Arwah Abang Johan Nawawi Yang Ku Kenali

Tadi masa sedang layan youtube, terbuka satu lagu dari Voices of UMMI bertajuk ‘The Meaning of Al fatihah’ yang dihasilkan oleh arwah abg Johan Nawawi dan Kak Nora Ariffin melalui Hud Hud Media(VOU).

Lagu ini sangat bagus dan mampu membantu anak-anak kita untuk menghafal dan menghayati makna Al Fatihah itu sendiri.

Tahun 2014 TudungSiComel kita dijemput untuk bekerjasama dengan pihak Voices of UMMI, menghasilkan tudung kanak-kanak untuk mereka.

Ianya satu pengalaman yang tak dapat dilupakan apabila berpeluang mengenali dengan lebih rapat insan hebat, abang Johan Nawawi dan Kak Nora. Sangat mudah berurusan dengan mereka berdua.

johan nawawi

Lagu-lagu kak Nora adalah lagu-lagu evergreen time zaman-zaman jiwang 90an dulu hehe… tak sangka pula dapat berjumpa dan bekerjasama dengan insan-insan hebat ini. Alhamdulillah.

Antara lagu-lagu kak Nora yang pastinya kita semua masih ingat terutama bagi yang lahir pada tahun 1980an adalah ‘Di Persimpangan Dilema’, ‘Hanyalah Satu’ dan ‘Desa Tercinta’. Kebanyakannya di tulis oleh abang Johan Nawawi.

Tiba-tiba terimbau kenangan bersama arwah abang Johan. Mengenali beliau, seorang yang sangat mesra. Apabila bersama dan bersembang dengan beliau, terasa sangat akrab, selesa dan beliau akan beri tumpuan pada apa yang kita tuturkan.

Apabila berjumpa, beliau akan sentiasa melontarkan senyuman yang membuatkan kita rasa senang. Senyuman yang ikhlas dan jujur.

Apabila bersama beliau, terasa seperti berada dengan seorang abang dan seorang sahabat yang baik. Rasa tak puas kalau jumpa sekejap-sekejap. Ada sahaja perkara yang nak diborakkan. Susah nak digambarkan dengan kata-kata. No wonder lah kak Nora sangat sayangkan beliau.

johan nawawi

Semoga beliau digolongkan oleh Allah dalam golongan penghuni-penghuni syurga Al Firdaus Al Aqla tanpa hisab… aamiinn…

Moga jumpa lagi abg Johan Nawawi…

Dan tak lupa juga, dapat kenal dengan insan-insan hebat dalam Voices of UMMI, Jannah Ahmad (Taukey Kerepek) Jaka Audita Hari Priyanto, Zul Hassan, Saila H Zulkhiefley dan lain-lain… anda semua memang hebat… moga ketemu lagi 😊💪

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.