Program eUsahawan BootCamp Oleh Pihak MDec

Pada 7 hingga 9 November, telah berlangsung program eUsahawan Bootcamp Siri 1 yang dihadiri 52 orang peserta bertempat di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.

Acara ini adalah kesinambungan kepada program-program eUsahawan yang berlangsung sepanjang tahun 2023 melibatkan usahawan terpilih seluruh Malaysia.

Peserta yang terlibat dalam program Bootcamp ini telah berpeluang untuk mempelajari secara mendalam modul-modul keusahawanan digital seperti TikTok, Facebook dan Instagram untuk Perniagaan, strategi penjenamaan, kandungan kreatif, kaedah copywriting dan rekaan grafik.

Sepanjang tiga hari acara berlangsung, peserta turut dilatih secara praktikal teknik jualan langsung secara ‘live’ di saluran media sosial selain diadakan sesi motivasi khas pada sebelah malam untuk meningkatkan iltizam dan semangat para peserta dalam menjalani liku-liku sebagai seorang usahawan.

Alhamdulillah, TudungSiComel diwakili oleh en Syahruddin telah dijemput untuk menghadiri program ini.

Terima kasih kepada pihak MDec kerana menyediakan ruang dan peluang untuk kami menambah ilmu keusahawanan dan secara tak langsung dapat memantapkan lagi perniagaan ini.

Semoga perniagaan TudungSiComel terus dapat memberi manfaat kepada ramai insan, aamiin 🥰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa