Anak Soleh Solehah-4 Cara Terbaik Yang Boleh Digunakan

Impian setiap ibu bapa sudah pastilah mahukan anak soleh solehah. Anak-anak merupakan permata buat ibu bapa.

Anak Soleh Solehah

Anak-anak ibarat kain putih yang masih belum mempunyai sebarang corak. Jadi, ibu bapalah yang memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik dan mencorakkan anak-anak mereka yang masih kecil. Ia adalah untuk masa depan anak-anak kita nanti. Jika elok kita mencorakkanya maka eloklah anak kita dan menjadi anak yang sentiasa mendengar kata dan mentaati perintah Allah.

Terutama sekali mereka yang mempunyai anak perempuan. Menjaga serta mendidik anak perempuan bukanlah satu perkara yang mudah terutama sekali untuk membesarkan anak dalam pada masa serba moden ini. Anak lelaki mahupun anak perempuan lebih mudah terpengaruh dengan persekitaran yang semakin hari semakin mencabar. Mana tidaknya, jika dilihat pada waktu sekarang ini masalah sosial dalam kalangan remaja semakin lama semakin merisaukan ibu bapa

Ada Beberapa Tips Yang Boleh Ibu Bapa Untuk Mendidik Anak Menjadi Anak Soleh Solehah

Justeru itu, untuk melahiran anak yang cemerlang dan terbaik dunia serta akhirat, kita sangat digalakkan dan di tuntut untut mendidik menggunakan cara islam dan mengisi diri anak-anak dengan ajaran islam sejak mereka masih kecil lagi. Untuk mendidik anak kita menjadi seorang anak soleh solehahh, ia perlu bermula sejak mereka masih kecil lagi. Ada beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mendidik anak menjadi seorang anak soleh solehah. Antara caranya ialah:

1- Terapkan Didikan Agama

Anak Soleh Solehah

Walaupun anak-anak masih kecil tetapi itu tidak bermakna kita tidak menerapakn didikan agama dalam diri mereka. Sebaliknya, dari kecillah kita perlu terapkan ilmu agama dalam diri dan juga kehidupan mereka. Ini kerana, pada usia kecil inilah lebih mudah untuk kita bentuk mereka mengikut ajaran islam sebab berbanding sewaktu mereka sudah besar. Pada usia sebeginilah kita sudah mula terapkan mengenai tutup aurat dengan betul, ajar mereka solat, ajar mereka batas pergaulan dengan betul.

2- Ajar Anak Mengenai Baradab

Selain itu, satu lagi perkara yang wajib anda terapkan dalam diri anak anda ialah mengenai adab. Ajar anak kecil menganai cara beradab dengan orang yang lebih tua, beradab dengan ibu bapa, dan juga beradab dengan orang sekeliling. Adab sopan menggambarkan mereka mempunyai akhlak yang elok. Tambahan pula, dalam islam juga mengajar untuk mempunyai adab sipan yang tinggi.

Baca Juga: Nak Latih Anak Bersolat? Jom Ikut 4 Tips Terbaik ini

3-Tunjukan Contoh Yang Baik

Selain itu, jika kita mahukan anak yang soleh dan solehah, kita sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan penting dan menunjukkan contoh yang baik. Anak-anak, mudah terikut dengan perlakuan dan percakapan ibu bapa di rumah. Justeru itu, jagalah seagala perlakuan dan percakapan kita ketika berada di hadapan anak-anak. Jika mahukan anak-anak yang solh dan solehah, tunjukkan contoh yang elok dan perlakuan yang elok supaya anak-anak mengikut segala perlakuan yang elok.

4-Jaga Pemakanan

Dalam menerapkan minda yang baik dan untuk menguatkan minda anak anda supaya mudah menghafal Al-Quran dan sebagainya, pemakanan merupakan antara perakara yang sangat penting terutama sekali bagi anak-anak yang sedang membesar. Dalam pada masa yang sama pemakanan yang elok dapat menjadikan mereka seorang membesar dengan kuat dan sihat. Justeru itu, sejak mereka dari kecillah, iu bapa perlu menjaga pemakanan mereka dan banyakkan makanan yang berkhasiat terutama sekali makanan sunnah seperti kismis kurma dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa