7 Bisnes Online Tahun 2023 Untuk Para Suami Cuba

Tahun 2023 dikatakan tahun mencabar bagi orang yang menjalankan perniagaan. Tetapi sebenarnya mungkin ini boleh menjadi salah satu taboo yang biasa kita dengar saban tahun.

Apa yang pasti, tahun 2023 merupakan tahun yang penuh dengan “surprise” kerana tahun ini ada pelbagai teknologi baru disajikan untuk kegunaan semua.

Antaranya ialah ChatGPT dan bahkan di negara kita sendiri, teknologi 5G sudah memasuki pasaran. Persoalannya, adakah ini bermakna kita mampu untuk bersaing dengan teknologi bagi meningkatkan kehidupan jadi lebih baik?

Jawapannya, sudah tentu boleh. Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda tentang 7 bisnes online tahun 2023 yang menarik dan menguntungkan untuk anda cuba.

1. SEO content writer

Jika sebelum ini kita selalu dengar tetang content writer. Tetapi sekarang terma yang lebih menarik dan nampak “gah” digunakan oleh rata-rata orang ialah SEO content writer.

Bagi anda yang belum tahu, content writer ialah orang yang menulis bagi pihak ketiga. Tetapi dengan perkembangan teknologi Internet, content writer perlu pertingkatkan ilmu menulis dengan SEO.

SEO merujuk kepada Search Engine Optimization, yakni kebolehan untuk meletakkan konten pada carian page 1 atau 2 Google.

Hari ini semua orang kalau boleh mahukan yang segera dan cepat. Justeru ini adalah salah satu cara yang terbaik menjadikan lubang bisnes online yang perlu diakui.

Semua orang pasti ingin lihat konten pada awal seperti page 1 atau 2 dalam Google. Sedangkan biasanya page 3 dan seterusnya akan dilupakan oleh pengunjung.

Pengunjung kebiasaannya akan menukar keyword yang lain jika page 1 atau 2 tidak menepati kehendak carian pengunjung.

Jika anda tiada skil SEO? Boleh belajar melalui kelas SEO ini.

2. Produk reviewer

bisnes online tahun 2023

Ada akaun FB, IG atau Tiktok? Jangan biarkan akaun tu bersawang tanpa sebarang income masuk ke dalam akaun bank anda.

Gunakan kelebihan platform sosial media anda dengan menjadi produk reviewer. Bagaimana caranya?

Mudah sahaja. Anda beli sample produk di Shoppe. Pilih produk yang murah atau yang anda dapat anggarkan jual dengan berlipat kali ganda.

Apabila produk itu sampai di tangan anda, ambil video unboxing. Beritahu kepada audience yang anda sedang unboxing produk terkini.

Buat video berulang kali dengan menerangkan keadaan produk itu dari segi warnanya, teksturnya, kualiti buatan dan cara penggunaanya.

3. Graphic editor

Mungkin dulu-dulu anda pernah bermain dengan Adobe Photoshop atau tools designer yang lain.

Sekarang inilah masa untuk anda gilap kembali bakat anda yang terpendam itu dengan menjadikan ia sebagai sumber pendapatan tambahan.

Jangan biarkan bakat tersebut berlalu pergi tanpa anda usahakan yang terbaik.

Jenguk balik Youtube atau cari kelas-kelas graphic editor di Facebook, Instagram atau Tiktok dan sertai kelas itu.

4. Penterjemah

Siapa dekat sini ketika bersekolah menengah pernah belajar bahasa asing? Mungkin ada yang pernah belajar secara sambilan atau secara formal.

Contohnya seperti Bahasa Arab, Bahasa Jepun, Bahasa Mandarin, Bahasa Kantonese, hatta Bahasa Inggeris juga mempunyai ruang yang cukup luas sebagai penterjemah.

Buat secara online dengan menterjemah kertas kerja, kertas presentation, tesis, skrip drama mahupun skrip radio. InsyaAllah peluang itu sentiasa ada.

5. Video creator

Tanya kepada diri, anda pernah buat video atau tidak? Pernah tahu pasal NasDaily dan perjalanan hidup dia bagaimana menghasilkan video tanpa henti setiap hari!

Ambil handphone anda dan mula ambil video ringkas. Jika dilihat pada pattern golongan muda sekarang ini, mereka lebih berminat dengan video pendek.

Maka tidak hairanlah, ika anda perasan Facebook, Youtube dan Instagram sudah ada segmen video ringkas seperti Facebook Reels, Youtube Shorts dan Instagram Reels.

6. Gold dealer

Bila kita sebut pasa gold leader, mungkin ada sesetengah orang yang salah faham. Jangan salah faham, ya.

Maksud gold dealer di sini, bukanlah kita gunakan skim cepat kaya seperti Tok Belagak dan lain-lain, tetapi sebaliknya dengan platform yang betul seperti Public Gold atau Quantum Metal.

Platform ini sudah dipertingkatkan sistemnya iaitu mereka sudah memiliki sistem pembelian secara online dan penghantaran emas secara pos.

Jadi agen kepada mana-mana syarikat emas yang diiktiraf dan mula pasarkan emas melalui platform konten, video dan grafik.

Mulakan penerangan ringkas seperti di dalam artikel ini dan mungkin satu hari nanti, ramai yang PM anda untuk membeli emas.

7. Dropship

dropship

Dalam contoh bisnes online 2023 yang kita sebutkan tadi, bisnes dropship adalah yang paling mudah kerana kita tidak perlu menyimpan stok, tidak mengeluarkan sebarang kos untuk memulakan perniagaan dan ianya sangat mudah kerana urusan merketing dan penghantaran semuanya diuruskan oleh pihak syarikat.

Apa yang anda perlukan hanyalah kesediaan untuk belajar dengan leader, mempunyai akaun sosial media yang aktif dan bersemangat untuk membina perniagaan.

Teringin hendak mulakan dropship tanpa modal?

Tudungsicomel mengalu-alukan dropship setiap hari tanpa henti. Hanya klik link ini dan terus menjadi drop di bawah naungan Tudungsicomel.com.

7 bisnes online tahun 2023 yang secara ringkas penulis huraikan secara ringkas ini diharapkan dapat membantu para suami menjana sedikit pendapatan yang dapat menampung perbelanjaan seharian keluarga.

Mungkin tidak RM1000, tapi jika dapat RM400-500 sebulan Alhamdulillah dapatlah belanja keluarga tersayang hujung bulan.

Tahun 2023 inilah permulaan kita untuk mencuba sesuatu yang dpaat memberi kepuasan kepada isteri dan anak-anak kita.

Ada duit untung sikit jangan lupa pada mak ayah dan juga orang yang lebih memerlukan. Lebih banyak bersedekah, lebih banyak yang kita akan dapat.

Rezeki tidak akan berkurangan dengan banyaknya kita bersedekah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa