Petua Untuk Cegah Kerosakan Gigi Anak

Cegah kerosakan gigi anak sebelum ianya teruk dan menjejaskan kesihatan anak tersayang. Sebagai ibu bapa, ada banyak perkara yang mungkin kita akan terlepas pandang. Terutamanya ketika anak mengalami kerosakan gigi. Kesihatan gigi dan mulut yang dijaga dengan baik sebenarnya dapat membantu aktiviti dan tumbesaran anak di masa hadapan.

cegah kerosakan gigi anak

Bahaya juga bila anak sakit gigi. Kerosakan gigi yang dialami oleh anak boleh menyebabkan anak susah utnuk makan. Ini kerana, rasa sakit dan bengkak yang timbul itu agar sukar untuk anak mengunyah makanan. Kerosakan gigi tanpa dirawat dengan betul, boleh menyebab infeksi yang menjalar ke otak.

Ada banyak cara mudah dan sederhana yang boleh ibu bapa lakukan untuk cegah kerosakan gigi anak. Beberapa diantaranya seperti:

#1 Ajar anak gosok gigi dari awal

Rutin gosok gigi ni dah wajib dilakukan oleh orang dewasa apatah lagi kanak-kanak. Jadi, kita boleh ajarkan anak untuk rajin menggosok gigi sekurangnya dua kali sehari. Doktor pernah bagi tahu saya, bila anak sudah mempunyai 4 gigi, ibu bapa dah boleh ajarkan kepada mereka.

Anda boleh menggunakan berus gigi yang lembut atau lap menggunakan kain yang bersih dengan perlahan-lahan. Jika si kecil sudah berusia 3 tahun, anda boleh menggunakan sedikit ubat gigi berflourida. Ini kerana dapat membantu melawan pertumbuhan bakteria dan meningkatkan kesihatan mulut si manja.

#2 Pilih berus gigi yang menarik

Cara cegah kerosakan gigi anak yang seterusnya ialah dengan memilih berus gigi yang menarik minat anak anda. Sekarang ni dah banyak pilihan berus gigi dengan pelbagai jenis bentuk dan warna yang boleh menarik hati si kecil. Senang cerita, biarkan mereka memilih berus gigi kesukaannya sendiri. Cuma anda pastikan berus gigi mempunyai bulu yang lembut, kepala berus yang kecil dan pegangan yang besar. Ia dapat memudahkan anak untuk memegangnya.

#3 Ajar minum menggunakan cawan

Anda juga boleh ajarkan mereka dengan menggunakan cawan ketika minum. Dedahkan cawan atau botol air kepada mereka sejak berusia 6 bulan. Untuk waktu malam pula, anda boleh mengisi susu dalam botol biasa. Cuba sedaya upaya untuk anak minum di dalam cawan. Jadi, pilihlah cawan dengan ukuran yang sesuai dengan usia anak. Pilih juga warna dan kartoon kegemarannya agar anak semakin semangat untuk belajar minum air dalam cawan.

#4 Hindarkan minum susu sambil tidur

Jika anak anda masih menyusu, pastikan anak tidak tertidur dengan keadaan menyusu. Usahakan agar anak tetap terjaga setidaknya 15 minit setelah ia selesai menyusu dan membersihkan giginya terlebih dahulu sebelum tidur. Dengan cara ini, kita dapat mengelakkan pertumbuhan karies gigi pada anak.

#5 Jadi contoh yang baik pada anak

Setiap tingkah laku kita pasti akan diperhatikan oleh anak. Anda sendiri perlu tunjukkan yang anda rajin menggosok gigi ataupun anda boleh jadikan rutin gosok gigi ini bersama-sama dengan anak. Sudah pasti, anak akan mengikut tingkah laku anak anda.

Kesimpulan

Tidak susah kan nak cegah kerosakan gigi anak? Jadi, ibu bapa boleh amalkan cara di atas pada anak kesayangan. Sebenarnya, tiada kata terlambat untuk memberhentikan habit buruk. Anda kena terapkan kebiasaan itu pada anak anda. Jika anda tidak buat, siapa lagi yang boleh bantu anak anda? Semoga artikel cegah kerosakan gigi anak ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa