5 Petua Anak Cepat Bercakap, Ibu Bapa Wajib Tahu

Petua anak cepat bercakap ini ibu bapa wajib untuk tahu jika anak tidak bertutur walaupun sudah berusia 2 tahun. Bercakap merupakan salah satu cara untuk berkomunikasi yang biasa digunakan oleh masyarakat. Anak cepat bercakap adalah anugerah untuk ibu bapa. Setiap anak mempunyai perkembangan yang berbeza-beza. Anak lambat bercakap ini merupakan satu topik yang agak sensitif untuk dibicarakan dan dibandingkan.

Ada anak boleh bercakap seawal usia 1 tahun dan ada juga yang lewat bercakap. Jadi, ibu bapa tidak perlulah membandingkan anak anda dengan anak orang lain. Pelbagai cara untuk membantu anak anda mengatasi masalah lambat bercakap. Dengan syarat ibu bapa mestilah mempunyai sifat kesungguhan untuk membantu anak.

2 Tips nak bagi anak cepat bercakap:

Di bawah ini, ada beberapa tips untuk bantu anak anda mudah bercakap. Pastikan anda lakukannya dalam aktiviti harian anda bersama si kecil.

#1 Menggunakan ayat yang pendek dan mudah

Ibu dan bapa perlu ambil kira bahawa anak yang lewat bercakap ini susah untuk memahami ayat yang panjang. Cuba bercakap dengan ayat yang pendek sahaja. Bukan tidak boleh bercakap ayat panjang cuma anak anda tidak faham. Ini kerana anak anda masih dalam proses belajar untuk bertutur.

#2 Beri eye contact ketika bercakap

Petua anak cepat bercakap seterusnya adalah ibu bapa perlu memberikan eye contact ketika bercakap dengan anak anda. Ini juga perkara paling asas yang perlu ibu bapa lakukan. Anda kena pastikan setiap arahan ataupun percakapan yang diberi mempunyai eye contact. Anak anda akan belajar tiru dari pergerakan bibir anda.

Sumber : Sirap Limau

3 petua nak bagi anak cepat bercakap:

Di bawah ini juga, ada 3 petua untuk bantu anak anda mudah bercakap dan sudah pastinya dapat menyelesaikan masalah anda.

#3 Kerapkan berborak dengan anak

Sepatutnya sejak si kecil lahir lagi, anda sudah boleh berborak dengan anak. Pada fasa selepas bayi lahir sehingga 3 tahun adalah fasa ‘rapid growth’. Kebiasaannya, anak yang sudah berumur satu tahun ke atas sudah mula dapat membezakan setiap bunyi dan pergerakan bibir walaupun belum pandai untuk respon atau membalas perbualan anda.

#4 Tidak guna pelbagai bahasa

Ini juga merupakan salah satu petua yang paling penting iaitu tidak menggunakan pelbagai bahasa di rumah. Pastikan anda sendiri tidak mencampur adukkan pelbagai bahasa di rumah. Ini akan mengelirukan anak anda yang mahu bertutur. Jika anda mahu fasih bahasa inggeris, jadi gunakan sahaja bahasa itu dan sebaliknya.

#5 Kerap puji si kecil

Kata-kata puji mampu meningkatkan keyakinan diri si kecil anda. Anda raikan dan puji apabila anak anda berjaya ucapkan sesuatu perkataan. Jangan sesekali gelakkan anak apabila si kecil tersalah sebut perkataan. Dikhuatiri anak anda mudah terasa dan tiada keyakinan diri lagi. Kerapkan puji si kecil anda ya!

Kesimpulan

Petua anak cepat bercakap ini diharapnya dapat membantu anak anda cepat bertutur. Sebagai ibu bapa, anda juga haruslah ‘alert’ dengan perkembangan si kecil anda walaupun sesibuk mana anda bekerja. Jadikan petua di atas ini, di dalam aktiviti harian anda bersama anda. Sekecil mana pun usaha, pastinya akan berhasil jika anda bersungguh-sungguh. Tetapi jika masalah tersebut semakin teruk pada si kecil anda, usah risau dan bawalah mereka berjumpa pakar.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

three × five =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa