5 Kesilapan Memilih Nama Anak Perempuan

5 KESILAPAN MEMILIH NAMA UNTUK ANAK PEREMPUAN

Ibu ayah zaman sekarang suka memberi nama yang kononnya kelihatan glamour kepada anak perempuan. Kelihatan moden dan mahu gabungkan nama suami isteri. Namun, ada 5 kesilapan memilih nama anak perempuan yang sering kita buat.

Kesilapan Memilih Nama Anak

Dalam kegembiraan ketika memilih nama anak, sering kita abaikan panduan yang telah diberi dalam Islam. Merujuk kepada buku Pendidikan Awal Anak-Anak Dalam Islam yang ditulis oleh Syeikh Nasih Ulwan, nama yang terbaik ialah nama yang pernah diberikan oleh baginda mulia Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Usahakan agar dapat mencontohi sosok peribadi mulia yang akan memimpin semua wanita di dalam syurga dengan memberikan nama anak seperti nama mereka. Ranking memberi nama yang baik untuk anak perempuan ; yang pertama ialah Maryam Bintu Imran, yang kedua ialah Fatimah Bintu Muhammad, yang ketiga ialah Khadijah Bintu Khuwailid dan yang keempat ialah Asiah Bintu Muzahim. Menurut Ustaz Wadi jangan pernah malu jangan pernah segan dalam memberi nama Maryam kepada anak-anak dan cucu-cucu perempuan.

1.Maryam

Wanita terbaik di alam ini ialah Sayyidatina Maryam رضى الله عنها. Sayyidatina Maryam Bintu Imran membesar di tempat ibadat atau bilik suluk dengan banyak mendirikan solat. Beliau solat hingga terlihat oleh Nabi Zakaria A.S. di bilik ibadat itu, datangnya makanan yang tidak ada pada musim tersebut. Nabi Zakaria A.S. bertanya, “Wahai Maryam, siapa yang bawa makanan ini kepadamu setiap hari walaupun kamu tidak pernah keluar daripada bilik ini?” Jawab Sayyidatina Maryam رضى الله عنها, ” Allah yang bawakan”. Subhanallah begitu Sayyidatina Maryam رضى الله عنها menumpukan ibadat dengan solat hingga Allah S.W.T. memberikan makanan kepada beliau. Ini kisah benar wanita terbaik pada alam ini iaitu Sayyidatina Maryam Bintu Imran.

2.Fatimah

Sayyidatina Fatimah Az-Zahra رضى الله عنها ialah puteri Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Wanita mulia ini juga adalah isteri kepada Sayyidina Ali رضى الله عنه. Melalui beliau lahirnya keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم hingga kini. Beliau hidup dalam keadaan miskin dan zuhud. Namun, hatinya begitu kuat dalam menyokong dakwah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan Sayyidina Ali رضى الله عنه dalam apa jua cabaran dan keadaan.

3.Khadijah

Sayyidatina Khadijah Bintu Khuwailid ialah isteri Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan ibu Sayyidatina Fatimah رضى الله عنها. Beliau ialah wanita pertama yang memeluk Islam dan sentiasa menyokong dakwah Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Beliau dimuliakan Allah S.W.T hingga Allah S.W.T. memberi salam kepada beliau.

4. Asiah

Sayyidatina Asiah Binti Muhazim ialah isteri kepada Firaun. Beliau dimuliakan Allah S.W.T. walaupun menjadi isteri kepada Firaun. Cintanya kepada Tuhannya yang begitu dalam walaupun terpaksa melakukan solat dalam keadaan menyorok. Setelah diketahui oleh Firaun, Sayyidatina Asiah رضى الله عنها tidak gentar akan ancaman seksa suaminya malah sempat berdoa kepada Allah S.W.T. “Wahai Tuhanku, kurniakan kepadaku di sisi-Mu sebuah istana di dalam syurga dan selamatkan aku daripada kekejaman Firaun.”

Semua wanita mulia ini hebat kerana solat mereka kepada Allah S.W.T. Mari kita sama-sama merenung kembali tentang kualiti solat kita mesti kena khusyuk kepada Allah S.W.T.

Baiki lima kesilapan ketika memilih nama untuk anak perempuan dan menggantikan dengan nama yang lebih baik mengikut sunnatullah. Justeru diharapkan dapat mengelakkan daripada memberi nama anak dengan nama berikut :

  1. Nama jin
  2. Nama perempuan ahli neraka
  3. Nama perempuan yang dilaknat Allah S.W.T.
  4. Nama perempuan zina
  5. Nama perempuan yang derhaka kepada suami
Kesilapan Memilih Nama Anak

Semoga niat yang baik sentiasa dimudahkan oleh Allah S.W.T. Kami memahami niat puan untuk menggalakkan anak perempuan menutup aurat. Dapatkan koleksi tudung terkini daripada TudungSiComel melalui link ini.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa