Ramai ibu bapa sudah mula ajar anak berdikari walaupun anak mereka masih kecil. Memang betul sebagai ibu bapa sudah pastilah kita akan manjakan anak kita terutama sekali anak kecil.
Namun begitu, jika terlampau memanja anak sehingga langsung tidak tahu berdikari atau tidak mahu melakukan sebarang kerja dan hanya bergantung harap sepenuhnya kepada ibu bapa sahaja. Justeru itu, kebanyakkan ibu bapa mula ajar anak mereka untuk berdikari bermula dari usia yang kecil. Terutama sekali bagi yang mempunyai anak lelaki, yang mana anak lelaki merupakan tulang belakang keluarga. Jika mereka tidak berdikari dari kecil ia menyebabkan kesukaran untuk mereka menguruskan diri mereka dan lambat matang
Ada Beberapa Cara Penting Yang Boleh Anda Gunakan Untuk Ajar Anak Berdikari
Kita sebagai ibu bapa akan merasa sangat stress jika anak kecil terlampau bergantung harap dengan kita sampai nak uruskan diri pun mengharapkan kita. Sudah pastilah kita nak buat kerja pun akan terganggu terutama sekali jika anda merupskan seorang yang berkerja. Justeru itu, apabila anak sudah mula berjalan dan sudah boleh bercakap, tiba masanya untuk kita mengajar anak kita berdikari supaya mereka pandai menguruskan diri mereka seperti, pergi ke tandas, mandi dan sebagainya. Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk ajar anak berdikari. Antara caranya ialah:
1- Beri Masa Kepada Anak
Hendak menidik anak berdikari bukanlah semudah seperti yang disangkakan. Ini kerana, ia merupakan perkara yang baru buat anak kecil kita. Jadi, jika kita terlalu memaksa anak membuat perubahan pada masa yang singkat ia akan buatkan anak kita merasa rimas dan seterusnya tidak mahu belajar nerdikari dan menguruskan diri mereka sendiri. Untuk permulaan mulakan dengan satu perkara terlebih dahulu seperti ajak anak bantu kita kemas baju, bantu lipat baju dan sebagainya. Apabila anak sudah biasa, melakukan tugasan tersebut barulah ajar anak melakukan tugasan yang lain pula.
2- Bagi Anak Buat Pilihan
Bukan kita sahaja yang perlu membuat pilihan tetapi juga anak kita turut mempunyai hak untuk membuat pilihan. Sebagai contoh jika kita ajar anak memakai baju sendiri, bagi mereka pilihan untuk memilih baju apa yang mereka ingin pakai. Dengan cara ini, anak-anak akan mula suka dan akan mula belajar untuk memilih pakaian dan memakai pakaian mereka sendiri tanpa perlu menharapkan kita sepenuhnya. Dalam pada masa yang sama, asingkan jenis pakaian anak-anak mengikut kesesuaian contohnya, baju jalan, baju tidur dan sebagainya.
Baca Juga: 4 Tips Ajar Anak Bertudung Yang Mudah
3- Jangan Marah Anak
Tidak dinafikan untuk ajar anak berdikari sememangnya merupakan satu cabaran yang sangat besar terutama sekali buat ibu bapa yang sibuk mencari rezeki. Tetapi dalam ajar anak berdikari, anda perlulah mempunyai sifat sabar yang tinggi dan tidak boleh asyik nak melepaskan kemarahan kepada anak anda sewaktu sedang mengajar mereka. Jika terlau memarahi mereka, anak-anak akan mula merasa rimas dan seterusnya tidak mahu melakukan dan mendegar apa yang kita ajar kepada mereka.
4- Beri Pujian Dan Kata-Kata Semangat
Satu lagi cara berkesan untuk ajar anak berdikari ialah dengan berikan pujian kepada mereka. Walaupun tugasan yang kita berikan itu tidak sempurna seperti yang kita harapkan, jangan downkan semangat mereka. Sebaliknya, beri pujian kepada anak dan jika ada kesalahan betulkan dengan cara yang lembut dan beri kata-kata semangat. Lama-kelamaan anak anda akan mula terbiasa untuk berdikari dengan sendiri.