Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

Tips Bawa Anak Kecil Ke Masjid

Mungkin ada ibu bapa di luar sana yang berasa tidak yakin untuk pergi ke masjid atau surau dan bawa anak kecil bersama. Antara 10 tips bawa anak kecil ke masjid yang boleh dikongsikan adalah :

1. Niat

Ikhlaskan diri mahu bawa anak kerana mahu biasakan mereka dengan suasana masjid. Moga-moga anak kita tergolong dalam golongan pemuda pemudi yang mencintai masjid dan termasuk dalam golongan yang mendapat perlindungan di bawah naungan arasy di akhirat kelak.

2. Mesra Kanak-kanak

Cuba tengok samada masjid atau surau adalah mesra kanak-kanak. Selalunya masjid atau surau yang besar agak mesra kanak-kanak. Kalau yang bersaiz kecil, anak-anak pun rasa tak puas mahu berlari. Mak ayah mula rasa stress jika ‘ditegur’ oleh jemaah lain.

3. Siapkan Anak

Sebelum dibawa ke masjid/surau, pastikan anak sudah kenyang dan selesa. Sebelum keluar, mandikan dan beri makan dahulu. Siapkan anak agar mereka selesa apabila tiba di masjid nanti.

4. Pampers

Gantikan pampers. Walaupun anak sudah tidak memakai pampers, boleh juga pakaikan jika mahu ke masjid. Lebih baik anak buang air lebih awal sebelum memulakan perjalanan.

5. Bekal

Bawa bekal makanan, air dan persalinan baju sebagai persediaan.Beritahu pada anak tentang tujuan kita hendak membawa mereka ke masjid atau surau adalah untuk beribadah dan mendapat rahmat dariNya.

6. Bergilir

Boleh bergilir dengan suami ketika mahu solat. Biasanya suami yang solat jemaah, lebih afdalnya begitu. Jika anak dah tunjukkan tanda tak selesa seperti menangis, mengamuk atau membaling barang, sudah masanya untuk pulang ke rumah.

7. Semangat

Ibu mesti kuat semangat kalau terasa penat. Maklumlah anak-anak aktif berlari kesana-kemari di dalam masjid. Jika difikirkan balik, kalau anak dibawa ke shopping kompleks boleh, masakan pergi ke masjid sekejap tak boleh.

8. Kisah Tauladan

Tebalkan telinga jika ada suara halus yang menegur tentang larangan membawa anak ke masjid atau surau. Ingat, Islam tidak pernah menjadikan anak kecil penghalang dengan Allah S.W.T.Nabi S.A.W sangat menyayangi anak-anak kecil. Banyak kisah tauladan bagaimana Nabi meraikan anak-anak kecil ketika berada di masjid. Subhanallah. Alangkah indahnya andai baginda S.A.W ada bersama kita pada waktu ini.

9. Mainan

Tips Bawa Anak Ke Masjid

Ada sesetengah pihak masjid menyediakan taman permainan kanak-kanak di bahagian belakang masjid. Ibu bapa juga boleh membawa mainan bersaiz kecil atau apa-apa buku aktiviti agar dapat melekakan anak sebentar sementara mereka tidak selesa dan mengantuk.

10. Kudapan

Menjemput anak-anak untuk makan bersama dan meletakkan makanan untuk anak-anak. Kanak-kanak diraikan! Suatu pemandangan yang sangat indah dalam masyarakat. Orang-orang dewasa yang bersifat penyayang pada anak kecil. Subhanallah. Alangkah indahnya andai anak-anak kecil ini tidak pernah ditengking atau dihalau ketika di masjid atau surau. MasyaAllah. Semoga orang dewasa sangat baik hatinya dan mulia akhlaknya terhadap anak-anak kecil diberkati hidupnya di dunia dan akhirat.

Demikian 10 tips bawa anak kecil ke masjid yang boleh kita praktikkan bersama-sama.

Dapatkan tudung sekolah si comel untuk anak-anak puan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa