Cara Menasihati Anak Remaja Dengar Kata Ibu Bapa

teenager 3

Pertama sekali, sukar anak remaja dengar kata ibu bapa? Sebab, kita kerap ‘bohong sunat’ dan ‘janji kosong’ kepada anak semasa dia kecil. Contohnya seperti :

🥁“Ayah pergi sekejap je. Balik nanti ayah belikan coklat.”

🥁“Kalau adik nangis lagi, mama tak mahu bawa adik pergi jalan-jalan”

Kata-kata ugutan ini tidak sepatutnya keluar dari mulut kita. Buat janji ikut kemampuan kita. Jika terlupa, ibu bapa boleh perbaiki lain kali.

Bagi anak yang berumur 14 tahun ke atas, biasanya sudah baligh untuk anak perempuan dan kebanyakan anak lelaki juga sudah melalui fasa baligh. Fasa ini ibu bapa sangat digalakkan agar berkawan-kawan dengan anak.

Berikut adalah cara menasihati anak yang sedang meningkat remaja dengar kata ibu bapanya :

1.Mulakan Dengan Pertanyaan

Apa-apa pun masalah yang kita dengar berkaitan anak remaja, pastikan emosi dalam keadaan stabil dan tenang. Mulakan dengan pertanyaan kepada anak apa sebenarnya yang berlaku. Biarkan anak bercerita dahulu. Bersabar semasa mendengar luahan anak. Duduk separas mata anak dan memandang lembut ke matanya agar terbina rasa percaya di antara keduanya.

teenager 1 1

2.Elakkan Membebel Atau Mengarah

Jangan mulakan dengan membebel atau mengarah anak untuk mengakui kesalahannya. Elakkan menghukum anak. Hal ini dapat membantu menguraikan ketegangan antara ibu bapa dan anak. Cuba fikirkan sejenak, apa kesan yang akan berlaku jika anak benar-benar tidak bersalah dalam hal ini?

teenager 2

3.Tegur Secara Rahsia Berdua

Jika anak betul-betul mengakui kesalahannya, tegur anak apabila kita sudah stabil dan tenang. Jaga maruah diri anak dengan tegur secara rahsia berdua di dalam bilik tertutup. Hal ini dapat menjaga sifat hormat menghormati di kalangan adik-beradiknya yang lain.

4.Elakkan Memaksa Jika Anak Belum Bersedia Berkongsi

Walaupun anak sudah kelihatan besar, tetap ingat anak baru sahaja melalui fasa baligh. Banyak perkara perlu dibimbing oleh ibu bapa agar anak membesar menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab. Elakkan memaksa jika anak belum bersedia berkongsi barang-barangnya dengan kawan-kawan atau adik-beradiknya. Elakkan menyindir anak akan apa-apa kemahiran yang belum dikuasainya.

Remaja dengar kata

5.Ceritakan Kisah-Kisah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم

Ceritakan kisah-kisah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan para sahabat yang mirip dengan masalah anak. Ibu bapa bijak akan mencari solusi contohnya membuat sesi taklim di rumah. Dengan cara ini, automatik anak-anak dan ibu bapa ada sesi khas untuk majlis ilmu agama. Segala masalah akan selesai dengan izin-Nya.

Akhirkan perbualan di antara ibu bapa dan anak melalui bimbingan ke arah anak bijak buat pilihan. Perlahan-lahan tetapi pasti suatu hari nanti hati anak akan lembut untuk mendengar nasihat yang baik daripada kedua ibu bapanya. Melentur buluh daripada rebungnya. Jom belajar lagi ilmu didik anak dengan lebih mendalam.

Puan sudah dapatkan koleksi tudung sekolah terkini daripada website Tudung Si Comel? Dapatkan pilihan puan di sini sekarang.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa