Nafas bayi laju ? Kenali 5 Tanda Amarannya !

Sikap mengambil ringan terhadap situasi nafas bayi laju boleh membawa maut jika pemeriksaan awal dan rawatan segera tidak dilakukan.

Ia juga membawa maksud bahawa bayi anda perlu berusaha lebih semasa bernafas bagi memastikan dirinya mendapat kandungan oksigen yang mencukupi.

Teruskan pembacaan anda untuk ketahui selanjutnya tentang tanda-tanda amaran semasa nafas bayi laju.

Artikel ini akan membincangkan tentang senarai corak pernafasan bayi yang berbahaya dan memerlukan tindakan segera daripada ibu bapa atau penjaga.

1.  Kadar Pernafasan Laju

Dalam dunia perubatan, nafas bayi laju seperti tercungap-cungap digelar sebagai Tachypnea. Bagi golongan dewasa kadar pernafasan yang melebihi 20 kali dalam tempoh seminit dikira sebagai Tachypnea.

Bagi kanak-kanak dan bayi pula, definisinya berbeza bagi setiap peringkat umur sebagai contoh :

  • Bayi berusia < 2 bulan : kadar pernafasan > 60 kali pernafasan dalam seminit.
  • Bayi berusia 2 bulan – 1 tahun : kadar pernafasan > 50 kali pernafasan dalam seminit
  • Kanak-kanak berusia 1 – 5 tahun : kadar pernafasan > 40 kali pernafasan dalam seminit

Ia adalah salah satu tanda amaran yang paling mudah untuk dikenal pasti oleh ibu bapa semasa di rumah.

2. Nasal Flaring

Pada kebiasaannya, saiz pada bahagian pembukaan lubang hidung tidak akan mengalami apa-apa perubahan.

Namun apabila terdapatnya masalah sistem pernafasan yang menyebabkan nafas bayi dan anak laju seperti jangkitan paru-paru dan sebagainya, saiznya akan mula mengembang dan melebar.

Ia adalah petanda bahawa bayi tersebut sedang mengalami kesukaran untuk bernafas seperti biasa dan memerlukan rawatan segera.

3. Dada Melekuk ( Retractions )

Selain dari pelebaran pembukaan ruang hidung, anda akan dapati bahagian dada bayi akan melekuk pada setiap tarikkan nafas yang dilakukan.

nafas bayi laju
Retractions yang dapat dilihat pada dada bayi merupakan salah satu tanda amaran yang tidak boleh diambil mudah.

Situasi ini terjadi agar lebih banyak udara dapat disalurkan ke organ dalaman penting seperti paru-paru bagi tujuan penukaran oksigen dengan karbon dioksida.

4. Hembusan Nafas Berdengus

Bunyi hembusan nafas yang kuat daripada kebiasaan seperti mendengus adalah salah satu mekanisma badan untuk memastikan saluran ruang pernafasan kekal utuh dan bekalan oksigen tidak terputus.

Hembusan kuat melalui ruang peti suara yang tertutup menghasilkan bunyi sedemikian.

5. Bayi Menjadi Lemah

Tanda yang terakhir adalah yang paling bahaya sekali. Ia menunjukkan bahawa bekalan oksigen di dalam badan berada pada tahap yang kritikal.

Akibat dari itu, organ-organ penting dalam badan seperti otak, jantung dan sebagainya mengalami kekurangan bekalan oksigen untuk terus berfungsi.

Kurangnya saluran oksigen ke otak dan disertai dengan bebanan kerja tambahan meletihkan sistem badan bayi itu sendiri secara keselurahan. Lalu bayi akan kelihatan pasif dan tidak bermaya. Tindakan dan rawatan segera mampu untuk mengelakkan komplikasi-komplikasi buruk daripada berlaku.

Kesimpulan

Masalah saluran pernafasan merupakan salah satu masalah kesihatan yang sering dialami oleh bayi dan kanak-kanak yang lebih berusia.

Anda selalunya akan dengar bayi atau kanak-kanak di awal usia kebanyakkannya perlu dimasukkan ke dalam wad akibat dari jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan terutamanya berbanding dengan masalah kesihatan lain.

Ibu bapa perlu mengetahui dan mempelajari asas-asas untuk mengenal pasti gejala atau tanda bahayaapabila nafas bayi laju agar tindakan segera dapat dilakukan.

Pemeriksaan dan rawatan awal seperti bantuan pernafasan oksigen, nebulizer dan sebagainya terbukti mampu menyelamatkan nyawa mereka dan mengelakkan komplikasi-komplikasi bersar dari terjadi.

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa