Cara Pakai Tudung Dua Lapis Pasti Kemas. Ini 7 Sebabnya…

Anak-anak yang masih bersekolah rendah masih mengharapkan perhatian ibu ayah dan disiapkan sebelum pergi ke sekolah. Pagi-pagi memang waktu yang agak kelam-kabut bagi ibu ayah. Mana nak siapkan sarapan, nak bawa bekal, masih mengantuk tak mahu mandi pagi, sangat mencabar bukan! Apatah lagi jika anak kita nak pakai tudung dua lapis.

Kredit gambar : Facebook Iema

Apatah lagi nak latih anak selalu kemas semasa di sekolah dan semasa balik sekolah. Tak ada insiden tudung hilang semasa di sekolah atau pakai tudung tapi terkeluar telinga. Berlainan pula bagi anak perempuan yang sudah bersekolah menengah. Sentiasa mencari pelbagai tips agar kekal kemas dan cantik walaupun bertudung sekolah.

Tudung sekolah rata-ratanya ialah jenis tudung dua lapis. Jadi, artikel kali ini berkongsi tentang cara pakai tudung sekolah dua lapis pasti akan kemas dan selesa kerana sebab-sebab di bawah :

1. Tudung Dua Lapis

Pertama sekali, mari kita bincangkan kenapa kebanyakan sekolah memilih tudung jenis dua lapis bagi anak perempuan. Hal ini kerana tudung sekolah dua lapis adalah yang paling mudah dibentuk pada bahagian muka. Lapisan kain tudung yang tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan membuatkan anak berasa selesa sepanjang berada di sekolah kerana tidak melekat dan tidak panas.

2. Jenis Kain

Istimewa tudung sekolah dua lapis dari Syarikat Tudung Si Comel kerana jenis kainnya diperbuat daripada material Koshibo lembut. Kelebihan kain jenis ini ialah tidak mudah berkedut, tidak melekat dan jatuh cantik beralun kerana dijahit tepi tudung dengan jahitan istimewa.

3. Tahan Lama

Pentingnya memiliki tudung sekolah yang mudah dipakai dan juga mudah dibasuh agar dapat dipakai lama. Mahu tidak mahu, tanpa disedari tudung sekolah juga akan kotor jika terkena makanan ketika makan rehat di kantin. Kadangkala terkena percikan pewarna air ketika kelas pendidikan seni. Lagi-lagi pada hari latihan sukan, mungkin akan terkena percikan lumpur ketika berlumba lari atau lompat jauh.

4. Potongan Kain

Tudung sekolah dua lapis dengan potongan istimewa yang memberi keselesaan pada Si Comel sepanjang hari persekolahan. Anak perempuan yang bersekolah agama pasti mahukan tudung labuh dengan potongan kain yang menutupi sebahagian besar bentuk badan di bahagian depan dan belakang.

5. Pelbagai Warna

Dihasilkan dengan tujuh warna utama bagi setiap pelajar dan unit beruniform termasuk pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, pengawas asrama, kadet polis, kadet remaja, puteri Islam, dan pengakap!

6. Pelbagai Ukuran

Pilihan kain tudung sekolah dua lapis yang ada ukuran khas adalah lebih baik berbanding tudung yang hanya ada ukuran standard. Kita di TudungSiComel amat memahami keperluan anak perempuan yang semakin membesar.

Lalu, kita jahitkan dengan LIMA ukuran khas iaitu SS(Bidang 35′), S(Bidang 40′), M(Bidang 45′), L(bidang 50′) dan XL(Bidang 55′). Ukuran kami adalah ukuran istimewa agar ianya ‘terletak elok’ dan selesa dipakai.

7. 1 Inci Lebih

Kualiti kain yang baik membuatkan Si Comel gembira memakainya. Lebihan 1 inci pada bahagian lilit muka bagi setiap saiz bagi memudahkan ibu ayah mahu buat ubahsuai jahitan mengikut bentuk wajah anak perempuan dan supaya dapat memberi keselesaan yang maksima insyaa Allah. Ada anak yang bentuk mukanya berbeza-beza seperti ada yang bujur sireh, lonjong dan bulat.

Mudah, Lembut dan Selesa.

Sekian tips pakai tudung dua lapis. Bagi yang belum mendapatkan tudung terkini dari tSC, dapatkan segera Tudung Si Comel daripada agent berdekatan di seluruh Malaysia atau layari link ini

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

seventeen − 5 =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa