Memberi nama anak Yang Baik Itu, Ini 5 Sebabnya !

Ingatlah ! Memberi nama anak yang mempunyai makna baik merupakan salah satu daripada tuntutan agama dalam Islam.

Kelahiran cahaya mata adalah anugerah Allah S.W.T kepada ibu dan ayah. Manakala pemberian nama yang baik pula merupakan antara anugerah terawal yang diberi oleh kedua-dua ibu bapa kepada anak mereka.

Islam menitikberatkan aspek pemberian nama kepada bayi yang baru lahir sehinggakan terdapat hukum-hakam yang ditetapkan sebagai panduan umat Islam.

“Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu, oleh itu perelokkanlah nama kamu.”

Sabda Rasulullah S.A.W

(Riwayat Abu Daud)

Artikel ini akan membincangkan tentang kepentingan memberikan nama yang baik kepada bayi-bayi yang baru lahir.

1. Tuntutan Agama

Bagi umat Islam memberi nama anak yang baik bukannya semata-mata berdasarkan budaya, adat, hari kelahiran, peristiwa atau sebagainya.

Nama yang terbaik adalah nama yang mempunyai makna yang indah, suci, mengandungi identiti muslim dan yang paling penting sekali ialah ia diredai oleh Allah S.W.T.

Memberi Nama Anak
Memberi Nama Anak Perlu Dilakukan Dengan Teliti Agar Selari Dengan Hukum

Daripada Abu Wahb Al Jusyami, katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Namakanlah (sesiapa dalam kalangan kamu) nama-nama para nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah ‘Abdullah dan ‘Abdur-Rahman, nama yang paling benar ialah Harith (yang berusaha) dan Hammam (yang bersemangat tinggi dalam melakukan kebaikan) dan nama paling buruk iaitu Harb (perang) dan Murrah (buruk).”

(Riwayat Abu Daud dan al-Nasa’i)

2. Doa

Nama adalah doa. Itulah pepatah ringkas yang sering dijadikan peringatan kepada setiap ibu bapa yang baru menimang cahaya mata.

Apalah nama jika ia diberi hanya sekadar untuk sebutan yang unik dan moden tetapi makna disebaliknya kosong.

Bahkan lebih menyedihkan lagi apabila ada kalangan ibu bapa yang memberi nama anak yang haram di sisi hukum Islam.

Nama boleh membantu dalam membentuk peribadi mulia dan jati diri yang kuat. Cuba anda bayangkan jika seorang bayi lelaki dinamakan dengan nama perempuan.

Hal ini secara tidak langsung akan menimbulkan kecelaruan identiti di dalam dirinya apabila membesar kelak.

3. Mengelakkan Dari Menjadi Ejekan Masyarakat

Jika nama yang baik meningkatkan keyakinan diri seseorang, hal yang sebaliknya terjadi pada anak-anak yang dinamakan dengan nama yang buruk.

Namanya akan sering menjadi bahan ejekkan rakan sebaya dan masyarakat sekeliling.

Hal yang sedemikian bukan sahaja menyebabkan rasa malu yang berpanjangan, malah tidak mustahil boleh membawa kepada pergaduhan akibat sering diejek.

Selain menjadi insan yang rendah diri dan tidak mempunyai keyakinan diri, anak ini juga bakal mengalami masalah emosi yang tidak stabil selagimana nama tersebut tidak ditukar kepada nama yang lebih elok.

4. Mengelakkan Unsur Syirik

Memberi nama anak dengan nama-nama yang baik juga perlu berpandukan dengan hukum dan bukannya dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

Antara contohnya memberi nama anak sempena nama-nama tuhan atau dewa agama lain. Begitu juga dengan contoh lain seperti yang menunjukkan penghambaan kepada selain Allah seperti Abdul Kaabah yang membawa maksud Hamba Kaabah.

Terdapat beberapa lagi contoh lain namun apa yang paling penting adalah kedua-dua ibu bapa perlu memastikan terlebih dahulu nama-nama yang dipilih itu suci dan tidak mempunyai sebarang unsur syirik sebelum diberikan kepada anak.

5. Hak Anak

Pada hakikatnya, setiap anak mempunyai haknya sendiri yang wajib ditunaikan oleh kedua-dua ibu dan ayah. Dan memberi nama anak yang bagus termasuk dalam haknya juga.

Anda pasti tidak mahu bermusuh atau dipersalahkan oleh anak yang dikasihi apabila ia besar kelak kerana mendapati namanya membawa makna yang tidak baik.

Oleh itu, tunaikanlah haknya dengan sebaiknya agar keharmonian hubungan antara anak dan kedua-dua ibu bapa dapat dipelihara hingga ke akhir hayat.

Penutup

Sebagai penutup, mari kita renungkan salah satu kata-kata ulama Islam tentang kepentingan memberi nama anak yang baik seperti berikut :

Secara kesimpulannya, akhlak serta perbuatan-perbuatan yang buruk itu ada hubungkaitnya dengan nama. Demikianlah nama-nama yang baik akan mendorong kepada akhlak dan perbuatan yang baik. Dan tidaklah Rasulullah SAW itu dinamakan dengan Muhammad melainkan kerana banyaknya ciri-ciri dan sifat terpuji pada diri baginda SAW. Dan sesungguhnya pemilik nama yang baik kadangkala malu dengan namanya, dan kadangkala disebabkan namanya itulah yang mendorong seseorang melakukan perbuatan yang sesuai dengan namanya serta meninggalkan apa yang bercanggahan dengannya.

Imam Ibnul Qayyim Rahimahullah

(Tuhfah al-Maudud, hlm. 250)

Anda baru menyambut kelahiran cahaya mata ? Sila kongsikan nama yang anda hendak berikan kepadanya dalam ruangan komen di bawah !

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen − thirteen =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa