Sebagai ibu bapa, anda kena cakna tentang bahan turunkan demam panas anak supaya lagi mudah untuk anda hadapinya. Suhu demam yang melebihi 38 darjah celcius ke atas dikategorikan sebagai demam panas. Demam merupakan tindak balas normal dalam badan akibat kesan daripada pelbagai situasi dan jangkitan kuman.
Baca ini juga: Cara Jerlum Anak Demam Di Rumah
Bagi kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 3 tahun ke bawah demam panas yang berlarutan tanpa tindakan dan rawatan boleh menyebabkan sawan. Penyakit sawan inilah yang perlu ibu bapa elakkan, sawan sangat merbahaya untuk anak-anak.
Bahan Turunkan Demam Panas Anak
Jadi, hari ini saya kongsikan 6 bahan untuk turunkan demam panas anak. Jom teruskan bacaan ini supaya anda dapat ketahui bahan yang boleh turunkan demam panas.
#1 Bawang merah
Selain digunakan untuk memasak, bawang merah juga merupakan bahan turunkan demam panas anak. Bahan ini sudah menjadi bahan utama ketika anak demam. Untuk menurunkan suhu demam, anda cuma perlu menghiris bawang merah dan mencampurkannya dengan minyak kayu putih atau minyak telon. Tak kisahlah nak guna minyak apa. Lepas tu, anda sapukan pada badan anak sebanyak dua kali sehari.
#2 Air kelapa
Kalau anda nak tahu, air kelapa juga sangat bagus untuk diberikan kepada anak yang tengah demam dan ini adalah salah satu bahan turunkan demam panas. Air kelapa ini adalah cara yang terbaik untuk menyegarkan tubuh si manja. Vitamin, mineral, dan elektrolit dalam air kelapa menjadikan air kelapa sebagai cara yang efektif untuk tetap terhidrasi ketika demam.
#3 Lemon dan madu
Saya sendiri menggunakan lemon ketika anak demam. Caranya dengan mencampurkan air perahan lemon itu tadi dengan satu sudu madu. Kemudian, suapkan kepada anak anda. Untuk anak yang masih bayi atau kurang 1 tahun, tolong jangan bagi ya madu ini.
#4 Halia
Bahan turunkan demam panas anak yang seterusnya ialah halia. Halia ini mempunyai sifat antibakteria yang membantu untuk melawan demam, batuk dan gejala yang lain. Anda hanya perlu memberikan sedikit air teh panas yang bercampur halia. Ia dapat membantu anak anda mengeluarkan peluh dan kebah dari demam.
#5 Air putih
Air putih merupakan minuman terbaik yang membantu menurunkan demam. Paksa anak anda untuk minum lebih banyak air putih semasa demam agar dapat merendahkan suhu demam panas. Dengan banyak minum air putih, suhu tubuh akan menurun sehingga kebah dan menjadi stabil.
#6 Lidah buaya
Lagi bagus kalau tanam lidah buaya di rumah, inilah salah satu bahan turunkan demam panas anak secara tradisional. Lidah buaya ini sangat efektif untuk pelbagai penyembuhan, termasuklah untuk membantu menurunkan panas demam. Anda hanya perlu menyapu gel lidah buaya pada tubuh badan anak agar cepat kebah.
Petua Sejukkan Badan Demam Panas
Selain daripada bahan turunkan demam panas anak anda, ibu bapa juga perlu ketahui tips dan petua sejukkan badan demam panas. Di bawah ini, saya senarai beberapa petua dan tips yang boleh anda ikut supaya demam anak anda cepat kebah.
#1 Jangan berselimut
Ketika anak demam, pastikan tidak berselimut agar suhu badan tak terkepung di dalam selimut. Biasanya, kita sendiri demam pun akan berselimut disebabkan kesejukan padahal anggota badan tengah panas. Sebaiknya, anda boleh sarungkan baju nipis dan longgar supaya mudah untuk berpeluh.
#2 Lap badan dengan kain basah
Selain itu, petua yang seterusnya ialah lap badan si manja anda dengan kain basah. Jangan menggunakan air terlalu sejuk ya supaya anak tidak menggigil ketika sedang lap. Anda boleh basahkan kain dengan air suam dan lapkan pada bahagian tubuh terutamanya di bahagian dada, ketiak, dan lutut. Kemudian, anda perahkan kain dan letakkan di bahagian dahi dan belakang leher.
Jika anak kecil anda demam, anda boleh lapkan badan mereka dengan menggunakan:
- Campurkan sedikit asam jawa ke dalam air dan basahkan tuala kecil dengan air itu tadi. Kemudian, lap seluruh badan anak anda. Apa yang pasti, air asam jawa membantu panas dalam badan hilang dengan cepat.
- Anda juga boleh mengelap badan anak dengan air perahan lemon yang dicampur dengan air. Anda boleh mandikan anak dengan air lemon. Caranya, masukkan air lemon ke dalam besen dan biarkan anak berendam di dalamnya.
#3 Makan Buah Buahan
Buah-buahan juga salah satu petua untuk sejukkan badan. Sebenarnya, memakan atau meminum air daripada buah buahan segar seperti epal, limau, strawberi dan lain-lain dapat menurunkan demam panas. Ini disebabkan oleh pelbagai khasiat yang terkandung di dalam buah-buahan seperti zat besi, magnesium, sodium, potasium, dan pelbagai jenis vitamin. Lagi elok, makan terus buah-buahan setiap hari agar badan kekal sihat dan bertenaga.
#4 Pastikan Suhu Bilik Tidak Terlalu Panas
Bilik juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan anak anda kekal sihat dengan cepat. Ccara yang terbaik untuk menurunkan panas dalam badan semasa demam dengan memastikan suhu bilik tidak terlalu panas. Anda boleh sentiasa buka kipas atau aircond supaya suhu bilik tidak terlampau panas. Cuba bayangkan, anak anda dahlah demam panas, ditambah lagi dengan duduk di dalam bilik yang panas. Macam manalah suhu badan anak anda nak turun dengan cepat? Jadi, anda kena pastikan bilik si manja anda tidak terlalu panas ya.
#5 Minum Rebusan Air Barli
Di samping itu, air rebusan barli membantu untuk menurunkan suhu panas demam si manja. Caranya juga sangat mudah. Anda boleh beli sepeket barli lalu rebus di atas dapur bersama air kosong sehingga barli tadi mengembang. Anda boleh masukkan gula batu atau madu untuk memberikan rasa manis kepada air rebusan barli tadi. Anda boleh rebus dalam kuantiti yang banyak dan simpan di dalam peti ais agar tahan lama. Kemudain, bagi anak anda minum air rebusan barli supaya dapat menyejukkan dan menyegarkan badan.
Kesimpulan
Mudahkan dengan menggunakan bahan bahan yang ada di sekeliling, saya yakin mesti suhu badan anak turun dengan cepat. Kita cuba ikhtiar dengan menggunakan bahan turunkan demam panas ini. Mudah-mudahan anak kita semua diberikan kesihatan yang baik.
Walaupun anda sudah cuba bahan-bahan di atas ni tetapi suhu anak masih bertambah, terus bawa ke klinik ya. Kena check juga anak demam ni kenapa dan dapatkan rawatan yang sewajarnya.
Saya harap artikel ini memberikan manfaatt kepada ibu bapa yang sedang menghadapi masalah ini. Semoga anak anda kembali sembuh dan sihat semula. Semoga bermanfaat.
Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel