Your Cart


5 Idea Baju Kembang Budak Perempuan

Adakah anda mencari 5 idea baju kembang budak perempuan? Haa, tak salah lagi, inilah tempatnya!

Seperti yang anda tahu, anak kecil masa kini tidak sama seperti kita pada masa dulu. Bukanlah niat kami ingin membandingkan tetapi perhatikan saja fesyen dan penampilan anak kecil masa kini. Semakin cantik bergaya dengan pelbagai jenis pakaian yang menarik perhatian.

Jika dahulu anak-anak kecil hanya memakai baju tshirt dan seluar, tetapi kini masing-masing telah terdedah dengan pelbagai jenis fesyen yang lebih menarik perhatian. Masing-masing kini terlihat layak menjadi model si cilik dalam memperagakan pakaian yang terjual di pasaran.

Antara pakaian yang sering sahaja menjadi pilihan si ibu untuk dipakaikan kepada anak kecil ini adalah pelbagai jenis baju kembang dengan warna yang dapat menyerlahkan sisi comel si anak.

Ada yang menjadikan anak kecil ini sebagai teman ber’ootd‘, mencuba pelbagai jenis pakaian menarik dan penuh gaya. Dalam masa yang sama, ia juga turut menjadi sumber pendapatan tambahan si ibu dan anaknya.

baju kembang anak perempuan shopee
Baju Kembang Anak perempuan yang banyak dijual di Shopee

Namun begitu, di sebalik penampilan yang menarik dan penuh gaya ini, pakaian yang selesa harus dititik beratkan untuk memastikan anak-anak sentiasa selesa dan tidak terbeban.

Sebagai contoh, penggunaan fabrik kapas, net dan renda yang sering digunakan dalam penghasilan baju kembang budak perempuan yang tidak panas, selesa dengan material lembut perlu diutamakan.

Baca juga : Kad Derma Darah kini sudah DIGITAL!

Nak tahu apakah antara idea baju kembang anak perempuan yang semakin hangat di pasaran?

Jom tengok perkongsian 5 idea baju kembang ini.

1. Baju Peplum Kembang

Dahulu fesyen atau cutting baju peplum ini hanya tersedia buat wanita dewasa sahaja tetapi kini ia juga sudah tersedia untuk dipakai oleh anak-anak kecil. Jadi, apa itu peplum yang sebenarnya?

Peplum adalah sesuatu pakaian yang ditambahkan kain kembang yang beralun pada bahagian pinggang si pemakai. Jadi, ia terlihat seakan-akan memakai mini skirt.

Baca Juga : 5 butik hot di Bandar Baru Bangi

Bukan sahaja anda, malah kami di sini juga kadang kala cair melihat kecomelan anak-anak kecil ini memakai baju peplum sebegini. Dengan telatah mereka yang sedia comel ditambah pula dengan pakaian yang cantik dan bergaya seperti ini, ia dapat mebangkitkan lagi aura kecomelan anak-anak ini. Nak marah pun tak jadi tau dengan aura mereka ini.

Walaupun baju peplum ini kelihatan premium tetapi ia boleh dimiliki dengan harga yang murah. Yang penting, anda perlu tahu pilihan warna yang sesuaigubahan fesyen yang menarik serta material yang selesa buat si anak kecil ini.

2. Gaun kembang

Pakaian ini tampak comel jika dipakai bersama kasut tumit tinggi yang kecil dan berkilau. Terlihat seakan-akan si puteri yang sedang mencari adiwira hidupnya. Ditambah pula dengan corak floral yang menaikkan sifat feminin si pemakai bersama lace dengan tona warna pastel, pasti menjadi pilihan setiap ibu. Jangan lupa untuk pakaikan bersama tudung dari www.tudungsicomel.com untuk menambahkan lagi aura comel si manja ini.

3. Blouse dan skirt kembang

Percaya tak?

Anak-anak kecil kini sudah gemar menggayakan pakaian dan sentiasa tampak cantik, untuk menyerlahkan diri mereka. Kebanyakan daripada mereka terpengaruh dengan individu sekeliling mereka yang

Baca juga : Kriteria untuk tudung budak instant perlu diketahui

Selain pemakaian gaun kembang , blouse dan skirt kembang juga menjadi pilihan anak kecil ini untuk bergaya. Apatah lagi jika dipakai bersama tudung yang cantik dan selesa, ia pasti menambahkan lagi semangat untuk bergaya dengan cara yang mematuhi syariah.

4. Baju jubah kembang

Ramai ibu muda masa kini gemar tampil sedondon dengan anak perempuannya kerana ia tampak lebih menarik dan cantik. Jadi untuk pemakaian sedondon ini, si ibu perlulah memakai pakain yang sesuai buat si anak dan begitu juga yang sebaliknya. Elakkan si ibu dari meniru pakain anak seperti gaun kembang pendek dan sebagainya.

baju jubah kembang anak
Jenis Jubah begini memang suka anak anak memakainya

Anda mungkin boleh memilih baju jubah yang bersifat kembang dan selesa untuk dipakai. Jadi selain ianya tampak comel dipakai si anak, ia juga akan terlihat sopan apabila dipakai oleh si ibu. Haa, barulah sesuai jika nak ber‘ootd’ bersama dan dikongsi bersama para ibu yang lain.

5. Baju kurung kembang

Selain gaun dan jubah, terdapat juga pakaian kembang yang berunsurkan baju kurung buat si anak. Bayangkan saja anak perempuan kecil anda itu memakai baju kurung kembang yang comel dengan tudung yang selesa serta awning yang mudah terbentuk, pasti si kecil ini mampu mencairkan hati semua pihak.

Wajah comel yang memakai tudung www.tudungsicomel.com bersama mata bulat yang terkedip-kedip itu pasti mampu mengubah hari anda yang suram kepada hari yang paling indah. Jadi, masih tercari-cari tudung yang sesuai dipakai bersama baju kembang budak perempuan? Tak perlu susah-susah. Beli sahaja dari https://tudungsicomel.com/ dan pasti anda akan berpuas hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa