Pernah tak para ibu bapa hadapi situasi Anak Malas Belajar? Sudah tentu ia satu perkara yang boleh memeningkan kepala kita.
Mana tidaknya, kita penat-penat buat segala persediaan dan menghabiskan banyak duit untuk anak kecil kita menuntut ilmu tetapi mereka pula meronta-ronta tidak mahu pergi sekolah dan tidak mahu belajar. Malah, mereka lebih berminat untuk bermain permainan daripada belajar. Jika di biarkan dari kecil tidak mahu belajar, sudah pastilah ia aakan memberi kesan yang buruk terhadap perkembangan IQ mereka dan ianya boleh berterusan sehingga mereka sudah besar.
Ada Beberapa Cara terbaik Yang Ibu Bapa Boleh Gunakan Untuk Atasi Masalah Anak Malas Belajar
Tidak dinafikan, kebanyakkan kanak-kanak pada masa kini lebih gemar dan lebih mementingkan permainan video atau benda-benda lain berbanding dari pelajaran. Ia berlarutan sehingga mereka meningkat remaja yang mana apabila mereka mula memasuki alam sekolah rendah dan alam sekolah menengah.
Justeru itu, jiha pada usia kecil anak kita sudah mula menunjukkan tanda-tanda tidak mahu belajar, kita perlulah mencegahnya sejak dari mereka masih kecil lagi. Jika dari kecil kita dedahkan mereka dengan pembelajaran walaupun secara tidak formal. Selain itu, ada beberapa cara terbaik yang ibu bapa boleh gunakan untuk atasi masalah anak malas belajar. Antara caranya ialah:
1- Terapkan Pendidikan Dari Kecil
Jika kita mahukan anak-anak kita menjadi seorang yang cintakan ilmu dan suka belajar, mulakan sejak mereka masih kecil lagi. Dedahkan anak-anak dengan pelbagai bahan pembelajaran sama ada bahan pembelajaran huruf nombor dan sebagainya. Dengan cara ini sedikit sebanyak anak-anak mula didedahkan dengan ilmu pengetahuan walaupun hanya huruf atau nombor ia dapat menimbulkan minat anak-anak untuk suka belajar dan rajin menuntut ilmu apabila sudah bersekolah nanti.
2- Sediakan Peralatan Pembelajaran Secukupnya
Selain itu, untuk memastikan anak-anak kita rajin belajar, sediakan peralatan pembelajaran yang mencukupinya. Ini kerana, jika peralaan pembelajaran yang tidak mencukupi juga kadangkala boleh menjadi salah satu punca kenapa anak menjadi malas belajar. Mana tidaknya, anak-anak sudah mula bersemangat hendak belajar tetapi bila peralatan pembelajaran tidak mencukupi sudah pastilah akan mematahkan semangat mereka hendak be;ajar dan seterusnya mereka akan menjadi malas belajar.
Baca Juga: Bina Keyakinan Diri Anak: 5 Tips Yang Boleh Digunakan
3-Jangan Jatuhkan Semangat Anak
Jika anak-anak sudah berusaha untuk belajar dan sudah berusaha berikan yang terbaik dalam pelajaran tetapi masih gagal dalam pelajaran, jangan sesekali downkan smenagat mereka dan menghina mereka. Sebaliknya, teruskan bagi kata-kata semangat dan dorongan supaya mereka lebih rajin lagi belajar. Dengan makian atau merendahkan semangat anak-anak yang sedang rajin belajar ia akan menyebabkan anak-anak tersebut menjadi putus asa dan tidak mahu lagi belajar.
4- Bagi Pujian Dan Hargai
Jika anak kita mendapat keputusan yang sederhana dan cemerlang, jangan lupa untuk bagi kata-kata pujian dan penghargaan kepada mereka. Dengan pujian, ia akan membuatkan anak-anak lebih bersemangat lagi hendak belajar terutama sekali jika kata-kata pujian dan penghargaan tersebut daripaada ibu bapa mereka sendiri.
5- Terlibat Sekali Dalam pembelajaran Di Rumah
Tips terakhir dalam mengatasi masalah anak malas belajar ialah dengan terlibat sekali sewaktu proses pembelajaran sewaktu di rumah. Selain dari pembelajaran di sekolah, anda juga boleh terlibat membantu anak-anak belajar di rumah, Cara ini secara tidak langsung akan buatkan ibu bapa tahu tahap pembelajaran anak-anak dan dalam pada masa yang sama akan mengelakkan dari anak-anak menjadi malas belajar.