KATA-KATA HIKMAH ORANG YANG PALING BERJAYA

Ketika diri terasa lelah, seringkali syaitan laknatullah datang membisik supaya berhenti berputus asa untuk terus istiqamah pada jalan takwa. Alasan yang selalu diberikan lebih-lebih lagi daripada golongan remaja dan para ibu di rumah ialah stress!

Jadi, apakata jika terasa stress kita cuba jadikan kata-kata hikmah daripada orang yang sudah terbukti berjaya di dunia dan di akhirat iaitu para sahabat Rasulullah S.A.W. Moga niat yang baik mahu berjaya dan bahagia dengan mencontohi jalan para sahabat baginda S.A.W. memperoleh keberkatan dan petunjuk oleh Allah S.W.T.

KATA-KATA HIKMAH SAYIDINA ABU BAKAR R.A. :

1. Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, nescaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.

2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.

3. Dia berkata kepada para sahabat,”Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!”

SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB R.A. :

1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.

2. Barangsiapa takut kepada Allah S.W.T. nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah S.W.T. , tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.

3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad S.A.W. di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.

SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH R.A. :

1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufiksebagaimana yang Engkau cintai.

2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?

3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.

4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ R.A. :

1. Orang yang bertakwa itu dikekang.

2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.

3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.

Semoga semuanya kembali kepada Allah S.W.T dengan pengakhiran hidup yang baik iaitu khusyuk khatimah.

Sudah dapatkan TudungSiComel untuk anak perempuan puan? Mulakan niat yang baik untuk menutup aurat seawal usia dengan pembelian tudung dari website ini.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

nine + thirteen =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa