7 TIPS Cara Elakkan Rambut Anak Tak Bau Kepam Pakai Tudung

Anak adalah anugerah yang tak ternilai harganya. Setiap ibubapa pastinya inginkan anak yang patuh perintah Allah  terutamanya bab menutup aurat. Ramai ibubapa menitikberatkan anak bertudung seusia awal yang boleh. Tidak dinafikan ada ibubapa memakaikan anak bertudung seusia bayi. 

Bak kata pepatah ‘Melentur buluh biar dari rebungnya

Ya tidak dinafikan ianya akan berkesan bilamana kita dedahkan pemakaian bertudung menutup aurat sejak kecil. Secara tak langsung anak dah sedia rasa selesa dengan bertudung walau apa juga cuaca, aktivit dan tempat. 

Hati ibubapa mana yang tak berbunga-bunga tatkala ada yang memuji penampilan anak kita yang patuh perintah Allah menutup aurat sejak kecil.  Namun apa perkara yang ibubapa terlepas pandang 

Anak bertudung dah molek tapi tak sanggup nak dekat, rambutnya bau kepam

Permasalahan ini tidak asing terutama buat anak yang bersekolah rendah. Namun ianya tidak sewajarnya dibiarkan begitu saja tanpa berbuat apa-apa. Sebagai ibubapa, kita bertanggungjawab mencari solusi masalah ini agar tidak terbawa-bawa hingga mereka dewasa kelak. 

Fahami lah ibubapa, dari segi psikologi  andai masalah rambut anak berbau ini tidak dirawat ianya akan memberi tamparan yang hebat buat mereka bilamana kemungkinan anak kita dicemuh dan diejek. Ini memberi kesan negatif pada tumbesar mereka dan anak kita akan mengalami depresi dan hilang keyakinan diri untuk bergaul bersama rakan-rakan . 

Anak yang bertudung memang kelihatan comel, cantik, sejuk di pandang tapi sebagai ibubapa yang prihatin, ambil masa dan periksa samada adakah anak kita mempunyai masalah rambut berbau kepam dan tidak menyenangkan bila bertudung?

7 TIPS Cara Elakkan Rambut Anak Tak Bau Kepam Pakai Tudung

Ramai ibubapa terlepas pandang bab kebersihan dan penjagaan rambut bila si anak bertudung. Dengan memakai tudung yang cukup cantik dan dengan tidak sengaja kita terlepas pandang akan penjagaan rambut anak kita.  Dah bertutup elok mana nak perasan kan?

Kebanyakan ibubapa lebih menitikberatkan pemilihan tudung, jenama, corak, warna, design agar si anak tampak cantik sedap dipandang. Hakikatnya secantik mana pun anak bertudung tapi bila rambut anak kita punya masalah berbau kepam, ini akan mengundang masalah yang lebih besar.

Antara penyebab masalah rambut anak berbau

1.- Berpeluh

Lumrahnya  anak sememangnya aktif  dan akan berpeluh seharian. Peluh yang terkumpul di kepala menyumbang terjadinya rambut berbau. Tambahan lagi yang suka mengikat rambut dengan ketat akan menyebabkan kepala dan rambut tidak dapat bernafas dan membangkitkan bau yang tidak menyenangkan. Bila dibiarkan lebih lama, rambut akan berbau kepam. Sebaiknya rambut di ikat tidak terlalu ketat agar kulit kepala dan rambut punya ruang untuk bernafas dan mengelakkan perpeluhan berlebihan. 

2.- Jaga pemakanan anak

Tanpa kita sedari, faktor pemakanan juga memainkan peranan antara punca terjadinya rambut berbau. Pengambilan makanan yang sihat, berkhasiat, bernutrisi penting bagi memastikan kesihatan yang baik sekaligus kecantikan rambut dan kulit kepala terpelihara. Anak digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin E, vitamin B12, vitamin B6, protein dan vitamin C. Sumber ini boleh diperolehi daripada buah-buahan, sayur-sayuran hijau dan kekacang. Elakkan anak dari makanan ringan. Tidak lupa, air mineral secukupnya agar kulit kepala anak tidak kering , berkuping dan datangnya permasalahan lain. 

3.- Segera rawat andai anak punya masalah rambut, kulit kepala mahupun telinga

Kulit kepala anak antara anggota kawasan tubuh badan yang ditutupi dengan rambut. Kulit kepala yang tidak sihat, berkuping, berkerak akan menyebabkan bau begitu juga telinga. Keadaan telinga yang tidak bersih juga antara sebab terjadinya bau yang tidak menyenangkan di bahagian kepala anak yang bertudung. Telingan yang tidak dibersihkan, basah, bernanah  sememangnya antara punca bau busuk di kawasan kepala. 

4.- Rambut Basah

Setiap kali mandi semestinya kita pastikan anak mandi sebersih-bersihnya dan rambut antara anggota badan yang wajib di cuci. Namun seringkali kita alpha untuk memastikan rambut anak benar-benar kering baru lah pakai tudung. 

Buat anak yang bersekolah, dalam keadaan tergesa-gesa nak bersiap ke sekolah semestinya tak punya waktu yang cukup untuk mengeringkan dahulu rambut sebelum pakai tudung bukan?

Cepat siap sayang.. Sarung jer tudung tu, kalau tidak nanti kita akan lewat ke sekolah

Amat sinonim kan ayat di atas? Bukan untuk anak saja, malah seringkali kita yang dewasa pun begitu. Dengan rambut tak berapa kering terus disarung tudung. Keadaan rambut yang tidak kering dengan sempurna ini lah yang akan menjadi punca terjadinya  bau kepam. 

5.- Ajar anak cara cuci rambut dengan betul

Ibubapa memainkan peranan penting membentuk displin diri dan cara yang betul dalam bab cara penjagaan dan kebersihan diri.  Cara mandi yang betul, bersyampu yang betul tidak di ajar di sekolah. Semuanya bermula dari rumah. 

Amat penting direhatkan dahulu rambut anak sebelum bersyampu. Rambut perlu diberi ruang pada kulit kepala untuk bernafas. Dibukankan dahulu ikatan rambut anak, disikat dan dibiar seketika dan kemudian baru lah dicuci.

Basahkan dahulu rambut, lalu bersyampu dengan syampu yang sesuai mengikut usia anak. Pastikan anak membersihkan rambut sehingga ke dasar kulit kepala. Rambut perlu dibilas sebersih-bersihnya tanpa ada sisa baki syampu di kepala. Kemudian rambut dikeringkan dengan gosokan lembut menggunakan tuala yang bersih. 

6.- Memakai Anak Tudung Yang Ketat

Pemakaian  anak tudung sebelum pakai tudung amat penting bagi memastikan kekemasan tudung yang anak kita pakai. Kalau tak di pakaikan anak tudung, pasti adanya anak rambut yang terkeluar dari tudung akan membuat anak kita kelihatan selekeh dan tidak terurus. 

Tanpa kita sedari, anak semakin membesar dan saiz anak tudung tidak kita menitikberatkan sebab selalunya hanya luaran yang kita nampak. Kita lebih kerap membeli tudung baru untuk anak bilamana tudungnya ketat tanpa kita ambil kisah perihal anak tudung juga ketat.

Anak tudung yang ketat, ditambah dengan material yang tidak sesuai menyebabkan kulit kepala sukar bernafas, peluh terperap dan ini mengundang bau yang tidak menyenangkan. 

7.- Kualiti dan material kain tudung untuk anak

Ada ibubapa yang lebih pentingkan corak, design dan warna untuk tudung anak mereka tanpa ambil kira material dan kualiti tudung tersebut. Sebaiknya tudung untuk kanak-kanak dari material kapas yang ringan lembut dan selesa di pakai. 

Antara jenis kain kapas yang sesuai untuk tudung anak adalah dari Lycra Kapas. Sejenis kain yang lycra meregang yang lembut, ringan, gebu dan selesa anak memakainya. 

Elakkan anak memakai kain tudung jenis satin, jersey mahupun shawls lilit-lilit yang tidak serap peluh, tiada system pengudaraan dan ini antara punca penyumbang terjadinya bau busuk rambut anak kita.  Cukup sekadar design yang ringkas, selesa dan memudahkan pergerakkan anak kita seharian. 

Moga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi pendedahan pada kita agar lebih prihatin  dan perhalusi masalah yang kita anggap kecil ini akan memberi impak yang besar andai tidak diselesaikan. Semoga Si Comel kita istiqomah bertudung menutup aurat dengan gembira kerana Allah Taala 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa