4 Indoor Game Yang Sesuai Sewaktu Berpuasa

Indoor Game

Indoor Game adalah antara aktiviti yang sesuai untuk dilakukan oleh anak anda sewaktu bulan Ramadhan ini supaya mereka tidak cepat penat.

Bagi kanak-kanak aktiviti permainan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Ini kerana, dengan bermainlah mereka dapat membuatkan mereka mengeluarkan peluh dan dalam pada masa yang sama dapat membuatkan minda mereka menjadi lebih cerdas.

Disebabkan itulah, sewaktu bulan biasa iaitu selain bulan Ramadhan, kebanyakkan aktiviti petang anak-anak akan di isi dengan bermain apa sahaja permainan yang mereka suka. Dalam pada masa yang sama dapat mengelakkan dari berlakunya masalah obesiti.

Indoor Game Adalah Salah Satu Aktiviti Yang Sesuai Untuk Dilakukan Sewaktu Bulan Ramadhan Oleh Anak Kecil Anda

Tetapi pada bulan Ramadhan sebegini sudah pastilah kebanyakkan ibu bapa akan pantau anak-anak mereka supaya mereka tidak melakukan aktiviti lasak yang boleh menyebabkan mereka cepat haus dan lapar. Bila cepat haus dan lapar secara tidak langsung akan menyebabkan anak-anak akan mula timbul untuk berbuka dengan lebih cepat.

Justeru itu, tidak hairanlah jika ada ibu bapa yang menghadkan indoor game sebagai aktiviti untuk anak-anak mereka sepanjang bulan Ramadhan ini. Tapii apa sahaja indoor game yang sesuai untuk anak-anak? Takkan nak bagi anak main handphone sahaja??

Minda anak-anak sudah tentulah tak berkembang kalau main handphone sahaja. Sebenarnya, ada beberapa indoor game yang boleh anda gunakan untuk mengisi masa anak anada sepanjang bulan Ramadhan ini. Apa yang lagi best indoor game ini dapat membuatkan minda anak anda semakin berkembang dan yang paling utama anak anda akan terleka dan sekali gus akan buatkan mereka lupa mengenai lapar dan dahaga. Antara indoor game yang boleh anda lakukan ialah:

Indoor Game

1-Permainan Lego

Permainan lego merupakan antara permaianan yang sangat popular dalam kalangan kita tanpa mengira umur sama ada dewasa mahupun kanak-kanak kerana ia merupakan salah satu permainan yang agak mencabar minda. Justeru itu, ia merupakan salah satu indoor game yang sangat sesuai untuk mengembangkan minda anak anda. Secara tidak langsung ia dapat membuat anak kecil anda menjadi terleka dan melupakan untuk bermain di luar rumah dan juga melakukan aktiviti lasak yang boleh membuatkan mereka cepat penat dan secara tidak langsung boleh membuatkan mereka cepat lapar dan haus.

Indoor Game

2- Melukis

Selain itu, satu lagi indoor game yang boleh anda buat ialah dengan melakukan aktiviti melukis. Aktiviti melukis merupakan salah satu aktiviti yang boleh merangsang minda anak anda untuk terus berkembang. Tambahan pula, kebanyakkan kanak-kanak sangat gemar dengan aktiviti merwarna dan kadangkala boleh membuatkan mereka menjadi terleka sepanjang hari dengan merwarna

Baca Juga: Nak Latih Anak Berpuasa? Ini 5 Tips Mudahnya

3- Mewarna

Mewarna juga merupakan antara aktiviti yang boleh digunakan untuk anak anda sepanjang bulan Ramadhan ini. Kebanyakkan kanak-kanak sangat menggemari aktiviti mewarna. Ia akan membuatkan mereka menjadi leka dan seterusnya akan membuatkan mereka melupakan seketika mengenai lapar dan dahaga.

Indoor Game

4- Buat Aktiviti DIY

Bila dah masuk pertengahan bulan Ramadhan, ataupun penghujung Ramadhan kebanyakkan dari kita akan mula menghias rumah dan melakukan DIY untuk aksesori rumah sempena menyambut Syawal. Jadi, ini adalah salah satu peluang yang boleh anda gunakan untuk melakukan aktiviti DIY bersama anak anda. Takdelah mereka merasa bosan dan boleh melupakan seketika soal lapar dan dahaga.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

16 + 2 =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa