Soalan 1. Kenapa Harga TudungSiComel.com murah. Adakah tak berkualiti?
Jawapan: Kami sebenarnya membekalkan tudung terus dari kilang, kami design dan jahit sendiri. Jadi, kami dapat berikan harga yang berpatutan.
Kami berhasrat untuk membantu peniaga-peniaga tudung agar dapat berniaga dengan ceria dan gembira.
Soalan 2. Kenapa Harga TudungSiComel.com agak mahal. Nak untung lebih yer?
Jawapan: Kami sedaya upaya usahakan untuk mengurangkan kos pengeluaran. Namun kami tetap MEMENTINGKAN KUALITI tudung yang kami hasilkan. Kain yang kami gunakan adalah kain yang lembut, sejuk dan selesa. Kebanyakannya adalah materiel Korea dan bukannya China.
Tujuan kami adalah untuk menghasilkan tudung yang selesa dipakai oleh kanak-kanak seiring dengan visi kami untuk membudayakan budaya pemakaian tudung bermula dari usia muda.
Mungkin di luar sana kita boleh dapat tudung 3 layer dengan harga RM10, tapi cuba pegang kain tersebut, ianya kain China yang agak kasar dan panas apabila dipakai.
Sanggupkah kita pakaikan anak kesayangan kita dengan ‘kain murah dan tidak selesa’ tetapi kita sendiri inginkan tudung yang berkualiti dan selesa?
Kita sanggup membeli tudung berharga RM70 untuk diri sendiri, tapi untuk anak kesayangan kita, tudung RM15 pun kita kata mahal.
“Quality Come With Price“
Harap ianya menjawap persoalan kita. Salam ceria =)