Anak Ketagih Gadjet merupakan antara masalah yang sering terjadi kepada kebanyakkan ibu bapa di luar sana.
Mungkin ada yang beranggapan dengan memberikan gadjet kepada anak kecil sewaktu kita sedang sibuk melakukan tugasan adalah cara yang terbaik tetapi sebenarnya ia merupakan salah satu cara yang boleh memberikan kesan buruk kepada anak kecil. Ia juga boleh memberikan kesan buruk kepada tumbesaran dan perkembangan anak kecil anda. Akibatnya, anak anda akan menjadi tidak aktif dan perkembangan IQ mereka pun boleh terbantut.
Cara Nak Atasi Masalah Anak Ketagih Gadjet Yang Berkesan Dan Sesuai Digunakan Oleh Ibu Bapa Masa Kini
Justeru itu, jika ia dibiarkan tanpa sebarang tindakkan awal ia akan terus memberikan kesan yang lebih buruk lagi kepada masa depan anak-anak kita nanti. Malah, ada ibu bapa yang mula pening dengan masalah Anak Ketagih Gadjet yang semakin hari semakin serius sehinggakan anak mereka langsung tidak memberikan kerjasama atau tidak memberikan sebarang respon.
Apa yang lebih teruk anak-anak menjadi tidak aktif seperti kanak-kanak yang lain. Ada beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk atasi masalah Anak Ketagih Gadjet. Jom kami kongsikan caranya.
1- Jangan Biasakan Anak Dengan Gadjet
Ada segelintir dari kita gemar menjadikan gadjet sebagai penyelesaian kepada babysitter kerana boleh memudahkan kerja kita. Tetapi sebenarnya ia memberikan memberi kesan buruk kepada anak kita nanti. Justeru itu, jangan biasakan anak anda dengan gadjet sejak mereka masih kecil lagi. Jika kita biasakan anak dengan gadjet sejak mereka masih kecil ia akan membuatkan anak anda menjadi ketagih dan sukar untuk meninggalkan ketagihan gadjet tersebut.
2- Beri Perhatian Kepada Anak
Kadngkala anak gemar menumpukan kepada gadjet dalam tempuh masa yang lama adalah kerana setengah dari kita tidak memberikan perhatian kepada mereka. Pernah tak anak kecil kita datang kepada kita dan cuba hendak bermain dengan kita?? Apa respon kita pada waktu itu?? Ada antara kita yang tidak memberikan respon dan tidak memberikan perhatian kepada mereka. Ada juga antara kita yang memberikan anak kita gadjet setiap kali mereka ajak kita bermain. Disebabkan itulah, anak kecil lebih suka habiskan masa mereka dengan gadjet berbanding bermain dengan kita.
Baca Juga: Anak Degil? Ini 5 Sebabnya Anak Degil
3- Lakukan Aktiviti Yang Anak-Anak Suka
Untuk elakkan dari Anak Ketagih Gadjet satu lagi perkara yang boleh kita lakukan ialah dengan banyak melakukan aktiviti yang anak anda sangat gemari. Cara sebegini dapat menjadikan anak anda leka dan seterusnya anak anda akan mula lupa untuk bermain dan menghabiskan masa mereka dengan gadjet. Dengan menyediakan aktiviti yang mereka gemari, ia juga memudahkan kita untuk melakukan tugasan anda yang lain.
4-Bawa Anak-Anak Bersiar
Selain itu, satu lagi cara yang boleh digunakan untuk elakkan anak ketagih gadjet ialah dengan bawa anak anda bersiar-siar. Kadangkala anak-anak lebih menghabiskan masanya dengan gadjet adalah disebabkan mereka merasa bosan. Jadi, dengan membawa anak-anak bersiar-siar ia secara tidak langsung dapat menghilangkan bosan anak anda di samping dapat memberi peluang kepada kita untuk meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak
5- Tegas
Dalam masa yang sama, untuk mengelakkan dari anak and berterusan ketagih dengan gadjet, anda perlu memainkan peranan dengan sedikit tegas dan tidak membenarkan anak anda bermain dengan gadjet dan telefon pintar terutama sekali bermain dengan tempoh masa yang lama.