5 Cara Ajar Anak Menabung Dari Kecil Lagi

Ajar anak menabung dari kecil memang perlu diterapkan oleh semua ibu bapa. Ia adalah perkara penting yang mesti ada pada kanak-kanak itu. Ini kerana anak anak ini perlu belajar menguruskan perbelanjaan agar tidak menjadi seorang yang boros. Oleh itu, ibu bapa memain peranan penting agar si kecil bersemangat untuk menabung.

Banyak kebaikan yang diperolehi oleh anak anak anda sekiranya belajar menabung sejak kecil lagi. Berikut adalah beberapa cara ajar anak menabung untuk mendidik si kecil :

ajar anak menabung
Sumber: Iluminasi.com

#1 Buka akaun simpanan

Banyak bank di Malaysia ini menawarkan akaun Junior khas untuk kanak-kanak. Anda perlu membawa mereka ke bank dan membuka akaun di atas nama mereka. Lagi mereka teruja dan bersemangat untuk menabung di dalam akaun tersebut. Jadi, ambil peluang untuk menerangkan kepada mereka bagaimana menambahkan wang mereka sedikit demi sedikit.

#2 Belikan tabung

Lagi baiknya beli 2 tabung yang berbeza. Satu untuk duit kertas dan satu lagi untuk duit syiling. Lagi bagus jika tabung itu lutsinar sebab bia anka tengok duit banyak lagi bertambah semangat untuk mereka menyimpan. Sebelum anak pandai berbelanja, anda kena ajarkan mereka untuk menyimpan dari sekarang. Bila anak sudah tahu berbelanja, mungkin susah untuk melatih mereka.

#3 Didik mereka belanja ikut kemampuan

Ibu bapa digalakkan mengajar anak belanja mengikut kemampuan. Caranya mungkin berbeza dengan orang lain sebabnya saya lebih suka ajar anak membeli barang yang berkualiti. Ada juga barang yang saya beli harganya murah tetapi jangan sampai terlalu membazir.

Jadi, anda perlu terangkan kepada anak-anak kenapa beli barang yang berkualiti lebih banyak dari barang yang murah. Ini kerana barang yang berkualiti, boleh dipakai dalam tempoh yang lama dan tak perlu beli selalu. Jadi, lagi jimatkan sebenarnya. Ajar juga anak anak jaga barang dan jimat apabila menggunakan barang tersebut. Jangan sampai rosak dan hilang.

ajar anak menabung

#4 Berikan hadiah sebagai reward

Anak-anak pasti gembira apabila usaha mereka dihargai. Jadi, mereka ini lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu perkara yang disukai oleh ibu bapa. Oleh itu, anda boleh memberikan hadiah atau ‘reward’ kepada mereka apabila anak anda berjaya menabung dengan baik. Misalnya, anda tetapkan menyimpan sebanyak RM50 setiap bulan. Jika berhasil, anda hadiahkan kepada mereka seperti tambahan RM10 untuk anak membeli sesuatu yang mereka suka tanpa mengusik simpanan tersebut.

#5 Berikan kefahaman kepada mereka

Anda selalu cakap dengan anak, duit banyak ni untuk apa sebenarnya? Anda kena terangkan supaya tidak pernah ambil duit simpanan mereka walaupun sesusah mana. Anda simpankan untuk masa depan mereka. Jadi, bila lama-lama terbenam dalam kepala anak anda kenapa perlu menabung. Menabung dari kecil sangat bagus dari sekarang supaya senang apabila mereka sudah besar.

Kesimpulan

Semuanya bermula daripada ibu bapa itu sendiri. Anda sendiri perlu menerapkan sifat suka menabung di dalam diri anda sebelum ajarkan kepada anak-anak. Menabung bukan sahaja bagus untuk masa depan anak-anak anda, malah ianya mampu membantu anda dari segi kewangan. Menabung bukan untuk selama-lamanya tetapi ia diperlukan ketika anda di dalam kesusahan. Jadi, ajarlah anak menabung sejak dari kecil lagi. Bak kata pepatah, janganlah menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat membantu anda mendidik anak anda menabung untuk masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa