Sumbangan Tudung Buat Mangsa Banjir Disember 2021

Menjaga aurat di kala darurat…

Seperti kita semua maklum, negara kita dikejutkan dengan bencana banjir kilat yang berlaku begitu pantas.

Ianya bermula dengan hujan lebat seawal hari Jumaat 17 Disember 2021 (sejarah tercatat) dan pada keesokan harinya, kita digemparkan dengan banjir kilat di beberapa kawasan termasuk bandar Kuala Lumpur sendiri.

Sehubungan itu, kita di TudungSiComel dan Rakan Usahawan TudungSiComel mengambil inisiatif untuk mengumpul sumbangan tudung sarung dan juga tudung sekolah bagi diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir. Semoga usaha kecil kita ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan mereka.

Ramai yang tinggal sehelai sepinggang dan mungkin tudung yang dipakai sudah 2-3 hari tidak bertukar. Dan mungkin juga tudung / uniform sekolah anak-anak mereka dihanyutkan air.

Mari kita sama-sama bantu mereka dengan menyalurkan sumbangan Tudung Sarung dan Tudung Sekolah agar mereka dapat memakai tudung yang bersih dan selesa.

Kita telah bekerjasama dengan pihak Hero Rakyat Rescue Team dan mereka akan membantu mengagihkan tudung yang akan disumbangkan.

Sama-sama kita bantu mereka menjaga aurat dikala darurat… Hari ini mereka diduga, hari kita belum tentu lagi… Mudah-mudahan kita semua terpelihara.. aamin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa