Cara Mendidik Anak Berdikari Dari Awal Usia (2021)

Anak-anak perlu dididik untuk mula berdikari dari awal. Sayang sekali topik tentang cara mendidik anak berdikari tidak banyak diperbincangkan dalam perbualan harian masyarakat.

Pendidikan dari aspek ini penting bagi membentuk seorang anak yang mempunyai keyakinan diri yang kuat serta menjadikannya lebih kreatif.

Ia juga merupakan suatu keperluan bagi melatih dirinya untuk menempuh alam remaja dan dewasa yang lebih mencabar.

“ Aspek penting perlu difahami ibu bapa adalah kebolehan dan keupayaan anak-anak dalam melakukan sesuatu tugasan (task) mengikut umur mereka.”

Jameyah Sheriff

Pakar perkembangan awal kanak-kanak

Artikel ini akan membincangkan tentang cara mendidik anak berdikari dengan menggunakan 5 asas kemahiran hidup dalam aktivit harian mereka.

1. Mencuci Pakaian

Kanak-kanak mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi terhadap apa yang terjadi di sekelilingnya terutamanya pekerjaan yang ibu bapa sering lakukan di rumah.

Ibu dan ayah tidak boleh mensia-siakan peluang ini dan memanfaatkannya sebaik mungkin sebagai salah satu cara mendidik anak berdikari dengan melibatkannya sekali untuk turut serta dalam melakukan pekerjaan tersebut.

Sebagai contoh, ambil kesempatan semasa mencuci pakaian dengan meminta tolong anak kecil untuk membantu sama.

Tunjukkan kepada mereka bagaimana ia boleh menjadi suatu aktiviti yang menyeronokkan. Fahamkan diri mereka kepentingan memisahkan pakaian yang berwarna putih dan bewarna dalam satu cucian.

Melipat dan menyusun pakaian mengikut kesesuaian juga boleh dilakukan juga. Apabila asas-asas ini menjadi kebiasaan baginya, anda akan lihat perkara ini akan menjadi mudah untuk dilakukannya apabila usiannya semakin meningkat.

Bahkan tidak mustahil, anak anda mampu melakukannya sendiri sebaik memasuki alam persekolahan.

2. Aktiviti Memasak

Selain itu, anda juga boleh mengajarkan resepi-resepi mudah untuk anak-anak melakukannya. Antara contohnya adalah muffin, kuih raya, popia, roti ketam, Aiskrim Malaysia dan sebagainya.

Resepi-resepi seperti ini bukan sahaja mudah untuk disiapkan, malah ia sangat disukai oleh kanak-kanak kerana merupakan antara makanan kegemaran mereka.

Aktiviti seperti ini bukan sahaja dikira sebagai salah satu cara mendidik anak berdikari yang menyeronokkan, malah ia melatih daya fokus anak-anak.

Apabila setelah selesai menyiapkan salah satu hidangan, keyakinan dirinya akan turut meningkat dan mereka akan menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan aktiviti-aktiviti masakan seterusnya.

3. Ilmu Pertolongan Kecemasan

Walaupun ilmu ini sepatutnya diajar di sekolah, namun kita akan dapati ia sering diabaikan berbanding dengan ilmu-ilmu akademik.

Sedangkan ia merupkan salah satu ilmu asas yang perlu diketahui oleh kanak-kanak mahupun golongan dewasa.

Di sinilah para ibu dan ayah perlu memainkan peranan dalam menampung kekurangan tersebut. Anda boleh menerangkan kepadanya tentang kit pertolongan kecemasan yang boleh digunakan untuk merawat kecederaan ringan seperti luka kecil dan sebagainya.

Selain itu, penerangan tentang prosedur yang betul semasa menghubungi talian kecemasan juga penting agar maklumat-maklumat mustahak seperti situasi dan alamat kejadian dapat diberikan dengan tepat.

Ia sedikit sebanyak memudahkan pihak berkuasa untuk melaksanakan tugas dengan kadar segera.

4. Pengurusan Kewangan

Kanak-kanak yang telah terbiasa untuk berbelanja dengan boros semasa di awal usia akan turut melakukan perkara yang sama apabila telah telah membesar kelak.

Anda akan dapati masyarakat Malaysia kebanyakkannya tidak mempunyai tabung simpanan kecemasan akibat daripada hal yang sedemikian.  

Cara Mendidik Anak Berdikari
Amalan menabung juga mampu membentuk anak untuk berdikari.

Oleh itu, penting bagi ibu bapa untuk mewujudkan situasi yang mampu mendidik diri mereka untuk sentiasa berjimat-cermat.

Antara cara yang paling mudah untuk dimulakan adalah dengan menyediakan kepada mereka sebuah tabung lalu memahamkan diri mereka tentang kepentingan menabung sebahagian daripada duit perbelanjaan harian.

Tabiat ini akan mendidik mereka menjadi insan yang celik kewangan dan tidak mustahil mereka akan mula berusaha untuk mencari wang saku sendiri apabila memasuki alam remaja kelak.

5. Berinteraksi Dengan Masyarakat

Perbualan dengan orang-orang dewasa secara kerap membantu dalam perkembangan bahagian otak yang berkait rapat dengan pertuturan dan komunikasi.

Pertambahan kosa kata juga turut meningkat melalui aktiviti ini.

Mereka akan lebih mudah untuk menolong anda dalam melakukan tugasan mudah yang melibatkan interaksi dengan orang dewasa seperti membeli makanan, barang rumah dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, melalui aktiviti seperti ini tahap kematangan mereka juga turut meningkat secara tidak langsung.

Kesimpulan

Ibu dan ayah memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak untuk berdikari. Ia boleh dilakukan secara langsung atau tidak langsung mengikut kreativiti masing-masing.

Mendidik anak untuk berdikari semenjak awal penting dalam mempersiapkan diri mereka bagi menempuh alam dewasa yang lebih mencabar.

Anak anda seorang yang berdikari ? Sila kongsikan tips anda pada ruangan komen di bawah !

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa