7 Tips Jaga Bayi Baru Lahir Bagi Bakal Ibu Bapa Pertama Kali Menimang Cahaya Mata

Jaga baby baru lahir

Buat ibu bapa yang baru pertama kali menimang cahaya mata, anda bakal melalui pengalaman menyeronokkan dan bakal mengubah rutin hidup anda! Ibu bapa wajib tahu tentang 7 tips jaga bayi baru lahir seperti berikut :

  1. Peluk
    Peluk bayi dekat dengan jantung ibu sekerap mungkin. Bayi sangat memerlukan sentuhan hangat ibu dan pelukan dapat menyuburkan rasa cinta bayi kepada ibunya. Di dalam kandungan, bayi selalu dipeluk oleh rahim, jadi bayi terbiasa mahu dipeluk selepas lahir. Bedungkan bayi agar tak mudah terkejut.
  2. Respon
    Segera respon kepada tangisan bayi. Bayi berkomunikasi dengan menangis! Bayi sedang menyesuaikan diri dengan dunia luar rahim yang sejuk, terang, dan bising. Ini membuatkan bayi terkejut dan takut. Berikannya masa. Tangisan bayi yang pertama adalah untuk mengesan samada ada atau tidak orang berada berdekatan. Tangisan kedua biasanya lebih kuat kerana lebih kepada perasaan emosi yang takut, sedih dan marah.
  3. Cakap
    Bercakap dengan bayi dengan suara yang lembut ketika menyusukan atau menukar baju. Bercakap sekerap mungkin, bayi pasti sukakannya. Bayi terbiasa mendengar suara ibunya di dalam kandungan. Apabila lahir, bayi cuba mengecam wajah dan suara yang dirinduinya.
  4. Syukur
    Elakkan daripada memberi ekspresi negatif seperti tidak suka dengan bayi muntah, berak atau sendawa. Sebaiknya ucapkan syukur alhamdulillah. Bayi sangat sensitif dengan perubahan riak muka. Bayi belajar tersenyum kerana riak muka senyuman orang tuanya.
  5. Tenang
    Ibu yang tenang dapat menenangkan bayi. Bayi tidak bermaksud mahu menyusahkan ibunya. Bayi sedang menyesuaikan dirinya sebaik mungkin dengan bimbingan dan kasih sayang ibu bapanya. Ambil masa untuk berehat dan bertenang sebelum memegang bayi.
  6. Zikir
    Banyakkan berzikir dengan alunan suara merdu sekerapnya. Ia dapat menenangkan ibu dan mengelakkan stress. Bayi pun akan tenang dan mudah tertidur. Masa selepas bersalin adalah waktu ibu untuk berehat dan rawat diri untuk pulih selepas bersalin. Waktu ketika ibu dalam nifas, darah kotor yang keluar memerlukan ibu menjaga kebersihan diri. Berzikir selalu dapat menjaga diri ibu mengelak daripada gangguan halus.
  7. Tidur
    Bayi membesar di tempat tidur. Bayi baru lahir akan tidur 16 hingga 20 jam lamanya. Ketika bayi tidur, ibu juga boleh tidur. Ibu juga perlu banyak berehat agar semasa bayi bangun nanti, ibu cukup bersedia untuk melayannya. Bayi memerlukan sekurang-kurangnya dua bulan untuk menentukan rutin tidur yang baik pada waktu malam. Tidur yang mencukupi buat ibu dapat membantu ibu dalam proses kesembuhan selepas bersalin.

Nah, 7 tips jaga bayi baru lahir buat ibu bapa. Semoga ianya membantu anda melayari kehidupan fasa baru.

Bagi mereka diluar sana yang ingin mencuba tudung sekolah TSC, boleh dapatkan melalui link ini

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

sixteen − nine =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa