Sebagai ibu bapa, tugas kita ialah membantu anak sekalipun dia gagal. Anak yang gagal amat memerlukan sokongan ibu bapa dari segi apa pun. Anak perlukan semangat yang kuat agar dia bangkit kembali menggapai kejayaan dan pencapaian yang lebih baik. Biarpun ibu bapa sedih atau kecewa ketika anak gagal, berikut adalah strateginya :
1. Lihat Diri Anak Sebagai Ciptaan Tuhan Yang Indah
Anak ialah anugerah yang indah dan mahal dari Allah سبحان الله تعالى. Ada pasangan yang tidak dikurniakan anak kandung. Ada pasangan yang mudah melahirkan anak. Anak merupakan amanah dan ia milikNya yang akan dikembalikan kepadaNya. Membesarkan anak jika diniatkan kerana Allah سبحان الله تعالى maka menjadi ibadah. Membesarkan anak sebagai perkara biasa menjadi adat. Selagi masih ada anak di depan mata, lihat ia hadiah unik daripada Tuhan.
2. Hargai Kegagalan
Tiada siapa yang mahukan kegagalan. Anak selalu mahu buat ibu bapanya berasa bangga akan pencapaiannya. Ibu bapa juga perlu belajar menghargai kegagalan anak dengan belajar melihat kejayaan kecil yang dicapai oleh anak. Belajar melihat kejayaan-kejayaan kecil kemudian baru kita belajar bersyukur dengan apa yang ada. Setiap kejayaan anak bermula dari kegagalan sebelum ini.
3. Hargai Usaha Anak
Ibu bapa yang menghargai setiap usaha anak tidak akan mudah memperkecilkan anak. Kelihatan hanya sedikit usaha yang anak lakukan, teruskan memberikan dorongan dan sokongan tanpa mengejek atau memandang rendah kepadanya walaupun tiada pencapaian yang berjaya dilakukan.
4. Mengaku Kesilapan
Jangan malu mengaku sekiranya kesilapan kita sebagai ibu bapa menyebabkan anak melalui kegagalan. Sekiranya telah tersedar, segera bantu dan bangkit bersama-sama anak memperbaiki kesilapan sebelum ini. Bertaubat memohon ampun kepada Allah سبحان الله تعالى. Semoga kita semua sekeluarga diberi jalan kejayaan di dunia dan di akhirat.
5. Maaf
Berikan diri sendiri peluang untuk maafkan diri sendiri dan anak. Memberi maaf ibarat mengeluarkan belati dari dalam badan. Apabila racun sudah keluar baru diri mampu melihat peluang yang banyak di depan mata. Pakar-pakar psikologi tidak menggalakkan kita meminta maaf kepada anak. Sebagai ibu bapa mesti menunjukkan selalu contoh yang baik. Akhir-akhir ini, ada ajaran yang menyuruh kita selalu meminta maaf kepada anak walaupun masih kecil. Paling penting adalah menurut sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم , ahli keluarga sendiri adalah yang paling utama untuk kita melakukan kebaikan dan berlemah lembut terhadap keluarga sendiri.
6. Gunakan Kata-Kata Yang Baik
Bantu anak bangkit kembali dengan perbaiki kesilapan kita iaitu gunakan perkataan yang menunjukkan bersangka baik. Jauhi mengungkit-ungkit kesalahan pada masa lalu. Mulakan dengan hargai pandangan anak. Beri dorongan dengan gunakan ayat-ayat yang baik. Contohnya memuji apa pun pencapaian yang anak lakukan tetapi pada masa yang sama terus tegur apa yang betul jika anak tersilap.
Jom belajar lagi ilmu didik anak dengan lebih mendalam. Reward anak dengan tudung-tudung dari website Tudung Si Comel.