Tak lengkap hidangan kita tanpa lauk sayur kan? Setiap jenis sayur yang ada mempunyai pelbagai khasiat yang menyihatkan. Rugi sekiranya anda seorang yang tidak makan sayur. Walaupun ada sesetengah sayur ini mempunyai rasa pahit tapi bak kata orang tua, pahit itu lah ubat, Resepi sayur yang kami bakal kongsikan ini cukup mudah nak buat. Tak guna banyak bahan pun.
Sesuai dengan anda jika kali pertama ingin memasak, anda boleh cuba resepi sayur mudah dan sedap ini. Bukan itu sahaja, resepi ini juga sesuai untuk anda yang sentiasa sibuk tapi masih ingin mencari menu sihat dalam hidangan anda. Anda tak perlu lagi pening kalau anda mencari resepi sayur dengan pelbagai jenis masakan. Ini khas untuk anda.
5 Resepi Sayur Mudah
Kali ini resepi sayur mudah dan dah tentu berkhasiat untuk anda cuba sendiri di rumah. Terdapat pelbagai jenis masakan yang berasaskan resepi sayur kami kumpulkan untuk anda sebagai idea masakan. Jom baca!
1. Sayur Campur
Sayur campur ini memang sedap dan mempunyai tekstur yang rangup. Pelbagai jenis sayur yang dimasak dalam satu menu ini.
Bahan-bahannya:
- 5 kg kobis.
- 1 kg kacang buncis.
- 1 kg carrot.
- 5 biji cili besar.
- 2 paket fishball.
- 2 paket fishcake.
- 300 gram udang segar.
- 10 ulas bawang kecil.
- 2 labu bawang putih.
Cara Penyediaannya:
- Tumis bawang kecil dan bawang putih yg dah dihiris.
- Dah kekuningan masukkan fishcake dan fishball. Masukkan udang segar yg dah diblender. Seterusnya masukkan carrot. Seminit kemudian baru masukkan kacang buncis.
- Dah hampir lembut baru masukkan kobis. Tambahlah garam dan tok aji. Dan akhir sekali taburkan hirisan cili besar. Siap.
2. Resepi Bakwan Sayur
Kalau anda bukan penggemar sayur. mungkin resepi ini bakal merubah pemikiran anda. Bakwan sayur ini memang sedap, bila dah goreng tak rasa pun sayur pun dalam bakwan ini.
Bahan-bahannya:
- Bawang putih 6 ulas
- Ikan bilis or udang kering
- Sayur : *gaulkan semua*
- Kobis (dihiris)
- Carrot (dihiris)
- Daun sup (di potong halus)
- Daun bawang(di potong halus)
- Tauge
Cara Penyediaannya:
- 1st step masukkan bahan ditumbuk tadi dengan 3 sudu tepung beras dan 2 cawan tepung gandum beserta 2 cawan air sejuk. Gaul hingga sebati letak sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit.
- Selepas itu ambil bahan yang telah di gaulkan tadi dan campurkan dengan sayur yang dah digaulkan semua. Perap sebentar dalam 10 minit. Siap digoreng.
3. Sayur Masak Lemak Lobak Putih
Lobak putih memang menjadi pilihan ibu hamil dalam masakan pantang. Ini kerana lobak putih mempunyai khasiat tersendiri dalam merawat ibu berpantang, Lobak putih bersama keah lemak putih memang sedap.
Bahan-bahannya:
* kisar kering
Cara Penyediaannya:
- Masukkan isi lobak ke dalam periuk rebuskan dengan air rebusan ikan.
- Campurkan bawang dan lada besar yang dimayang. Cili besar.
- Masakan seketika agar isi lobak hampir lembut. Masukkan santan, isi ikan dan daun lobak kemudian masukan garam dan perasa. Masak hingga sedap dimakan.
4. Dalca Sayur
Dalca sayur ini sedap di makan bersama nasi minyak dan ayam masak merah, Memang terangkat. Boleh juga dijadikan sebagai kuah pencicah roti canai juga!
Bahan-bahannya:
- Ayam ptong kecik
- Kacang dal
- Terong 2 btang
- Kntang 2 biji
- Kacang pnjng
- Lobak merah 1 btang
- Rempah kari ayam
- Cili kering skit*
- Bawang merah*
- Bawang putih*
- Halia *
- Santan dalam 1 cwan
- Penumis
Bahan yang bertanda * kisar
Cara Penyediaannya:
- Rebus kacang dal sampai kembang dah kembng toskan airnya kemudian tumis bahan yang siap di blend sampai goreng masukkan penumis dan rempah kari kacau rata dan letak air sikit.
- Kemudian masukkan semua sayur tadi kacau rata bila bahan dah sebati masak santan dan last sekali masukkan kacang dal yang siap rebus tadi jangan lupa letak garam dan perasa,
5. Sayur Pakchoy
Resepi sayur pakchoy paling mudah nak buat. Tak menggunakan banyak bahan dalam hidangan ini.
Bahan-bahannya:
- 2 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
- 4 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil minyak bijan
- Garam
- Sedikit kiub ayam / serbuk perasa
- 1/2 sudu tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
- Sedikit bawang goreng
Cara Penyediaannya:
- Celurkan sekejap pak choy tadi dalam air panas yang dimasukkan dengan sedikit garam.
- Angkat dah toskan. Susun sayur ats pinggan
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau
- Kemudian masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung yang secukupnya.
- masukkan garam, secukup rasa dan beberapa titik minyak bijan. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat
- Hidangkan pak choy yang dicelur tadi bersama curahan sos tadi. Untuk hiasan boleh taburkan bawang goreng dan sedia dihidangkan.
Mudahkan resepi sayur yang telah kami kongsikan untuk anda ini. Mungkin anda dari tidak gemar makan sayur terus menjadi penggemar sayur selepas ini apabila mencuba koleksi resepi sayur mudah yang telah kami sediakan ini untuk anda.