Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

5 Sebab Anak Perempuan Lebih Rapat Dengan Ayah

Kenapa anak perempuan lebih rapat dengan ayah? Mengapa situasi ini terjadi sedangkan ibu yang melahirkan dan mengasuh? Ayah merupakan lelaki yang pertama dikenali oleh si anak. Jadi tidak hairan lagi ayah mempunyai pengaruh yang besar dalam pembangunan sahsiah anak-anak.

Antara Alasan Anak Perempuan Lebih Rapat dengan Ayah

1- Ayah Adalah Role Model Anak

Anak melihat ayahnya sebagai seseorang yang akan melindungi mereka. Role model dan hero mereka. Seorang yang meyelamatkan mereka dalam apa jua situasi yang terjadi.

Pendapat ayah juga lebih diambil kira daripada ibu yang mungkin lebih tegas dan bersifat ‘garang’. Ini kerana ayah biasanya lebih ‘sporting’ . Mereka juga lebih cepat cair dengan permintaan anak tadi.

Bahkan Nabi Muhammad SAW juga sangat sayangkan anak perempuan baginda iaitu Saidatina Fatimah Az-Zahra RA.

Menurut hadis riwayat Imam Bukhari (dari Al-Miswar bin Makhrama) berkata bahwa Nabi Saw bersabda;

فَاطِمَةُ بَضْعَةٌ مِنِّي ، فَمَنْ أَغْضَبَهَا أَغْضَبَنِي

Fatimah adalah sebahagian dariku. Barangsiapa telah menyakitinya, maka dia telah menyakitiku. Baginda juga sangat murka kepada orang yang ingin menyakiti Fatimah Az-Zahra RA.

2- Anak Manfaatkan Masa Terluang

Kebanyakan masa ayah berada luar atau di tempat kerja. Mereka juga lebih sibuk dalam mencari nafkah untuk keselesaan dan kesejahteraan keluarga.

Oleh itu masa yang ada dimanfaatkan oleh anak untuk bermanja serta berkongsi cerita.

Mengikut pengalaman saya, anak perempuan sangat cenderung rapat dengan ayahnya. Anak akan ambil peluang masa yang ada untuk bercerita tentang masalah yang dihadapinya dengan ayah.

Saya juga begitu dulu semasa berada di sekolah berasrama dan juga universiti. Setiap kali berhadapan dengan masalah, ayah adalah orang yang akan saya call terlebih dahulu untuk minta pendapat.

Sampaikan sudah berkahwin, ayah masih jadi sumber rujukan saya ketika berhadapan pelbagai rintangan hidup.

3- Ayah Sebagai Sumber Inspirasi

Anak perempuan melihat ketekunan ayah sebagai inspirasi dan sebagai motivasi untuk hidup lebih berjaya dan berdaya saing. Ayah juga dilihat sebagai sosok tubuh yang tabah dalam menghadapi cabaran hidup.

Pengorbanan ayah sentiasa tersemat dalam hati anak dan dikagumi sebagai seorang yang sentiasa membimbing keluarga ke arah yang lebih baik. Maka dengan sebab ini anak perempuan lebih rapat dengan ayah.

sebab anak perempuan lebih rapat dengan ayah
Image by mohamed Hassan from Pixabay

4- “Si Anak Perempuan Ayah”

Biasa kan kita dengar orang kata, “Anak perempuan ayah” atau dalam Bahasa Inggerisnya “Daddy’s little girl”. Seorang ayah kebiasaannya akan melihat anak perempuannya tetap anak kecil walaupun mereka sudah pun meningkat dewasa.

Oleh itu, walaupun kadangkala ayah ini selalunya kurang berkata-kata (membebel) dari ibu. Namun, sesekali ayah menasihati ianya lebih telus dan sampai ke dalam hati anak.

Dalam masih memberi anak kebebasan membuat keputusan dalam hidup, ayah juga melihat anak perempuan ini harus selalu dilindungi dan sentiasa dikasihi.

5- Ayah Lebih Memahami Perasaan Anak Perempuannya

Selain kasih sayang ibu, kasih ayah juga tiada bandingnya. Menurut kajian saintis dari Emory University, ayah lebih cenderung lebih terbuka soal emosi dengan anak perempuannya. Ayah juga boleh berbincang mengenai perkara yang melibatkan perasaan anak perempuannya.

Ianya bukanlah sesuatu buruk ataupun menyebabkan anak perempuan jadi terlebih manja. Namun keadaan ini dikatakan dapat membina nilai-nilai dalaman anak yang lebih positif.

Seterusnya bantu meningkatkan kemahiran dalam berinteraksi dengan orang lain serta meninggikan IQ dan EQ mereka.

Anak Perempuan Membesar dengan Baik

Ayah akan cuba melakukan dan menyediakan yang terbaik untuk anak perempuan mereka. Begitu juga dengan ibu. Sekiranya anak perempuan lebih rapat dengan ayah ianya adalah perkara yang baik.

Ianya dapat membantu mereka lebih berkeyakinan diri. Anak juga akan lebih berjaya jika dididik dengan penuh kasih sayang sepanjang tempoh membesar mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa