Anak Lambat Bercakap, Ketahui 4 Puncanya (2021)

Situasi anak lambat bercakap merupakan perkara yang sering merisaukan ibu dan ayah.

Lebih menyedihkan lagi apabila anak-anak yang semakin membesar tidak mampu untuk bertutur dengan baik sepertimana kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

Teruskan pembacaan anda untuk ketahui lebih lanjut tentang masalah anak lambat bercakap ( Speech Delay ).

“Jika anak sudah mencapai usia dua tahun dan mengalami masalah lambat bertutur, rujuklah kepada hospital atau pakar terapi pertuturan untuk bantuan. Namun jika anak boleh bertutur, tetapi masih pelat sehingga usianya mencecah empat tahun, rujuklah ke pakar atau hospital berdekatan.

Ruby Izyan Atika Abu Baka

Ahli Terapi Pertuturan Bahasa

Artikel ini akan membincangkan tentang masalah Speech Delay yang sering terjadi pada kanak-kanak di awal usia perkembangan mereka.

Apakah itu Speech Delay ?

Definisi Speech Delay ialah satu terma keadaan anak lambat bercakap yang merujuk kepada kegagalannya untuk menghasilkan bunyi atau bertutur seiring dengan kesesuaian mengikut peringkat usianya.

Sebagai contoh kanak-kanak yang sudah berusia 2 tahun tetapi masih belum mampu untuk untuk menghasilkan ayat secara spontan memerlukan pemeriksaan lanjut dari doktor ataupun ahli terapi pertuturan.

Anak Lambat Bercakap
Speech Delay boleh memberikan kesan terhadap aktiviti pergaulan kanak-kanak dalam kehidupan seharian.

Bagaimankah Speech Delay Terjadi ?

Terdapat berbagai faktor yang menyumbang ke arah permasalahan ini dan di antaranya ialah :

1. Kecacatan Struktur Mulut

Sumbing dan lidah pendek ( tongue tie ) adalah antara contoh yang sering didapati dalam kalangan anak lambat bercakap.

Situasi ini menyebabkan pergerakkan bibir dan lidah terbatas berbanding kanak-kanak yang normal lalu merencatkan perkembangan pertuturannya.

Ia dapat dikenal pasti dengan mudah apabila anda membawanya bagi mendapatkan kepastian daripada para doktor.

2. Masalah Pendengaran Sejak Lahir

Pada kebiasaannya selepas setiap kelahiran bayi, mereka akan menjalani sekurang-kurangnya satu sesi ujian pendengaran.

Hal ini supaya jika terdapat sebarang masalah pendengaran sejak kelahiran boleh dirawat dengan awal agar ia tidak memberikan kesan yang besar terhadap proses pembelajaran pertuturannya.

3. Jangkitan Telinga

Selain itu, jangkitan telinga yang berterusan juga turut menjadi faktor utama dalam masalah anak lambat bercakap.

Ia boleh menyebabkan radang terjadi pada saluran telinga, penghasilan nanah, begitu juga dengan kerosakan terhadap saraf-saraf pendengaran dan sebagainya memberi kesan yang buruk terhadap proses pendengaran yang normal.

Hal yang sedemikian secara tidak langsung menghalang seorang kanak-kanak untuk mendengar dengan baik sebutan dan pertuturan ibu bapa begitu juga dengan ahli-ahli keluarga di sekelilingnya.

Secara mudahnya apabila pendengarannya terjejas, pertuturannya juga turut terkesan.

4. Kurang Rangsangan

Faktor komunikasi antara ibu dan ayah dengan anak juga tidak ketinggalan dalam menyebabkan Speech Delay.

Di dalam dunia di mana komunikasi dan perhubungan harian masyarakat kini lebih tertumpu ke arah gajet secara tidak langsung mengurangkan rangsangan anak untuk bercakap.

Kebanyakkan ibu dan bapa sekarang dilihat lebih banyak menghabiskan masa dengan telefon pintar berbanding dengan pergaulan dan perbualan dengan anak-anak.

Sedangkan pada hakikatnya, anak-anak memerlukan rangasangan yang konsisten dalam usaha untuk membantunya bertutur dengan baik.

Kesimpulan

Mengenali faktor-faktor Speech Delay membantu dalam mengatasi masalah itu sendiri. Usaha dari pelbagai pihak terutamanya ibu dan ayah sangat penting dalam memastikan anak dapat bertutur dengan baik seperti kanak-kanak yang seusia dengannya.

Hal ini bukan sahaja dapat membantunya dengan untuk membesar dengan keyakinan diri yang kuat, malah agar dirinya tidak ketinggalan dalam pelajaran semasa di sekolah kelak.

Sekian.

Anda berminat untuk berkongsi pengalaman atau tips mengatasi masalah anak lambat bercakap atau Speech Delay ? Sila komen di bawah !

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa