Latih Anak Tutup Aurat: Ibubapa Patut Amalkan Ini

Seperti juga etika makan dan belajar, menutup aurat di kalangan anak-anak, terutama anak perempuan, perlu dilatih sejak awal usia.

Elakkan berfikiran konon kerana anak-anak masih kecil dan tidak memahami apa-apa, maka apa perlunya mereka menutup aurat.

Ingatlah, menutup aurat menjadi satu usaha yang agak sukar jika seseorang sudah menjangkau dewasa.

Bukan memaksa

Justeru, mulakan melatih anak menutup aurat seawal usia mereka. Ini bukan bermaksud memaksa, sebaliknya mendidik dan membiasakan mereka dengan etika menutup aurat.

Permulaan baik pada usia kecil inilah kelak akan kekal menjadi benteng buat seseorang wanita untuk kekal bertudung walau di mana dia berada dan dengan siapa dia bergaul.

Pokoknya, asas imam ini, iaitu menutup aurat perlu diterapkan seawal mungkin. Mari kita lanjutkan. 

tudung

Tanggungjawab ibubapa

Justeru, tugas awal ini tanggungjawab siapa sebenarnya? Tentulah tanggungjawab itu terbeban di atas pundak ibubapa. Ibubapalah yang akan mencorakkannya.

Ibubapa perlu berniat ikhlas kerana menunaikan perintah Allah swt. Ibubapa jangan sesekali ambil mudah dan ambil ringan mengenai aurat anak perempuan. 

Menjadi tugas ibubapa menanam rasa malu di dalam diri anak perempuan jika secara sengaja atau tidak, auratnya terdedah dan dilihat lelaki bukan mahramnya.

Bagaimana latih tutup aurat

Bagaimana cara terbaik untuk melatih anak-anak menutup aurat sejak awal usia? Berikut sebahagian daripada caranya.

Bermula dengan teladan

Ibu terutamanya perlulah terlebih dahulu memulainya dengan teladan terbaik. Maksudnya ibu sendiri perlu sedar bahawa menutup aurat adalah wajib.

Jika ibu ada masalah dengan aurat atau belum menutup aurat secara sempurna, tugas ayahlah membetulkan keadaan itu.

Teladan terbaik mesti ditunjukkan kepada anak; bukan sahaja anak perempuan, malah anak lelaki agar tidak cenderung berasa seronok berseluar pendek.

Berkomunikasi mengenai aurat

Berkomunikasilah dengan anak-anak mengenai aurat dan wujudkan kesedaran mengenai peri pentingnya kewajiban menutup aurat. Ia tuntutan agama!

Teruskan berkomunikasi dengan bercerita dan menyebut mengenai aurat. Frasa perbualan seperti “Mama nampak cantik kan kerana Mama bertudung?” dan seumamanya akan melahirkan kesedaran di kalangan anak-anak mengenai kepentingan dan kebaikan menutup aurat.

Mulakan percakapn seperti ini seawal usia anak lagi. Tidak perlu tunggu mereka berusia tujuh tahun, sebaliknya mulakan seawal usia anak tiga atau empat tahun.

Dan, setiap masa pastikan anak-anak diingatkan mengenai keperluan menutup aurat, terutama apabila hendak keluar rumah.

Mulakan dengan tindakan

Ini bermaksud mulakan dengan pasti, tetapi tanpa memaksa. Mulakan dengan membeli tudung cantik untuk anak perempuan pada usia awal mereka. 

Selain bentuk tudung yang cantik dan sesuai, dapatkan corak kain dan warna yang sesuai dengan minat dan kegemaran anak-anak kecil.

Tidak mengapa. Ini hanya sebahagian daripada cara untuk memujuk dan menanam minat mereka supaya gemar memakai tudung.

Apabila keluar beriadah atau ke pasar, pastikan mereka menutup aurat dengan mengenakan tudung cantik. Biarkan mereka dalam keadaan bertudung sepanjang masa secara selesa dan gembira.

Bersabar dalam mendidik anak pakai tudung

Bersabar itu sangat penting dalam mendidik anak. Begitu juga dalam hal mendidik anak menutup aurat atau mengenakan tudung.

Setiap anak mungkin mempunyai tahap penerimaan berbeza-beza apabila diminta atau disarankan memakai tudung kepala.

Bagaimanapun ini tidak mengapa kerana ia hanya reaksi dan penerimaan awal. In sha Allah ia akan semakin okay dan diterima baik oleh mereka.

Puji anak memakai tudung

Dan, apabila anak mula menunjukkan minat serta kesungguhan untuk mengena tudung kepala atau menutup aurat, hargailah mereka.

Tidak salah puji dan hargai minat serta kesungguhan mereka. Malah amat bijak jika kita dapat mengekalkan minat mereka itu menerusi pujian dan penghargaan yang diberikan.

Zahirkan kata perangsang, pujian dan penghargaan, terutama ketika menyarungkan tudung ke kepala anak-anak perempuan.

Percayalah sentuhan emosi sebegini akan membuatkan anak semakin minat menutup aurat dan mengenakan tudung sepanjang masa.

In sha Allah, niat murni dan keihlkasan untuk mendapat redha Allah swt akan memudahkan proses mendidik anak-anak menutup aurat sejak awal usia mereka.

Dalam hal ini, kami di tudungsicomel.com juga amat menitikberatkan pemakaian tudung di kalangan anak-anak perempuan.

Kami sediakan “Jaminan Istimewa 180 Hari” yang membolehkan mana-mana produk yang dirasakan tidak bagus atau tidak sesuai dengan si comel, boleh mohon untuk pemulangan wang (refund).

Apa yang kami pentingkan ialah si comel anda perlu sentiasa rasa selesa dan gembira apabila setiap kali mereka bertudung.

Koleksi terkini tudung si comel kami dapat dilihat di sini.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

five × four =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa