Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

4 Peraturan Sekolah Wajib Dipatuhi Oleh Anak

Peraturan wajib sekolah ni rasanya ibu bapa pun ada yang dah tahu. Tetapi, alangkah baiknya anda sendiri pantau perkembangan anak di sekolah terutama berkaitan dengan peraturan. Kalau anak sudah remaja, kita ni tidaklah bimbang sangat berbanding anak yang masih di bawah 12 tahun. Semua nak kita ni tunjuk kan, baru dia buat. Kalau tidak tolong, memang kenalah di sekolah nanti.

Baca ini juga: Cara Bantu Naikkan Berat Badan Anak Secara Sihat

Setiap yang bernama murid ini, dikehendaki untuk mematuhi segala peraturan yang ada di sekolah. Sudah pastinya, ini juga merupakan tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak itu sendiri mematuhi peraturan sekolah. Bila ada peraturan ni, lagi cepat untuk anak belajar berdisplin dan berdikari.

Sesibuk mana pun anda, luangkan sedikit masa untuk memastikan anak-anak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah. Apakah peraturan-peraturan yang wajib dipatuhi di sekolah. Jom kita ulangkaji semula.

#1 Pakaian seragam sekolah

Murid lelaki perlu berseluar panjang atau pendek berwarna biru gelap bagi murid sekolah rendah. Baju putih lengan pendek dengan poket di sebelah kiri. Ukuran saiz baju yang bersesuaian dan wajib memakai tali leher. Bagi murid perempuan pula, baju kurung berwarna putih dengan kain sarung berwarna biru gelap bagi pelajar sekolah rendah. Baju lengan pendek dan pinafore biru gelap bagi pelajar sekolah rendah mestilah di bawah paras lutut turut dibenarkan. Bagi yang memakai tudung kepala atau mini telekung, haruslah berwarna putih, berukuran sesuai dengan pelajar. Anak telekung sama ada berwarna putih atau hitam dan sebarang kerongsang adalah tidak dibenarkan.

#2 Pemakaian lencana sekolah

Setiap murid diwajibkan untuk memakai lencana dan tanda nama sekolah. Lencana dan tanda nama mestilah dipakai pada sudut kiri di bahagian atas dada atau di atas saku baju. Jadi, jika anak anda masih tidak pandai untuk menjahit atau memakainya, anda perlulah tunjukkan kepada mereka tentang pemakaian lencana sekolah yang betul. Supaya mereka dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di sekolah.

#3 Kasut dan stoking

Untuk pengetahuan, pemakaian selipar ke sekolah adalah dilarang walaupun ketika musim hujan. Kasut kanvas sekolah mestilah berwarna putih atau hitam, tidak berjalur atau berbelang. Begitu juga dengan stoking, mestilah berwarna putih atau hitam dan tidak mempunyai hiasan atau tulisan. Anda perlu ajarkan mereka untuk mencuci setiap kali cuti sekolah seperti mencuci pada hari sabtu.

#4 Gaya gunting rambut

Seperti yang sedia maklum, murid lelaki tidak dibenarkan untuk berambut panjang di sekolah. Gaya pemotongan rambut juga mestilah mengikut stail yang telah ditetapkan seperti rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga atau menyentuh kolar baju. Bagi murid perempuan yang berambut, mestilah mengikat rambut dengan gaya toncang atau ponytail dengan cekak rambut berwarna biru, putih atau hitam. Mewarnakan rambut adalah dilarang sama sekali di sekolah.

Kesimpulan

Peraturan yang telah ditetapkan di sekolah wajib dipatuhi oleh anak-anak. Oleh itu, sebagai ibu bapa janganlah anda leka untuk mengingati mereka tentang peraturan sekolah. Ini kerana peraturan sangat penting dan memberikan kesan positif di kalangan anak anda.

Jika anak anda dapat mematuhi peraturan di sekolah sejak kecil, sudah pastinya dapat mencegah mereka daripada melanggar undang-undang negara di kemudian hari. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa