6 Tips Mudah Berkesan Merangsang Anak Membaca & Mewujudkan Mini Perpustakaan di Rumah

perpustakaan mini

Setiap ibu bapa disarankan supaya mewujudkan suasana berilmu dirumah dengan mengadakan perpustakaan mini dirumah.

Jika anda mampu menyediakan permainan dan peralatan yang lain seperti basikal untuk anak-anak, mengapa tidak juga mewujudkan perpustakaan mini di rumah untuk menjadikan suasana keluarga berilmu?

Dengan mewujudkan satu ruang yang selesa untuk membaca dan menyediakan bahan bacaan seperti buku-buku dan majalah yang berilmiah, ia dapat menimbulkan suasana yang berilmu di dalam rumah, disamping menambah kemesraan dalam keluarga.

Pembacaan yang dimulakan di rumah adalah titik awal bagi mewujudkan sikap sukakan buku dan ilmu dalam jiwa anak. Perpustakaan keluarga di rumah adalah saluran berkesan, serta menerapkan minat cintakan ilmu dan membaca dikalangan ahli keluarga.

Lihatlah contoh individu yang berjaya yang gemar menjadikan buku sebagai temannya seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad. Rumah beliau dilimpahi dengan buku. Maka tidak ragu lagi bahawa dengan cara memupuk anak kita rajin membaca akan menjadikan mereka berilmu dan berjaya.

Merancang wang untuk membeli bahan bacaan

Ibu  bapa harus merangcang perbelanjaan setiap bulan supaya mampu membeli bahan bacaan untuk ditempatkan di perpustakaan mini yang kita sediakan itu. Kunjungi pameran pesta buku bagi mendapatkan bahan bacaan pada harga yang lebih murah dan berpatutan.

Walaupun rumah kita kecil dan terhad, tetapi jangan pernah bataskan keperluan untuk mewujudkan ruang membaca ini. Yang patut kita utamakan adalah bentuk dan jenis bahan bacaan yang kita dapat sediakan dalam ruangan tersebut.

6 Petua Mudah Tapi Berkesan bagi Merangsang Anak Membaca di Mini Perpustakaan Rumah

1. Hari Tanpa TV.

Ibu bapa yang ingin mendidik anak supaya tidak menonton televisyen, mereka disarankan mengadakan hari tanpa TV di rumah.

Hari tanpa TV digantikan dengan aktiviti hari membaca. Lama-kelamaan anak-anak dan ahli keluarga beransur-ansur meminati buku.

2. Tutup televisyen Kita

Ramai orang berkata mereka tidak cukup masa membaca. Televisyen adalah punca utama ibu bapa dan anak menggunakan masa dengan boros.

Tabiat menonton televisyen perlu diawasi dan kekerapannya perlu dikurangkan.

Tidak salah menonton televisyen untuk perkara yang bermanfaat. Sekiranya anak kita mahu membuka suis televisyen, tutup televisyen dan berikan buku kepadanya. Pupuk mereka mencintai buku.

Kita juga perlu menunjukkan contoh yang baik di hadapan mereka dengan cara membaca bersama-sama dengan mereka.

3. Kurangkan penggunaan internet untuk tujuan lain

Mengurangkan penggunaan internet juga membantu anak membaca. Namun, ia bergantung pada tujuan penggunaan internet di rumah.

Sekiranya anak-anak menggunakan internet bagi membaca secara online, ia perlu diawasi. Pastikan saluran Internet itu dilengkapkan dengan sistem yang menghalang anak mengakses halaman yang tidak sepatutnya untuk anak.

4. Bacakan buku untuk Anak

Tabiat membaca harus dipupuk seawal usia kanak-kanak, kerana ini adalah waktu paling mudah membentuk mereka. Ia membantu mereka menjadi pembaca yang tekun apabila dewasa dan menjadikan mereka orang yang berjaya.

Carikan mereka buku kanak-kanak yang menarik dan bacakan kepada mereka. Pada waktu yang sama, kita membentuk minat membaca dalam diri anak dan berpeluang menghabiskan masa yang bermutu dengan anak.

5. Bergaul dengan kelompok pembaca

Biasanya kelompok pembaca bertemu sebulan sekali bagi membincangkan sebuah buku yang mereka pilih untuk bulan tersebut.

Dengan menyertai kumpulan seperti ini, ia mendorong kita dan anak-anak bagi menghabiskan bacaan buku dan memberi peluang kepada kita berbincang dan bergaul dengan masyarakat berdasarkan tema buku yang dibaca.

6. Libatkan ahli keluarga ataupun rakan anak

Cubalah mengajak orang di sekitar kita membaca bersama. Set masa membaca sekurang-kurangnya 10 minit sehingga 15 minit beberapa kali dalam sehari.

Ini dapat menggalakkan ahli keluarga kita dan rakan-rakanya menjadikan membaca sebagai satu amalan.

Kita pasti seronok apabila satu ayat yang kita baca dapat merubah jalan kita daripada kesesatan menuju gerbang hidayah. Malah, satu perkataan yang ada dalam sekeping kertas menjadi penyebab kebahagiaan kita.

Kita pasti jemu dengan segala sesuatu yang ada di dunia kecuali membaca. Bahkan, rumah tanpa perpustakaan ibarat manusia tanpa nyawa.

Penutup: Jangan salahkan anak semata-mata!

Masyarakat Malaysia terkenal sebagai masyarakat yang malas mebaca lebih-lebih lagi apabila bahan bacaan itu berbentuk ilmiah. Penyakit ini menular dari generasi ke generasi.

Sebagai ibu bapa kita harus menanam budaya membaca bermula daripada rumah. Sediakan perpustakaan mini. Pupuk minat membaca bermula dengan ibu bapa sendiri.

Ibu bapa jangan kedekut melabur bagi tujuan memberikan ilmu kepada anak-anak. Ibu bapa yang hebat sanggup mendahulukan pelajaran dan disamping perkara-perkara yang kurang penting. Bagi mereka, pendidikan anak-anak adalah keutamaan.

Jika kita sendiri gagal memahami kepentingan semua ini, maka usahlah meletakkan kesalahan malas belajar dan tidak pandai kepada anak semata-mata!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa