Mengumpat Vs Fitnah
“Menceritakan keburukan orang, jika benar sekalipun; namanya mengumpat. Jika tidak benar, namanya fitnah. Dua-dua berdosa.” ~ Mudahnya Menjemput Rezeki.
Dosa kita dengan Allah kita boleh minta ampun terus dengan Allah. Tapi dosa kita dengan manusia? Kita kena minta ampun dahulu dari orang yang kita umpat/fitnah, baru Allah ampunkan kita. In Shaa Allah.
Kadang-kadang kita TERmengumpat tanpa kita sedari. Disebabkan itulah kita dinasihatkan untuk banyakkan berdiam diri sekiranya tiada apa yang patut dibualkan. Jagalah mulut dan pertuturan kita.
Pernah diriwayatkan oleh Ubadah bin Shamit, Rasulullah S.A.W pernah berjalan bersama Mu’adz bin Jabal. Dalam perjalanan itu, sahabat bertanyakan kepada Rasulullah, “Amalan apakah yang paling utama?” Rasulullah menjawabnya dengan memberikan isyarat menujuk ke bibirnya;
“Diam, kecuali dari (hal) kebaikan.”
Ya Allah, jauhkanlah kami semua dari dosa mengumpat dan memfitnah. Amin.
Sekadar mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan TudungSiComel.com. Wallahu a`lam