7 Resepi Ini, Ibu Mesti Ajar Memasak Kepada Anak Perempuan

Masakan atau resepi ibu adalah makanan paling istimewa tampil dengan keunikan dan keenakan tersendiri. Ke mana kuah jika tidak ke nasi, pepatah orang Melayu yang begitu sinonim dengan resepi ibu seharusnya diajarkan kepada anak sendiri.

resipi ibu


Hidangan makanan dan resipi ibu yang mudah tapi paling sedap dalam dunia pasti dirindui selalu. Ini antara tujuh resepi asas masakan ibu yang terkenal bagi orang Melayu yang wajib diajarkan kepada anak-anak perempuan masing-masing.



1. Nasi Putih

Nasi putih yang kita makan selalu agak unik kerana dimasak sekali sahaja dalam satu periuk, berbeza dengan beberapa negara yang memasak nasi dengan dua teknik iaitu merebus dan mengukus menggunakan dua jenis periuk. Teknik memasak nasi di atas dapur sememangnya mesti diajarkan kepada anak perempuan sebagai persediaan asas sebelum mendirikan rumahtangga.

2. Sambal Tumis


Makanan orang Melayu banyak sekali berlaukkan sambal tumis sebagai makanan sampingan. Sebut sahaja daripada waktu pagi seperti sambal nasi lemak, sambal roti canai, sambal kuih popia, sambal nasi kerabu, sambal lontong dan sambal sardin. Sambal juga adalah lauk utama dalam makanan tengahari dan makan malam. Gabungan bahan-bahan seperti cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan amat mudah dan anak perempuan Melayu seharusnya menguasai teknik memasak sambal tumis.

3. Ikan Goreng

Jangan tidak tahu jika tidak pernah mengajar anak perempuan menggoreng ikan, dia akan pandai sendiri. Pertama sekali harus dibiasakan anak perempuan menyiang ikan dan kemudian menggoreng di dalam minyak panas. Cukup dengan melumurkan ikan dengan garam dan kunyit sahaja.

4. Sambal Belacan

Terdapat pelbagai versi sambal belacan mengikut negeri masing-masing di negara kita. Makanan pembangkit selera dibuat daripada cili, bawang, belacan dan tomato. Hidangan asas yang wajib dihidangkan cukup membuatkan seisi keluarga makan bertambah pada hari itu.

5. Nasi Goreng

resipi ibu


Nasi goreng biasanya dibuat dengan menggunakan lebihan nasi sejuk. Menggunakan bahan asas di dapur seperti bawang merah, bawang putih, cili, ikan bilis, telur, sayur-sayuran seperti kobis, kangkung, lobak atau sawi. Hidangan gizi lengkap ini selalu dihidangkan semasa sarapan pagi atau makan malam. Amat mudah disediakan bagi anak perempuan dan cukup berkhasiat.

6. Nasi Lemak

Boleh dikatakan nasi lemak adalah makanan asas harian bagi orang Melayu. Pagi-pagi mesti cari nasi lemak bungkus. Harganya yang berpatutan dan boleh dimakan bila-bila masa. Gabungan lauk yang beraneka daripada yang murah hingga mahal seperti telur rebus, ikan bilis, ayam goreng berempah dan rendang ayam. Ibu boleh mengajak anak perempuan mengambil bahagian ketika memasak nasi lemak dengan mengagihkan tugas memasak bersama anak perempuan.

7. Gulai

Masakan gulai orang Melayu ada banyak jenis seperti gulai kari, gulai kurma, gulai lemak cili padi dan asam pedas. Biasanya gulai sedap dimasak bersama pelbagai jenis lauk samada ayam, kambing, ikan atau udang. Teknik masakannya berbeza mengikut latar belakang negeri masing-masing. Ada yang menumis dahulu kemudian mereneh dengan api perlahan dan ada yang menggunakan teknik merebus dari awal.

Anak perempuan yang pandai menguasai teknik memasak dari ibunya biasanya turut berlatih memasak daripada kecil. Bermula dengan latihan asas seperti mengupas bawang, menyiang lauk, mengisar dan menumis.

Ada lagi satu tips penting semasa memasak iaitu memakai tudung untuk elakkan rambut daripada termasuk ke dalam masakan. Jom ajak anak pilih tudung yang bersesuaian di koleksi Tudung Si Comel.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa