5 Tips Anak Tidur Lena Pada Waktu Malam

Selain lima tips di bawah, pastikan juga tidur siang anak tidak terlalu lama. Ia akan menyebabkan anak sukar tidur pada waktu malam. Sediakan rutin anak masuk tidur dan bangun pada waktu yang sama pada setiap hari. Jom baca lima tips anak tidur lena pada waktu malam.

1. Cahaya Matahari Pagi

Vitamin D daripada cahaya matahari pada waktu pagi sangat membantu mengawal ritma sirkadian.Jadi, hormon serotinin akan terhasil apabila anak didedahkan sebentar kepada cahaya matahari pagi. Selain hormon serotinin, hormon kortisol yang membuatkan anak aktif juga terhasil ketika ini.

Begini badan bekerja, ketika paras hormon kortisol tinggi, hormon melatonin akan rendah. Ini kerana, hormon melatonin amat diperlukan oleh tubuh badan bagi mendapatkan tidur lena yang berkualiti pada waktu malam. Tetapi apabila menjelang petang, paras kortisol beransur kurang dan paras melatonin pula semakin tinggi. Kesimpulannya, hormon melatonin dan hormon kortisol yang seimbang penting untuk tidur yang lena.

2. Elakkan Makanan Manis

Gula bagus sebagai sumber tenaga. Jika kuantiti gula yang berlebihan dalam diet anak, terutama pada pada waktu malam boleh menyebabkan “sugar rush” dan anak menjadi aktif kerana penghasilan tenaga yang banyak secara tiba-tiba. Selain itu, anak yang kerap mengambil gula dalam diet akan terlebih aktif, mudah mengamuk dan kurang stabil dari segi emosi. Jika anak mahukan makanan manis pada waktu malam, gantikan dengan susu dan snek berkhasiat seperti buah-buahan.

Tips anak tidur lena

3. Tutup Lampu

Suasana gelap dirakam oleh mata dan ditafsir otak sebagai waktu tidur sudah tiba. Hormon melatonin akan terhasil dan membuatkan badan menjadi letih dan bersedia untuk tidur. Sebaliknya, “cahaya biru” yang terhasil dari skrin telefon mahupun televisyen akan menghalang penghasilan melatonin. Ia lebih buruk sekiranya hormon kortisol yang membuatkan anak aktif pula terhasil. Oleh itu, disarankan agar dielakkan pendedahan kepada gajet 30 minit sebelum waktu tidur.

4. Mandian Air Panas

Selain cahaya matahari, suhu turut terlibat dalam kawal atur ritma sirkardian. Mandi air panas suam akan meningkatkan suhu badan, dan suhu ini akan turun selepas mandi. Penurunan suhu ini akan memberi signal kepada badan untuk bersedia tidur. Untuk kanak-kanak di bawah enam tahun, urutan lembut minyak aromaterapi atau minyak pati mampu menenangkan anak untuk mudah tidur.

5. Diet Seimbang

Kekurangan vitamin C dalam diet anak boleh menyebabkan masalah tidur kerana vitamin C terlibat dalam penghasilan hormon serotinin. Sumber vitamin C mudah didapati dalam oren, anggur, kiwi, jambu, betik dan sayuran hijau gelap.

Magnesium juga membantu tidur yang berkualiti dan kekurangannya boleh menyebabkan insomnia pada sesetengah orang. Sumber magnesium boleh didapati dalam pisang, bayam ataupun badam. Pengambilan diet seimbang dan lengkap dapat bantu tidur yang lebih baik. Nutrien lain yang penting termasuklah kalsium, karbohidrat, selenium, kalium dan triptofan.

Jom cuba praktikkan tips anak tidur lena mulai malam ini. Sudah dapatkan tudung sekolah daripada Tudung Si Comel? Klik sini sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa