Your Cart


Shariah Compliant Certified

Alhamdulillah, pada tanggal 10 November 2022 TudungSiComel telah disahkan secara rasminya mematuhi hukum dan prinsip-prinsip shariah dari sudut pengoperasian serta produk.

Pengiktirafan Patuh Shariah atau Shariah Compliant Company ini telah disahkan oleh pihak Elzar Shariah Solution & Advisory selaku penasihat Shariah yang dilantik kepada SBZ Prima Sdn Bhd (TudungSiComel).

Sijil Patuh Shariah telah diserahkan oleh Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman, disaksikan oleh Ustaz Mustafar Mohd Suki dan juga Ustaz Syafiq Nadzmi Zainul Abidin (Shariah Associate).

tudungsicomel shariah compliant company

Pada 21 Jun 2022, kita telah diberikan taklimat awal oleh Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkaitan proses dan kriteria bagi memastikan pengoperasian dan produk TudungSiComel patuh shariah.

Dan sejak itu beberapa SOP syarikat terpaksa dibuat rombakan dan penambahbaikan bagi memastikan ianya mengikut standard yang telah ditetapkan.

taklimat dan perbincangan shariah compliant

Jual Tudung Sekolah Perlu Ke Shariah Compliant?

Mungkin ada yang tertanya adakah menjual Tudung Sekolah perlu patuh shariah.

Sebenarnya kita di TudungSiComel mengambil pendekatan dengan berusaha sedaya mungkin untuk memastikan agar rezeki yang diterima melalui perniagaan ini halal dan berkat.

Ini penting kerana TudungSiComel juga berniaga dengan menggunakan konsep agen Dropship dan Affiliate.

Jadi kita di HQ perlu pastikan pengoperasian keseluruhan syarikat adalah memenuhi hukum dan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh Islam supaya rezeki yang dikongsi juga terhindar dari unsur-unsur gharar.

Apalah yang kita cari di dunia ini selain;

Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rizki yang baik dan amal yang diterima.

(HR. Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah)
semakan shariah compliant tudungsicomel

Sebenarnya, pengesahan patuh shariah ini adalah untuk keseluruhan dari segi pengoperasian syarikat dan juga produk.

Antara perkara yang dibuat semakan adalah dari segi:

1. Latarbelakang Syarikat – Memastikan samaada syarikat mematuhi perlesenan standard kerajaan Malaysia seperti SSM dan Majlis Bandaran.

2. Sumber dana dan pembiayaan – Memastikan sumber kewangan syarikat adalah dari sumber yang jelas dan terpelihara dari unsur-unsur riba’ dan gharar.

3. Produk dan tawaran – Memastikan produk dan iklan yang dibuat tidak hype atau ada unsur-unsur penipuan. Ianya haruslah jelas menerangkan.

4. Kontrak, kedudukan dan hubungan agen dengan syarikat – Memastikan ada kontrak khas, terma dan syarat dan akad persetujuan yang jelas antara kedua belah pihak.

5. Sistem kelayakan dan pembayaran bonus/insentif – Semakan terhadap sistem dan konsep yang digunakan untuk program agen, dropship dan affiliate.

6. Dokumentasi dan Operasi sistem jualan – Melihat terhadap dokumentasi penting seperti rekod lantikan pekerja, gaji dan sebagainya yang berkaitan.

7. Polisi, garis panduan, terma dan syarat – Memastikan setiap perkara yang melibatkan urusan penukaran hak milik wang disertakan dengan akad persetujuan kedua belah pihak.

Contohnya sebelum pelanggan membuat belian dan mengesahkan bayaran melalui website, mereka perlu membaca dan mengesahkan juga akad jual beli.

tudungsicomel shariah compliant 5
shariah compliant certificated tudungsicomel

Alhamdulillah, semoga Allah rahmati TudungSiComel dan kurniakan keberkatan terhadap urusan niaga nya.

Semoga syarikat ini juga terus berkembang dan dapat memberi manfaat kepada lebih ramai insan terutamanya kepada staff yang bekerja, pelanggan yang memperoleh produk dan juga agen-agen yang darinya menjana pendapatan untuk menampung keperluan isi rumah.

tudungsicomel certified shariah compliant company
tudungsicomel now officially certified as shariah compliant company

Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan”.

(Surah al-Qasas: 24)
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa