3 Perkara Supaya Anak Bercakap Benar Dan Berlaku Jujur

3 Perkara Supaya Anak Bercakap Benar Dan Berlaku Jujur

Semasa anak kecil mesti dia selalu menangis nak ikut bila kena tinggal. Pada fasa umur ini, anak hanya diam jika kita pujuk dengan berjanji nak memberikannya sesuatu. Awas, ibu bapa jika janji tidak ditunaikan. Tanpa sedar kita sudah terbuat silap dengan mengajar anak bercakap bohong.

Jika ibu bapa nak berjanji dengan anak, cuba buat tiga perkara ni agar dapat bimbing anak bercakap benar dan berlaku jujur apabila besar nanti.

1.Mampu Nak Tunaikan Janji
Berjanji dengan anak nampak seperti perkara mudah bukan. Janji yang diberikan kepada anak mungkin berupa belikan sesuatu atau berjanji mahu bercuti ke suatu tempat istimewa. Tetapi, jika kita terlupa mahu menunaikan janji, anak boleh sahaja ingat perkara ini sampai dirinya dewasa kelak. Jadi, lihat dulu kepada kemampuan diri samada mampu nak tunaikan janji kepada anak atau tidak. Ajak anak berbincang bersama-sama dan buat perancangan rapi agar janji dapat ditunaikan mengikut kemampuan ibu bapanya.

2.Fikirkan Faktor Masa
Kadangkala bukan sengaja tidak mahu menunaikan janji. Cuba fikirkan faktor masa dan terangkan kepada anak dengan bahasa yang mudah. Terkejar-kejar mahu pergi kerja dan pulang ke rumah menguruskan hal yang lebih penting tidak dapat difahami oleh anak yang masih kecil. Apa kata, berikan solusi yang lebih fleksibel seperti tunaikan janji dengan belikan melalui sistem online dan terus diposkan ke depan pintu rumah. Usahakan agar anak dapat faham bahawa anak adalah segala-galanya bagi ibu bapa.

3.Munasabah Dengan Situasi Sebenar
Ada sesetengah keadaan menjadi penyebab ibu bapa tidak dapat berjanji kerana ada keadaan kecemasan yang tidak dapat dielakkan dan anak belum mampu fahami. Apa pun, cuba yang terbaik untuk selalu :

🏆Berkata benar

🏆Disertai insya Allah (bukan dijadikan alasan tak tunaikan)

Jom belajar dengan lebih mendalam ilmu parenting. Dapatkan sekarang tudung sekolah daripada TudungSiComel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa