Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

Jangkitan paru-paru bayi dan kanak-kanak (2021)

Ibubapa perlu berhati-hati dengan serangan jangkitan paru-paru bayi atau kanak-kanak (Pneumonia ) kerana ia merupakan pembunuh utama bagi golongan ini.

Pneumonia menyebabkan 16 peratus kematian dalam kalangan kanak-kanak bawah usia lima tahun. Pada 2016, penyakit ini meragut nyawa seramai 880,000 kanak-kanak di seluruh dunia tahun ini.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Baca selanjutnya untuk ketahui lebih lanjut tentang penyakit Pneumonia.

Artikel ini akan membincangkan tentang konsep ringkas di sebalik serangan jangkitan paru-paru bayi dan kanak-kanak seperti punca, rawatan dan peranan ibu bapa dalam usaha menanganinya.  

Apakah Pneumonia ?

Menurut Pakar Pediatrik, Datuk Dr Zulkifli Ismail, berkata Pneumonia adalah gangguan paru-paru serius, menyebabkan kantung udara (alveoli) dipenuhi cecair lalu pesakit akan menjadi sukar bernafas.

Bagaimanakah Cara Mengenal Pasti Gejala-Gejala Pneumonia ?

Simptom-simptom serangan jangkitan paru-paru bayi dan budak boleh hadir dalam pelbagai bentuk, sebagai contoh :

  • Demam
  • Batuk
  • Badan menggigil dan menggeletar
  • Pernafasan laju
  • Bernafas dengan mendengus
  • Kurang aktif dan tidak bermaya
  • Kurang selera makan
Jangkitan Paru-Paru Bayi
Antara kaedah mudah untuk mengenal pasti jangkitan Pneumonia adalah dengan memantau kelajuan pernafasan anak.

Senarai gejala seperti yang telah dinyatakan di atas merupakan perkara yang sering terjadi pada kanak-kanak yang menghidapi Pneumonia.

Apakah Punca-Punca Pneumonia ?

Terdapat dua punca utama terjadinya jangkitan paru-paru bayi dan kanak-kanak.

Yang pertama adalah disebabkan jangkitan virus yang dikenali sebagai RSV (respiratory syncytial virus). Walaupun ia sering terjadi namun simptom-simptom yang dihadapi oleh kanak-kanak selalunya ringan sahaja.

Punca yang kedua ialah disebabkan jangkitan bakteria. Gejala-gejala yang terjadi biasanya lebih teruk jika dibandingkan dengan jangkitan virus.

Ia boleh bermula dengan demam panas secara tiba-tiba, batuk bahkan nafas laju. Contoh bakteria yang dapat dikenal pasti adalah :

  • Pneumococcal Pneumonia
  • Mycoplasma Pneumonia
  • Pertussis

Bagaimanakah Doktor Merawat Pneumonia ?

Rawatan penyakit ini bergantung kepada puncanya samada virus atau bakteria. Jika ia disebabkan oleh virus, maka pada kebiasaannya ia akan pulih sendiri.  

Ubat antiviral hanya akan diberikan bergantung kepada indikasi-indikasi tertentu mengikut doktor yang merawat.

Bagi jangkitan bakteria pula, ubat makan antibiotic akan diberikan. Bagi kes yang lebih serius, ubat ini akan diberikan melalui kemasukan terus ke dalam saluran darah.

Bantuan oksigen juga akan diberikan bagi kanak-kanak yang mengalami kesukaran bernafas sebagai salah satu kaedah rawatan sokongan.

Apakah Peranan Ibubapa Dalam Menangani Masalah Jangkitan Paru-Paru Bayi Dan Kanak-Kanak ?

1. Memberikan waktu rehat yang secukupnya untuk anak.

2. Menggalakkan anak-anak untuk banyakkan minum air. Hal ini boleh mengelakkan daripada terjadinya keadaan yang disebut sebagai dehidrasi ( kekurangan air dalam badan ).

3. Membawa anak bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut jika kelihatan tidak bermaya dalam beberapa hari.

4. Membantu anak dalam menghabiskan ubat antibiotik yang diberikan oleh doktor.

Kecuaian yang sering terjadi dalam aspek ini boleh membawa kepada risiko berlakunya fenomena Kerintangan Antibiotik (Antibiotic Resistance).

Dalam situasi ini, keberkesanan antibiotik akan berkurangan dan memerlukan jenis yang lebih kuat bagi jangkitan-jangkitan yang boleh berlaku pada masa akan datang.

5. Memastikan anak mengambil vaksin-vaksin tertentu yang dapat membantu sistem imunisasi badannya dalam melawan jangkitan kuman.

Antara contohnya adalah vaksin Haemophilus Influenza Type B yang diberikan sekitar usia 2 hingga 5 bulan.

6. Banyakkan berdoa agar anak dapat sembuh dengan lebih cepat.

“ Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan karena Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit dan komplikasi penyakit lain. “

(HR. Bukhari, no. 5742; Muslim, no. 2191)

Kesimpulan

Walaupun serangan dan jangkitan Pneumonia adalah suatu yang merbahaya, namun jika anda mempunyai asas ilmu pengetahuan tentangnya pasti ia dapat ditangani dengan baik.

Apa yang anda akan lakukan jika anak mula batuk atau demam ? Sila kongsikannya pada ruangan komen di bawah !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa