13 Tips Mengawal Anak Daripada Ketagihan Gadjet

“Dan ketahuilah harta dan anak-anakmu itu hanya sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allah pahala yang besar.”

— Surah Al-Anfal, ayat 28

Kehidupan kita sudah tidak dapat dipisahkan lagi dengan gadjet dan media.

Penciptaan sesuatu teknologi bertujuan mendatangkan faedah dan memberi kemudahan kepada manusia

Namun, kita tidak dapat lari daripada kesan negatif yang turut mengiringi kehadiran sesuatu teknologi itu.

Anak kecil sangat mudah tertarik kepada perkara-perkara sebegini.

Malah boleh dikatakan mustahil untuk menghalang anak-anak pada zaman ini untuk mendekati gadjet.

Kita sebagai ibu bapa harus bijak mengurus perkara ini.

Penggunaan gadjet, jika tidak dikawal pasti akan membawa kesan yang sangat buruk.

Oleh itu saya kongsikan 13 tips untuk mengawal anak menggunakan gadjet.

Continue reading 13 Tips Mengawal Anak Daripada Ketagihan Gadjet

Memahami Masalah Percakapan dan Pertuturan Anak

Anak-anak yang masih kecil akan menurut pertuturan dan percakapan ibu bapa dan orang sekeliling.

Apabila anak menghadapi masalah percakapan seperti bercakap dengan tidak fasih atau gagap, sebenarnya ini berpunca daripada:

  • Sikap ibu bapa yang mengajar anak bercakap dengan cara tidak betul
  • Mengejek percakapan anak apabila mereka tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan baik.

Apabila anak kita sering mendengar pertuturan dan percakapan yang tidak jelas seperti berdengung, mengada-ngada, olok-olok, maka anak-anak meniru percakapan itu sehinggalah dia dewasa.

Awas!

Ibu bapa patut mengelakkan mengulang percakapan anak yang tidak jelas dengan memberikan perkataan yang betul dan fasih supaya anak itu faham dan menurut percakapan yang sebetulnya.

Jangan mengejek perkataan dan mengulang pertuturan anak-anak yang salah dan tidak betul.

— ini bukan perkara yang harus dijadikan bahan jenaka!

Tabiat kanak-kanak mudah menurut kata-kata orang disekeliling terutama ibu bapa.

Jesteru itu, ibu bapa patut mengajar anak bercakap dengan intonasi dan huruf yang betul.

Baiki kesalahan sebutan anak-anak, bukan mengejek atau memperolokkan kata-katanya.

Membina Keintiman Dengan Anak Dengan ‘Waktu Istimewa’

waktu istimewa
Cuba sediakan waktu istimewa bersama anak setiap hari

Apakah itu waktu istimewa anak-anak?

Waktu istimewa adalah waktu berkualiti yang diluangkan untuk bermain dengan anak-anak anda setiap hari.

Ia bukanlah masa yang diluangkan semata-mata untuk duduk menemani anak bermain tetapi anda pula melakukan perkara lain (bermain smartphone contohnya).

Ia juga bukan masa yang diluangkan anda untuk mengawasi anak anda bermain dan ia bukan juga masa yang diluangkan untuk membawa anak bersiar-siar.

Jadi apakah yang saya maksudkan?

Continue reading Membina Keintiman Dengan Anak Dengan ‘Waktu Istimewa’

Bagaimana Menjadikan Masa Dan Aktiviti Membaca Anak Sesuatu Yang Seronok?

Membaca merupakan satu aktiviti yang sering dielakkan oleh sesetengah kanak-kanak.

Ianya sangat membosankan, sukar dan tidak seronok sama sekali.

Oleh itu menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa yang prihatin untuk menggalakkan mereka. Ia kita boleh lakukannya dengan berkesan melalui beberapa strategi.

Kita boleh membantu menjadikan aktiviti membaca menyeronokkan.

Kedengaran bagus?

Mari saya tunjukkan caranya:

Continue reading Bagaimana Menjadikan Masa Dan Aktiviti Membaca Anak Sesuatu Yang Seronok?

9 Strategi Terbaik Mendisiplinkan Anak Berumur 5 Tahun Kebawah

kaedah mendisiplinkan anak Memang sukar mendisiplinkan anak yang masih kecil.

Ini terutamanya anak yang masih berumur 5 tahun ke bawah, dimana dia semakin membesar dan sangat aktif meneroka dunia.

Pada umur 5 tahun, personaliti anak mula menyinar sebagaimana dia sedang berkembang memahami dirinya sendiri, orang-orang disekitar dan dunia disekelilingnya.

Kemahiran dan bakat biasanya mula berkembang pada waktu yang sangat indah ini.

Walaupun waktu ini adalah tahap perkembangan pesat bagi anak, tetapi ia juga akan menjadi waktu paling mencabar kepada ibu bapa dalam membentuk kelakuan anak-anak dan mendisiplinkan mereka.

Continue reading 9 Strategi Terbaik Mendisiplinkan Anak Berumur 5 Tahun Kebawah