6 Ciri Ibu Bapa Toksik, Jangan Buat!

Ciri ibu bapa toksik, pernah tak anda fikir atau membuatnya? Ibu bapa toksik ini ialah sejenis orang tua yang tidak menghormati dan memperlaku anaknya dengan baik sebagai seorang individu. Mereka ini juga boleh melakukan pelbagai kekerasan ke pada anak, bahkan membuat emosi anak terganggu.

Baca ini juga: Cara Jerlum Anak Demam Di Rumah

Ibu bapa toksik ini juga tidak mahu bekerjasama, bertanggungjawab ataupun meminta maaf kepada anak. Hal ini kerap terjadi dan ibu bapa sengaja melakukannya. Ini yang menyebabkan emosi anak terganggu dan sanggup melakukan hal-hal yang pelik.

Anda kena ingat, seorang anak sangat memerlukan cinta dan kasih sayang yang ikhlas daripada ibu bapanya. Jika anda tidak dapat melakukan hal tersebut, tentu sahaja jiwa anak anda boleh terluka. Pernah tak anda buat 6 ciri ibu bapa toksik yang akan saya senaraikan di bawah ini? Jom kita semak.

#1 Selalu mengutamakan diri sendiri

Ciri ibu bapa toksik yang pertama ialah diorang lagi suka mengutamakan keperluan diri sendiri berbanding keperluan ataupun perasaan anak. Mereka ini tidak suka untuk memberikan dan memikirkan keperluan anak. Mereka juga tidak akan berfikir kesan jika melakukan perkara tersebut kepada anak. Contoh macam, anak nak beli buku atau barang sekolah, katanya tidak boleh. Tetapi kalau mereka beli sport rim kereta boleh pula. Dah ada anak ni janganlah sibuk dengan kehendak sendiri.

#2 Tidak boleh memperlakukan anak dengan baik

Mereka ini tak dapat memperlakukan anaknya dengan baik. Kalau nak anak itu hormatkan anda, anda kenalah hormatkan mereka ini juga. Kadang, diorang ini sengaja melupakan hal-hal penting yang berkaitan dengan anak. Tolong perlakukan anak dengan baik dan jangan sesekali buat mereka ini seperti binatang. Anak ni manusia dan amanah dari Allah. Anda kena jaga baik baik.

#3 Sukar untuk kawal emosi

Paling kerap jumpa bila ciri ibu bapa toksik yang susah sangat nak kawal emosi. Anak buat salah benda kecil je, habisnya di maki hamun dan mengeluarkan kata kesat. Ada juga tu, dah lah maki hamun anak, siap memukul lagi tu pada anak. Nak pukul anak dengan niat mengejar tu tak salah, cuma jangan berlebihan.

#4 Kuat mengongkong anak

Ibu bapa jenis mengongkong anak pun merupakan salah satu ciri ibu bapa toksik. Nak mengongkong anak tu boleh, itu hak anda tapi janganlah sampai hal peribadi sekecil alam pun nak masuk campur. Ada tu sampai anak dah besar panjang, tetap anak mengongkong kebebasan anak.

#5 Selalu memalukan anak

Ibu bapa toksik ini juga kerap mempermalukan anaknya dengan sangat buruk di hadapan orang lain. Mereka akan mengejek, merendahkan, memaki, atau meneriaki anak, terutama di hadapan kawan-kawan sehingga anak itu merasa sangat malu. Kalau anda pernah buat, jangan buat lagi!

Kesimpulan

Ibu bapa yang toksik sangatlah memberi kesan negatif pada anak. Anak ini akan berasa tidak selesa untuk meluahkan sesuatu atau menghabiskan masa dengan anda. Anak ini juga boleh menjadi ketakutan, depress atau emosi sehingga menghembuskan pada orang lain. Mana tahu anak anda akan mengalami gangguan mental, mengembangkan sikap toksik anda kepada orang lain dan sebagainya.

Jadi, saya nasihatkan sebelum anda melakukkannya, fikirkan banyak kali tentang kesan yang bakal anak anda alami. Sayangi anak anda, mereka inilah yang akan membantu anda di akhirat nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa