Your Cart


Bagaimana latih anak memaafkan, tidak berdendam

Mahukah kita lihat anak-anak menjadi pemarah dan pendendam apabila usia mereka meningkat remaja dan dewasa?

Kesan terhadap mana-mana peribadi yang lahir dari sikap mental yang pemarah dan pendendam sangat mudarat dan bahaya untuk jangka panjang.

Malah ia mudarat dan bahaya bukan sahaja kepada institusi keluarga, malah institusi sosial dan negara.

maaf1

Membina peribadi pemaaf dan tidak berdendam

Kajian psikologi menunjukkan anak-anak yang mempunyai Kebijaksanaan Emosi (Emotional Intelligence – EQ) rendah mempunyai peluang yang sangat tipis untuk berjaya dalam hidup.

Kemahiran subjek Matematik dan Biologi sahaja belum tentu menjamin anak-anak sukses dalam hidup jika darjah EQ mereka sangat rendah.

Bagaimana untuk memastikan peribadi anak-anak kita tidak terbina sebagai individu yang pemarah dan pendendam, sekali gus memiliki EQ tinggi?

Tulisan ini cuba membantu anda dalam mendidik anak agar menjadi insan yang lebih mudah memaafkan dan tidak berdendam sama ada sesama sebaya hatta dengan sesiapa sahaja.

Teruskan pembacaan kerana masa yang anda gunakan untuk menelaah tulisan ini akan sangat berbaloi untuk kebaikan anak-anak anda.

Mengapa anak perlu jadi pemaaf dan tidak berdendam?

Kemampuan memaafkan orang lain bukan satu kemahiran yang mudah dikuasai. 

Malah, bagi sesetengah orang,  agak mustahil untuk melupakan suatu perkara yang melukakan atau menyebabkan marah atau terguris hati.

Walaupun tidak mudah melupakan, sekurang-kurangnya jika dapat memaafkan sudah dikira satu nilai mulia yang tidak mudah ada pada kebanyakan orang.

maaf2

Peribadi mulia ialah peribadi pemaaf

Mengapa anak anda perlu jadi pemaaf dan tidak berdendam? 

Kekuatan untuk memaafkan orang lain adalah antara satu ciri mulia yang diajar Islam.

Allah memuliakan mereka yang mampu memaafkan orang lain. Ini antaranya ditunjukkan di dalam kisah Nabi Yusuf as. 

Baginda dibuang ke dalam telaga buta ketika masih kecil. Siapa yang melakukan penganiayaan itu? Adik-beradik baginda Nabi Yusuf as sendiri.

Allah swt takdirkan Nabi Yusuf kemudian menjadi orang yang berkuasa di Mesir. Adakah baginda berdendam kepada adik-beradiknya atas penganiayaan itu walhal jika mahu, boleh sahaja baginda membalas perbuatan itu?

Hebatnya baginda kerana mampu memaafkan dan tidak sedikit pun berdendam. 

Kisahkan teladan hebat ini kepada anak-anak. In sha Allah, anak-anak akan menyerap teladan ini dalam kehidupan mereka untuk menjadi insan pemaaf dan tidak berdendam kepada sesiapa juga.

Mempraktikkan ajaran Nabi Muhammad saw

Sikap pemaaf dan tidak berdendam ini turut ditunjukkan oleh baginda Nabi Muhammad saw sendiri.

Antaranya, sikap mulia memaafkan orang lain ditunjukkan baginda Nabi saw dalam peristiwa pembukaan Kota Mekah. 

Nabi saw memaafkan penduduk Mekah yang sebelum itu pernah menghalau baginda dari kampung halamannya sendiri.

Kehebatan apakah ini jika bukan sejenis kehebatan emosi yang tidak mudah dikuasai kebanyakan orang? 

Baginda Nabi saw memiliki kemampuan menguasai emosi sehingga dapat memaafkan dan tidak berdendam dengan orang lain, hatta mereka yang telah mengusirnya dari kampung halaman sendiri.

Pastikan anak-anak tahu kisah kemaafan yang hebat ini semoga terjelma dalam minda anak-anak dan terbentuk sikap memaafkan serta tidak berdendam di dalam sanubari mereka.

maaf3

Bagaimana menjadikan anak anda pemaaf?

Mulakan didikan kemaafan dan tidak berdendam ini mulai sekarang, iaitu sejak anak-anak masih kecil. 

Mulakan pendidikan penting ini seawal anak-anak mulai pandai berinteraksi dengan individu lain di sekitarnya.

Mungkin mereka tidak faham pada peringkat awal, tetapi teruskan secara konsisten. 

Lama kelamaan mereka akan faham dan akan serap terima pendidikan kemaafan ini dalam setiap interaksi keluarga dan sosial mereka.

Percayalah bahawa latihan memaafkan orang lain akan menghasilkan peribadi kuat dan berjaya di kalangan anak-anak kita. 

Mereka mampu sukses dalam persekitaran sosial dan kerjaya apabila mendewasa dengan sikap mental yang mudah memaafkan serta tidak berdendam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa