Tips Hilangkan Batuk Anak Dengan Cepat

Hari ini aku kongsikan tips hilangkan batuk anak tanpa ubat. Sudah pastinya ia selamat untuk anak anda. Untuk bayi bawah 12 bulan, diingat anda tidak dibenarkan memberikan ubat batuk. Jangan terlalu risau jika anak anda batuk tetapi si kecil masih aktif bermain. Ianya adalah normal. Namun jika tiba-tiba, anak tidak mahu menyusu, sila bawa ke klinik dengan kadar segera.

Kita sendiri bila batuk, mesti rasa sakit yang teruk di tekak. Jadi, begitu juga dengan si kecil anda. Anda mesti cari penyelesaian untuk mengurangkan batuk si kecil. Jika batuk si kecil masih tidak hilang, anda boleh cuba tips dan petua di bawah ini. Semoga artikel ini memudahkan urusan anda dan si kecil.

3 tips hilangkan batuk anak cara terbaik

Berikut adalah beberapa tips dan petua untuk menghilangkan sakit batuk menggunakan cara tradisional dengan bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati di rumah untuk mengatasi kesakitan ini.

#1 Menggunakan bawang

Sebenarnya, bawang boleh membantu menghilangkan batuk anak. Ini kerana bawang mempunyai sulfur yang tinggi. Sulfur ini ialah bahan yang bagus untuk menyahtoksin badan. Bawang juga bahan ‘expetorant’ semula jadi yang mampu mengurangkan kahak dan melegakan sesak nafas.

Tapi nak bawang yang mana? Bawang kuning dikatakan lebih berkesan dari bawang besar merah. Sediakan 1 mangkuk besar bawang yang dikupas dan potong besar-besar. Taburkan 3 sudu besar penuh gula putih di atas bawang. Biarkan di atas pinggan untuk beberapa jam. Berikan sesudu penuh jus bawang kepada si kecil setiap satu jam. Petua ini sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas.

#2 Pengudaraan yang baik

Petua menghilangkan batuk ini sangat penting, namun ramai yang abaikannya. Usah terperap di dalam bilik dan rumah sahaja. Jika anak menangis mahu aircond, abaikan buat sementara waktu. Setiap pagi, biarkan pintu serta tingkap dibuka supaya udara dapat mengalir dengan baik. Dapatkan udara segar.

#3 Teknik urutan

Tips yang seterusnya ialah anda perlu cuba jadikan urutan bayi sebagai rutin setiap kali selepas madni. Urutan bayi juga mampu memberikan keselesaan kepada si kecil. Bayi yang selalu diurut ini sangat mudah dijaga kerana jarang meragam. Anda juga diingatkan, tidak mengurut ketika si kecil sedang menangis.

Sumber : health.detik.com

2 petua hilangkan batuk anak dengan cara selamat

Di bawah ini terdapat 2 lagi petua cara menghilangkan batuk anak anda dengan cara selamat:

#4 Bersihkan bilik anak

Salah satu petua nak kurangkan batuk anak dengan membersihkan bilik anak anda. Jadikan rutin harian anda dengan sentiasa mengemas bilik anak. Bagi udara yang segar dan pengudaraan yang baik. Jangan sesekali meroko di dalam rumah atau berdekatan dengan anak anda.

#5 Digalakkan makan madu

Dengan menggunakan 1 sudu kecil madu asli dan makan begitu sahaja mampu merawat batuk anak anda. Tetapi diingatkan juga, anak bawah 12 bulan tidak dibenarkan memberi madu. Ini kerana madu mengandungi botulinum spores iaitu sejenis bakteria yang menyebabkan keracunan makanan ke atas kanak-kanak.

Kesimpulan

Ibu dan bapa dinasihatkan juga untuk bertanyakan kepada mereka yang lebih arif atau orang tua sebelum mengamalkan setiap tips hilangkan batuk anak yang dikongsikan kerana tak semua bahan yang disarankan di atas adalah bersesuaian dengan si kecil. Segeralah bawa berjumpa doktor jika semakin teruk.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

six − 2 =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa