Your Cart


Ini Amalan kesihatan yang penting untuk usia awal kanak-kanak

Kesihatan boleh dikatakan tunjang utama dalam kehidupan seseorang. 

Justeru, jangan remehkan hal ini. Dan, sebagai ibubapa, menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan anak-anak mementingkan kesihatan sejak kecil lagi.

Untuk itu, gaya hidup sihat perlu diterapkan kepada anak-anak seawal usia mereka.

Tulisan ini bertujuan membantu anda mengenal pasti antara beberapa perkara asas yang perlu dititikberatkan kepada anak-anak dalam menjaga kesihatan.

sihat1

Bagaimana memastikan anak-anak kekal sihat

Berikut ialah antara perkara utama yang perlu dititikberatkan bagi menjaga kesihatan anak-anak sejak kecil.

1. Elakkan bahan bertoksik

Antaranya, jangan biarkan toksik diterima masuk ke dalam badan.

Justeru, anak-anak perlu dipastikan tidak mengambil bahan bertoksik seperti rokok, dadah dan alkohol.

Tanamkan kebencian di dalam fikiran anak-anak terhadap semua elemen yang merosakkan mental dan fizikal ini.

Anak-anak perlu diberitahu dan difahamkan sejak kecil bahawa betapa mudaratnya semua bahan berkenaan terhadap kesihatan untuk jangka panjang.

Contohnya, alkohol itu sendiri memberikan kesan toksik terhadap organ tubuh. Ia memberi kesan toksik terhadap otak sehingga boleh mewujudkan gangguan mental, termasuklah kemurungan dan penyakit jiwa atau psikosis.

Atas sebab ini juga Islam sendiri mengharamkan pengambilan dan penggunaan alkohol.

sihat2

2. Makanan ringan

Makanan ringan dan makanan segera juga mudarat kepada kesihatan untuk jangka panjang.

Ini perlu diberitahu dan difahamkan kepada anak-anak.

Didik anak-anak supaya utamakam makanan berkhasiat seperti sayur segar, susu segar dan jus buah.

Tanam maklumat mengenai hiraki makanan sihat ini sejak kecil lagi.

Corak pemakanan yang diterapkan oleh ibubapa supaya diamalkan oleh anak-anak sejak kecil ini mampu membenihkan hasil sehingga anak-anak membesar menjadi remaja, seterusnya kekal hingga usia dewasa.

3. Elakkan makanan diproses

Seperti yang kerap diingatkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa pemakanan yang tidak sihat punca utama penyakit kronik.

Ini termasuk penyakit kanser, penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan penyakit berkaitan pernafasan.

Apakah makanan diproses? Makanan diproses ialah makanan yang dihasilkan semula dari sumber tertentu membabitkan aktiviti pengeluaran di kilang.

Ini termasuklah makanan daging burger,  sosej dan mee segera. 

Beri ingatan kepada anak-anak agar elakkan dari mengambil makanan kategori ini.

Sebaliknya, didik mereka utamakan makanan segar dan berkhasiat. Ini termasuklah sayuran, buahan dan bijirin semulajadi.

Pada peringkat awal usia, anak-anak mungkin tidak dapat memahami peri penting pemakanan sihat.

Namun, lama kelamaan apabila usia mereka meningkat remaja dan dewasa, mereka sendiri akan berasa takut untuk mengambil makanan tidak sihat.

Ini kesan daripada pendidikan awal yang ditanam sejak awal usia mengenai kepentingan mengamalkan pemakanan sihat dalam kehidupan.

4. Amalkan puasa sunat

Dan, sebagai individu Muslim, latihan puasa sunat sudah tentu menjadi satu kebijaksanaan yang tidak ada pada penganut agama lain dalam berikhtiar untuk kehidupan yang lebih sihat.

Malah, sains sudah membuktikan bahawa amalan berpuasa mampu menyumbang kepada kesihatan manusia.

Justeru, fahamkan kepada anak-anak bahawa amalan berpuasa, termasuklah puasa Ramadan dan puasa sunat, sangat bermanfaat untuk penjagaan kesihatan jangka panjang. 

sihat3

5. Tidur berkualiti

Tidur berkualiti ialah tidur nyenyak sepanjang jumlah jam yang sepatutnya. 

Tidur nyenyak dan mencukupi mampu mengekalkan kesihatan. Kajian sains mendapati tidur berkualiti berupaya membantu badan pulih daripada segala jenis ketegangan dan kerosakan sel setelah sehari suntuk fokus dan memerah tenaga untuk melunaskan rutin seharian.

Justeru, beri kefahaman kepada anak-anak peri pentingnya tidur berkualiti dengan mengamalkan tidur awal dan bangun awal.

Latih anak-anak supaya kekalkan jadual waktu tidur secara tetap setiap hari.

Pastikan anak-anak tahu dan faham bahawa tidur sangat penting untuk kesihatan berpanjangan.

Beberapa perkara lain yang perlu diberi penekanan kepada anak-anak dalam penjagaan kesihatan ialah bersabit dengan riadah dan pengurusan stres.

Anda mungkin salah anggap. Konon anak masih kecil, justeru tidak perlu tahu semua itu. 

Namun percayalah, memulakan semua itu sejak awal usia akan meringankan tugas anda sebagai ibubapa dalam memastikan anak kekal sihat sehingga remaja dan dewasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa