Nak Latih Anak Bersolat? Jom Ikut 4 Tips Terbaik ini

Sewaktu anak masih kecillah waktu yang sesuai untuk latih anak bersolat kerana sewaktu masih kecil, anak-anak lebih mudah dibentuk.

Latih Anak Bersolat

Ibarat kata perpatah “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. egitulah juga jika kita mahu latih anak bersolat ia perlulah bermula sewaktu mereka masih kecil. Ini kerana, pada waktu sebeginilah kanak-kanak mudah terikut apa yang kita sampaikan dan mereka lebih seronok mencuba sesuatu yang baharu terutama apa yang ibu bapa mereka cuba ajarkan kepada diri mereka.

Ada Beberapa Tips Yang ibu Bapa Boleh Gunakan Oleh Ibu Bapa Untuk Latih Anak Bersolat

Justeru itu, pada waktu anak masih kecil inilah, para ibu bapa perlu mengambil peluang untuk latih anak bersolat walaupun anak-anak tersebut masih berada bawah umur 10 tahun. Solat merupakan tiang agama dan dengan bersolat jugalah ia dapat menjadikan anak-anak kita menjadi seorang umat islam yang sentiasa mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangannya.

Tetapi dalam pada masa yang sama timbul juga persoalan, bagaimana nak mendidik anak kecil kita rajin solat dengan sendirinya tanpa perlu di paksa? Ada beberapa tips yang ibu bapa boleh gunakan oleh ibu bapa untuk latih anak bersolat supaya anak-anak kecil rajin bersolat tanpa perlu dipaksa dan mereka merasa seronok untuk bersolat. Jom kami kongsikan caranya:

1- Jadi Role Model

Latih Anak Bersolat

Nak latih anak bersolat, ibu bapalah yang perlu menjadi role modelnya. Ini kerana, anak kecil akan mudah terikut dengan setiap perbuatan dan percakapan dari ibu bapa. Jadi, jika kita mahu anak kecil mula bersolat dengan sendirinya, kita perlu memulakanya dengan cara solat dihadapan mereka. Dengan cara sebegini ia membuatkan anak anda mempunyai perasaan ingin tahu dan seterusnya terus mengikut segala perlakuan yang kita lakukan di dalam solat.

2-Tunjukkan Video Berkaitan Solat

Kanak-kanak, biasanya gemar menonton video terutama sekali video di Youtube. Jadi, anda boleh gunakan ia sebagai salah satu cara untuk membuatkan anak-anak minat untuk menunaikan solat dan dalam pada masa yang sama dapat melatih mereka belajar solat. Lagipun di Youtube sudah banyak video ataupun channel yang memaparkan tentang kepentingan bersolat dan mengajar cara solat yang betul. Terutama sekali jika ada watak kartun kehgemaran mereka, sudah pastilah akan membuatkan anak anda menontonya tanpa berkelip.

Baca Juga: 4 Indoor Game Yang Sesuai Sewaktu Berpuasa

3- Jangan Paksa

Latih Anak Bersolat

Setiap ibu bapa sudah pastilah mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Terutama sekali dalam mendirikan solat. Tetapi jangan sampai terlalu memaksa anak anda bersolat sama seperti orang dewasa. Ia merupakan perkara yang masih baru buat anak-anak kecil dan mereka baru hendak mencuba belajar dan mengikuti kita solat. Jadi, jika kita terlalu memaksa ia akan membuatkan anak kecil kita tidak mahu bersolat lagi selepas ini. Sebaliknya, ajak anak kita solat sekali secara perlahan-lahan dan dalam masa yang sama belikan mereka sejadahuntuk anak anda bersolat. Ia akan buatkan anak anda bertambah seronok bersolat

4- Bawa Anak-Anak Bersolat Ke Masjid

Satu lagi cara yang boleh anda gunakan untuk latih anak bersolat adalah dengan membawa anak-anak bersolat sekali ke Masjid atau surau di sekitar rumah. Cara sebegini akan membuatkan anak-anak kita merasa seronok terutama sekali apabila mereka melihat ramai orang menunaikan solat dan rakan-rakan sebaya mereka turut sama menunaikan solat. Sekali gus, dengan cara ini juga dapat mewujudkan perasaan mencintai masjid dalam diri mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa