7 Tips Penjagaan Tudung Yang Betul. Suami Patut Ambil Tahu!

7 Tips Penjagaan Tudung Yang Betul. Suami Patut Ambil Tahu!

Bismillahirrahmanirrahim

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

Tips Penjagaan Tudung

Berita gembira buat para suami jika anda mahu menggembirakan wanita tersayang sila ambil cakna tentang 7 tips penjagaan tudung dalam artikel ini. Mungkin tips kali ini boleh digunakan agar para suami boleh membeli jiwa isteri sebagai taktik mahu pulang beraya ke kampung halaman. Jemput baca tujuh panduan di bawah tentang tips penjagaan tudung yang ramai orang tak tahu :

1.Cara Membasuh

Tips Penjagaan Tudung

Tudung termasuk dalam kategori cucian lembut atau cucian tangan. Jika mahu membasuh menggunakan mesin basuh, asingkan tudung terlebih dahulu daripada tercampur dengan pakaian lain. Gunakan suhu air sejuk dan jangan sesekali menggunakan air panas untuk tudung untuk mengelakkan tekstur fabrik rosak.

2.Buang Kesan Degil

Tips Penjagaan Tudung

Sebelum membasuh, pastikan terlebih dahulu samada tudung terdapat kesan degil yang sukar dicuci seperti terkena sambal, minyak, teh dan kopi. Bersihkan dahulu kesan degil ini dengan rendaman dan cucian tangan sahaja.

3.Jenis Sabun

Tips Penjagaan Tudung

Lebih baik bertanya dahulu dengan isteri jenis sabun yang boleh digunakan untuk tudung kesayangannya. Terdapat banyak jenis sabun di pasaran dan ada sabun khas untuk cucian tudung. Jangan main belasah basuh tudung kesayangan isteri anda menggunakan sabun mandi organiknya di bilik air.

4.Jemur

Tips Penjagaan Tudung

Jika kawasan rumah anda luas, cara terbaik adalah menjemur tudung di bawah cahaya matahari dengan melebarkan tudung di ampaian. Jika tidak, lebih baik menjemur tudung menggunakan penyangkut khas untuk tudung dan boleh dikeringkan di bawah kipas angin sahaja.

5.Pilihkan Warna

istockphoto 964483904 612x612 1

Minat isteri pada kain yang berwarna-warni tidak dapat dinafikan. Ia seolah-olah satu terapi yang boleh menggembirakan mood pada hari itu. Apa kata suami yang terlebih dahulu mencadangkan warna yang sesuai untuk dipadankan dengan pakaian isteri. Jika tidak, suami harus bersedia untuk menerima pelajaran tentang tudung berwarna pink rupa-rupanya terdapat lima atau lebih warna yang berbeza seperti pink belacan, dusty pink, pink rose, pink violet, hot pink dan banyak lagi.

6.Cara Gosok

istockphoto 1277250636 170667a

Kepakaran suami dalam bab menggosok menjadi kebanggaan ramai isteri. Terutamanya suami yang pernah bekerja dalam badan beruniform. Gosok tudung dengan suhu sederhana panas menggunakan semburan khas untuk tudung. Tetapi harus ingat, tudung dibuat daripada pelbagai jenis fabrik dan ada jenis tudung jangan sesekali digosok seperti tudung moss crepe.

7.Selepas Gosok

istockphoto 816471678 612x612 1

Awas para suami harus selalu berhati-hati dengan tudung yang sudah siap digosok. Elakkan daripada meletakkan di atas katil agar anak-anak kecil atau suami sendiri yang terduduk di atas kain tudung yang sudah siap digosok. Silap renyuk sedikit sahaja mungkin akan mengganggu perubahan mood orang rumah pada hari tersebut.

Jemput baca juga artikel parenting lain di link ini. Sudah dapatkan tudung sekolah TSC? Dapatkan di link ini.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa