Update Sumbangan Tudung Sarung Mangsa Banjir 23 Dis 2021

Be a bush if you can’t be a tree. If you can’t be a highway, just be a trail. If you can’t be a sun, be a star. For it isn’t by size that you win or fail. Be the best at whatever you are.” – Martin Luther King, Jr.

Banjir nie memberi impak ujian yang besar pada kita semua…

Bukan hanya kepada mereka yang ditimpa banjir, tapi kita semua juga. Direct dan indirect hit.

Sungguh, setiap dari kita ada part kita masing-masing. Tak kisah siapa pun kita.

Ada yang mampu membantu secara fizikal(tenaga), alhamdulillah.

Ada yang mampu dari segi dana, makanan dan barang sumbangan, alhamdulillah.

Ada yang mampu tumpangkan rumah, alhamdulillah.

Ada yang mampu berdoa, alhamdulillah.

Semuanya saling berkait.

Tidak ada jasa kecil atau besar, kita bantu mana termampu dengan kadar kemampuan masing-masing.

Kita di TudungSiComel pun sama, syarikat kecil nak sumbangkan tudung dalam kuantiti yang banyak, terus terang kita tidak mampu. Yang memerlukan tudung terlalu ramai.

Kemampuan kita adalah menjahit tudung sarung untuk dipakai lasak. Dan kita nak cuba laveragekan kepakaran kita untuk membantu dengan kadar yang termampu.

Saya nak pejamkan mata, pekakkan telinga pun rasa serba salah. Ramai yang pm dan komen jika ada tudung untuk bantuan.

Ramai yang tinggal sehelai sepinggang… tudung yang dipakai mungkin sudah 3-4 hari tidak bertukar. Kita faham sangat keadaan mereka.

Jika ada kawan-kawan yang nak turut sumbangkan tudung, jemputlah. Kita kongsi sama-sama. Sikit-sikit ikut kemampuan yang ada.

Kita kumpul dan serahkan pada Hero Rakyat Rescue Team, mereka akan bantu untuk edarkan sumbangan kita agar sampai kepada mereka yang memerlukan.

Terima kasih dan kudos buat puan Tun Fiqa Mohammad dan Team Hero Rakyat yang sangat-sangat banyak membantu mangsa banjir. They are unsung heros. A BIG salute to them all…

Untuk join sumbangan, boleh klik sini ya

Jika ada rakan-rakan yang nak berikan untuk saudara mara terdekat pun boleh hubungi kita, in shaa Allah kita cuba bantu.


UPDATE REPORT SUMBANGAN TUDUNG MANGSA BANJIR

Ahamdulillah, 1st batch sumbangan kita dah ready untuk penghantaran 🥰

Terima kasih semua yang menyumbang dan nanti kita update aktiviti seterusnya ya.

Total sumbangan yang diterima sehingga 23 Dis 2021 (9.23pm).

# Tudung Sarung – 294 helai

# Tudung Sarung Reject Kilang (New) – 32 helai

# Tudung Sekolah – 46 helai (Akan dibuat sumbangan selepas keadaan tenang).

Terima kasih 😃

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 4 =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa