat diukur melalui taraf akademik anak sahaja.

Nilai-Nilai Murni Yang Semakin Hilang

Namun, dalam kepesatan kemodenan dunia semakin ramai yang telah hilang sifat manusiawinya. Mereka lebih bersikap pentingkan diri sendiri, tidak menghormati orang lain serta bersikap kasar dengan rakan seusia dan masyarakat.

Sifat serta sikap yang baik jika dipupuk dari awal akan mempengaruhi kemahiran anak untuk menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan yang berlaku. Seterusnya meningkatkan keyakinan diri mereka sendiri.

anak perempuan berkeyakinan tinggi
Photo by Akela Photography from Pexels

5 Cara Supaya Anak Perempuan Berkeyakinan Tinggi

Antara beberapa cara yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa dalam meningkatkan keyakinan diri anak perempuan ialah;

Ibu bapa Tunjukkan Contoh Yang Baik

Kelakuan serta perkembangan diri anak semestinya bermula dari rumah lagi. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk tunjukkan sifat keyakinan diri yang tinggi depan anak.

Ini boleh dilakukan dengan bertindak secara rasional serta tidak melulu dalam menangani masalah yang terjadi dalam rumah. Melalui contoh yang ditunjukan seterusnya dapat meningkatkan keyakinan anak apabila berhadapan dengan situasi yang getir dalam hidupnya.

Beri Galakan Pada Anak Cuba Perkara Baru

Anak perempuan sudah tentunya membesar dengan sifat ingin tahu yang sangat menebal. Melindungi anak dari perkara dan gejala negatif adalah perkara yang normal bagi setiap ibu dan bapa. Namun mereka juga seharusnya diberikan galakan untuk mencuba perkara yang baru secara sendiri.

Galakan juga harus selalu diberikan supaya anak perempuan lebih berkeyakinan dalam meneroka setiap cabaran yang dihadapinya. Dalam memberikan galakan dan sokongan ibu bapa juga wajib membimbing mereka supaya tidak merosakkan atau mencemarkan maruah diri.

Photo by Windo Nugroho: https://www.pexels.com

Beri Peluang Untuk Meluahkan Emosi

Anak yang selalu diberi peluang untuk meluahkan emosi diri dapat bantu membina keperibadian diri yang positif. Kesedihan, kegembiraan yang diluahkan dan dikongsi bersama dapat mengurangkan beban tanggungan emosi anak.

Jika anak kurang diberikan peluang ini, contohnya ketidakpuashatinya akan berubah menjadi dendam terhadap dengan ibu bapa dan juga keluarga. Maka dengan ini ibu bapa seharusnya sentiasa peka dengan emosi anak perempuan yang mungkin berubah-ubah.

Berikan Pujian Atas Usahanya

Anak tentunya sangat suka dipuji lebih-lebih jika datang dari ibu bapanya sendiri. Namun haruslah tidak keterlaluan sehingga mereka tidak dapat menerima kesalahan diri sendiri. Ajarkan tentang buruk baik untuk membuat kesalahan.

Namun jika kesalahan yang dilakukan secara berulang-ulang tanpa mengambil pengajaran dan hikmahnya semestinya memberi kesan neutralisasi terhadap kesalahan. Neutralisasi ini bermaksud anak beranggapan tidak mengapa jika buat salah (besar atau kecil) kerana ibu bapanya tidak akan kisah dan sentiasa bersetuju dengan pendapat mereka.

Maka kesalahan tersebut akan dilakukan pula terhadap orang lain dan seterusnya menimbulkan keadaan yang kurang selesa dalam kelompok sosial anak-anak. Oleh itu anak perlu ditunjuk ajar mengapa mereka tidak patut membuat kesalahan tersebut tanpa merosakkan emosi mereka yang masih dalam tempoh belajar tentang hidup.

Ajarkan Anak Perempuan Asas Kemahiran Hidup

Berkemahiran hidup tentunya dapat mengimbangkan kehidupan anak itu sendiri. Mereka boleh berdikari dalam menyelesaikan masalah diri serta hidup. Ilmu bukan setakat dipelajari di dalam buku di sekolah sahaja. Namun ajarkan anak perempuan perkara asas kemahiran hidup seperti membantu ibu di rumah, asas memasak serta perkara-perkara lain yang berguna.

Anak Perempuan Kini Lebih Berkeyakinan Tinggi

Selain daripada lima perkara yang di atas, anak perempuan anda juga tidak seharusnya dibanding-banding dengan orang lain. Perbuatan membandingkan dapat merendahkan keyakinan diri mereka. Ibu bapa seharusnya perlu memahami setiap anak itu adalah unik serta mempunyai kelebihan yang tersendiri. Semoga ibu bapa dapat menerima kelemahan dan kelebihan setiap anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa