Tahu Tak Kenapa Kanak-Kanak Selalu Bergaduh Semasa Bermain? Ini 20 Sebabnya….

MAK AYAH, TAHU TAK? KENAPA KANAK-KANAK SELALU BERGADUH SEMASA BERMAIN? INI SEBABNYA….

Mak ayah perasan tak, kenapa kanak-kanak selalu bergaduh semasa mereka bermain? Tidak! Mereka bukan bergaduh! Sebenarnya mereka tengah ikut sejenis undang-undang.

Bila dah jadi mak ayah sekiranya melihat kanak-kanak kecil bermain sesama mereka, kita akan melihat seperti semuanya betul-betul terjadi menurut pemerhatian Michael V. Hernandez seperti berikut,

Undang-undang Hartanah Daripada Kaca Mata Seorang Kanak-kanak:

1)Sekiranya saya sukakannya, itu milik saya.

2)Sekiranya ia ada dalam tangan saya, itu milik saya.

3)Sekiranya saya dapat mengambilnya daripada kamu, itu milik saya.

4)Sekiranya sebentar tadi ia ada bersama saya, itu milik saya.

5)Sekiranya barang itu milik saya, ia tidak mungkin menjadi milik kamu.

6)Sekiranya saya sedang membuat atau membina sesuatu, semua bahagiannya milik saya.

7)Sekiranya rupanya seperti milik saya, itu milik saya.

8)Sekiranya saya melihatnya dahulu, itu milik saya.

9)Sekiranya saya dapat melihatnya, itu milik saya.

10)Sekiranya saya rasa ia milik saya, itu milik saya.

11)Sekiranya saya mahukannya, itu milik saya.

12)Sekiranya saya memerlukannya, itu milik saya (Saya tahu perbezaan antara mahu dan perlu)

13)Sekiranya saya berkata ia milik saya, oleh itu ia milik saya.

14)Sekiranya kamu tidak melarang saya bermain dengannya, itu milik saya.

15)Sekiranya kamu berkata saya dapat bermain dengannya, itu milik saya.

16)Sekiranya saya kecewa apabila kamu mengambilnya daripada saya, itu milik saya.

17)Sekiranya saya rasa (pada pandangan saya), saya lebih pandai bermain dengannya berbanding kamu, itu milik saya.

18)Sekiranya saya sudah lama bermain dengannya, itu milik saya.

19)Sekiranya kamu bermain dengannya dan meletakkannya, itu milik saya.

20)Sekiranya mainan itu pecah, itu milik kamu. Tunggu dahulu, kepingan -kepingannya itu milik saya.

Oleh itu, selepas ini mak ayah tidak perlu lagi rasa stress apabila terdengar kanak-kanak terjerit-jerit dan melalak tidak tentu pasal semasa mereka bermain. Anak-anak sedang menikmati zaman kanak-kanaknya dengan bermain. Perhatikan sahaja untuk mengelakkan apa-apa perkara bahaya yang mungkin terjadi seperti terhantuk atau terjatuh.

Sudah dapatkan koleksi tudung sekolah daripada TudungSiComel. Dapatkan sekarang di website ini.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

19 − 2 =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa