Anak Jatuh Terlentang ? Ketahui Tanda-Bahayanya !

Kita sebagai ibu bapa pasti teruja bila si manja sudah boleh merangkak, berdiri, memanjat, berjalan dan sebagainya. Ia petanda mereka melalui proses perkembangan yang normal. Cuma keterujaan kita turut disertai dengan rasa bimbang. Takut-takut tersilap langkah, risiko anak jatuh terlentang boleh terjadi tidak kira waktu.

Bukannya sedikit kes-kes anak yang jatuh terlentang mahupun tersembam dari tempat tinggi. Insiden yang sering terjadi adalah bayi atau kanak-kanak kecil yang terjatuh dari katil dan sofa.

Tidak dapat dinafikan boleh dikatakan semua pasangan yang bergelar ibu bapa sentiasa berwaspada dengan pergerakkan anak masing-masing.

Tetapi kejadian yang tidak diingini selalunya terjadi pada masa kita terleka sedetik dengan tidak sengaja.

Mak ayah manalah yang tidak sayangkan anak bukan ?

Apabila anak jatuh terlentang, kita paling takut jika terdapat kecederaan pada bahagian kepala. Bahagian yang mengandungi otak. Organ yang terpenting dalam tubuh manusia.

TOPSHOT-INDONESIA-QUAKE : News Photo
Kredit Gambar : GettyImages

Kecederaan otak yang teruk boleh menyebabkan lumpuh atau maut.

Tambahan pula pada hakikatnya, kawasan kepalalah yang akan terhentak dengan lantai dahulu apabila anak jatuh terlentang.

Anda sebagai ibu bapa wajib tahu senarai tanda bahaya anak jatuh terlentang. Supaya anda tahu membezakan antara kecederaan ringan atau serius.

Apakah Maksud Sebenar Kecederaan Kepala (Head Injury) ?

Pertama sekali anda perlu ketahui terlebih dahulu bahawa kepala manusia mempunyai beberapa bahagian iaitu :

Kulit
Tengkorak ( Skull )
Otak

Kredit Gambar : Pixabay

Kecederaan kepala boleh terjadi pada mana-mana bahagian kepala ini. Bagi memahami kecederaan kepala secara umumnya ia terbahagi kepada dua :

1. Kecederaan Luaran

Hentakan hanya memberi kesan terhadap kawasan luar kepala yang terhad pada bahagian kulit kepala sahaja.

2. Kecederaan Dalaman

Kecederaan ini lebih membimbangkan kerana merangkumi bahagian tempurung atau tengkorak kepala, otak dan rangkaian saluran darah di sekelilingnya.

Jika hentakan atau trauma itu teruk, boleh membawa kepada keretakan tulang kepala begitu juga dengan pendarahan otak.

Menakutkan !

Mohon dijauhkan, sejauh-jauhnya. Amin.

Jadi sekarang anda telah memahami sedikit sebanyak tentang kategori kecederaan kepala.

Perkara kedua yang anda wajib ketahui pula adalah tanda-tanda bahaya anak jatuh terlentang.

Sebenarnya berdasarkan kategori kecederaan seperti yang telah dinyatakan di atas, gejala-gejala kecederaan kepala juga terbahagi kepada dua iaitu gejala ringan dan gejala serius.

Contoh gejala-gejala ringan selepas anak jatuh terlentang dan terhentak kepala adalah:

1. Luka pada kulit kepala
2.Benjol dan bengkak

Boleh jadi disebabkan pendarahan yang terjadi di kawasan antara lapisan kulit dan tengkorak.

Jangan salah faham ya. Pendarahan sebegini dikira sebagai ringan kerana tidak melibatkan otak serta keretakan tengkorak. Ia hanya terjadi pada bahagian luaran semata-mata.

Tuaman ais boleh membantu dalam mengurangkan kesan bengkak benjol tersebut. Ia boleh reda dengan sendirinya dalam tempoh 1 hingga 2 minggu kemudian.

Kedua-dua gejala di atas boleh dikira sebagai ringan dan masih boleh dipantau di rumah.

Tanda-Tanda Bahaya Kecederaan Otak

Senarai gejala-gejala ini jika terjadi menandakan bahawa kecederaan kepala terjadi pada kawasan otak dan struktur yang berdekatan. Ia juga boleh disertai dengan pendarahan otak.

1. Pengsan atau tidak sedar diri selepas terhentak kepala.

anak jatuh terlentang
Kredit Gambar : Shutterstock

2. Anggota-anggota badan menjadi lemah dan tidak bergerak seperti biasa terutamanya lengan dan kaki. 

Anak Jatuh Terlentang
Kredit Gambar : Shutterstock

3. Hilang ingatan. Tanda ini agak sukar untuk dikenal pasti sebab anak-anak yang terjatuh selalunya akan menangis tanpa henti sehinggalah kesakitan trauma hilang.

4. Keliru. Anak sudah tidak respon seperti biasa kepada anda.

anak jatuh terlentang
Kredit Gambar : Shutterstock

5. Serangan Sawan. Masyarakat seringkali menyebut kejadian “ Tarik ”. Bahasa saintifiknya adalah seizure atau fitting di mana kaki dan tangan menjadi kaku dan terketar-ketar disertai dengan bebola mata yang melihat ke atas dan lelehan air liur yang berterusan.

anak jatuh terlentang
Kredit Gambar : Shutterstock

6. Kerap muntah dan lebih dari sekali.

Zany blond boy looks down, squinting : Stock Photo
Kredit Gambar : Getty Images

7. Keluarnya cecair jernih atau darah dari telinga dan hidung.

Penutup

Pada hakikatnya, kejadian pendarahan otak dalam kalangan kanak-kanak jarang terjadi. Tetapi jika anda mendapati terdapat beberapa tanda bahaya di atas walaupun satu, bersegeralah membawa anak ke hospital.

Andai kata anda tidak tahu keterukkan kecederaan tersebut, maka bawalah si manja ke hospital untuk pemeriksaan yang teliti.

Sila simpan nota panduan ini untuk rujukan dan amalan, semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa