Cara Bantu Naikkan Berat Badan Anak Secara Sihat

Naikkan berat badan anak ini perlukan usaha yang tinggi. Pernah tak ibu bapa mengalami masalah anak yang underweight? Underweight ini ialah berat badan di bawah paras yang normal pada carta pertumbuhan. Macam mana tak risau bila berat anak tak naik, nanti mesti nurse bising nanti bila check up kan? Bila nurse dah bising, kita ni akan dibawa jumpa oleh pakar diet pulak.

Baca ini juga: Petua Untuk Cegah Kerosakan Gigi Anak

Lagi merisaukan bila, anak makan banyak tapi berat badan tak naik. Pening kepala kan? Risau juga bila berat tak naik lepas itu menjejaskan kesihatan yang lain pula. Zaman sekarang ni dah canggih, segala benda boleh di cari hanya di hujung jari sahaja. Dengan search je kita dah boleh dapat tahu apa yang kita nak tahu berkenaan makanan berkhasiat dan yang sesuai untuk anak-anak kita!

Pastikan anak anda mendapatkan kalori yang cukup untuk perkembangan dan tumbesaran si manja. Oleh itu, anak yang gagal perkembangannya mungkin awal berjalan dan bercakap lebih lambat berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Di bawah ini saya kongsikan cara bantu naikkan berat badan anak anda yang mudah untuk difahami. Teruskan pembacaan dan semoga berjaya ya!

#1 Kalori dan khasiat yang mencukupi

Bermula usia 1 tahun, mereka memerlukan 1360 kcal sehari dan 23gram protein. Anda boleh buat 3 kali hidangan makanan utama dan 2 makanan ringan atau snek untuk anak anda. Pastikan si kecil anda mendapatkan kalori dan khasiat yang mencukup untuk naikkan berat badan anak anda. Jadi, usaha sebaik

# 2 Makanan yang menyelerakan

Anda boleh cuba pelbagaikan menu makanan yang menyelerakan. Sudah pasti dapat menarik minat si manja untuk makan. Saya cadangkan untuk ibu bapa turut serta di dalam group Happy Babyfood Malaysia. Saya sendiri pun join dalam group itu untuk tengok menu-menu yang menarik dan boleh dibuat untuk tambah selera makan anak. Bila anak sudah selera makan, pastinya berat badan akan naik.

#3 Elakkan makan makanan berperisa

Langkah naikkan berat badan anak yang seterusnya ialah sentiasa mengelakkan anak daripada makan makanan yag berperisa terutama jajan. Anda juga tidak boleh tambah perasa yang berlebihan, terlalu masin atau manis mahupun banyak mentega. Ini yang menyebabkan anak anda terhalang daripada merasa makanan yang semula jadi. Tabiat pemakanan berperisa ini juga memudaratkan kesihatannya untuk jangka panjang.

#4 Cuba teknik double-frying

Anda juga boleh cuba menggunakan teknik double-frying contohnya dengan menggoreng isi ayam dan dicampurkan dengan nasi goreng. Ini adalah salah satu usaha untuk meningkatkan pengambilan tenaga si kecil. Cara ini hanya sesuai untuk anak yang jenis makan sedikit dan tidak kerap makan.

#5 Teruskan usaha

Saya nasihatkan anda untuk tidak berputus asa. Teruskan usaha anda sedaya upaya untuk memastikan berat badan anak anda naik dengan cepat. Ini kerana ianya memerlukan masa untuk anak yang susah nak makan. Anda jangan mudah berputus asa ya!

Kesimpulan

Jangan sesekali biarkan anak anda berlapar. Inilah punca kenapa berat badan mereka tidak naik dengan sepatutnya. Anda patut berusaha untuk mempelbagai menu-menu yang boleh menarik perhatian untuk anak memakannya. Saya harap dengan adanya perkongsian ini dapat meringankan masalah yang dihadapi oleh anda. Semoga bermanfaat ya.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

two × 5 =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa